| Salam, mohon bantuan semakan bagi ayat iklan seperti di lampiran. Terima Kasih di atas bantuan pihak Tuan. AHMAD FAUZI ISHAK Pegawai Penerangan Majlis Perbandaran Selayang 03-6126 5800 / 012-2984727 | 1. Buang perkataan "Bagi Tujuan". Terus kepada Draf Rancangan..... 2. Tukar GunaTanah kepada Guna Tanah 3. Tukar Zoning kepada Pengezonan 4. Tukar daripada kepada dari 13 Mac... 5. Selaraskan tarikh kepada 13 Mac 2017 hingga 14 April 2017 6. Tukar kepada dialamatkan 7. Tukar kepada Tel.: (letak titik) dan E-mel: | Penyemakan dan penterjemahan | 03.03.2017 |
| Salam, saya ingin bertanya adakah perkara seperti lampiran yang disertakan ini betul dan boleh digunapakai dalam urusan rasmi & adakah perkataan berikut dieja rapat atau sebaliknya: 1)gunatanah 2)maklumbalas 3)kacauganggu 4)sama atau sama ada | 1. Pembetulan yang telah dibuar seperti Lampiran adalah betul. 2. Guna tanah, maklum balas, kacau ganggu, sama ada | Ejaan | 21.09.2015 |
| Saya ingin bertanya tentang: a) Adakah wujud perkataan 'berkelebaran' di dalam sistem Bahasa Melayu yang diguna pakai hari ini? b) Adakah perkataan ini dieja rapat @ sebaliknya = gunatanah/ hakmilik/ susunatur (pelan) Sekian, terima kasih. | a. Perkataan "berkelebaran" tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Walau bagaimanapun, perkataan ini adalah betul dan boleh digunakan. Contoh lain seperti berketinggian dan berkeluasan. b. Ejaan yang betul ialah guna tanah, hak milik dan susun atur | Ejaan | 17.03.2016 |
| Assalamualaikum dan selamat pagi, Nama saya Zaime Bin Bujor. Untuk makluman tuan / puan, tempat saya bekerja sedang menyediakan dokumen dasar dan garispanduan untuk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia bertajuk Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara (RFZPPN), namun begitu, terdapat beberapa terma dan maksud perkataan yang kurang kami fahami, oleh itu, kami ingin meminta jasa baik pihak DBP untuk membantu kami di dalam mendefinisikan maksud dan penerangan mengenai perkataan-perkataan ini: 1) Penambakan Tanah 2) Tebus-Guna Tanah 3) Penambakan Pantai 4) Tebus-Guna Pantai 5) Pembangunan Atas Air 6) Pembangunan Terapung Sekian, terima kasih! Yang Benar, Zaime Bujor | Untuk makluman saudara, perkataan ini merupakan frasa biasa dan bukannya istilah khusus. Oleh itu, untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”. | Makna | 01.09.2020 |
| jawapan yang diberi oleh dbp masa bulan mac: Antara kesan tanah runtuh (ialah) berlaku tanah runtuh. "berlaku tanah runtuh" ialah frasa kerja kan? mengapakah guna kata pemeri "ialah"? saya difahamkan lepas kata pemeri "ialah" perlu guna frasa nama. | Mohon maaf. Kata "berlaku" dalam ayat tersebut membawa makna adjektif (sedang berlangsung/terjadi). Ayat yang betul: Antara kesan tanah runtuh adalah berlaku banjir lumpur. | Lain-lain | 17.07.2018 |
| Apakah ejaan sebenar bagi tebusguna tanah laut atau tebus guna laut? | Dalam Kamus Bahasa Melayu, menebus guna bererti menukar (gurun, paya, dll) menjadi tanah yg sesuai utk tanaman, bangunan, dsb; Oleh itu, istilah yang betul ialah tebus guna laut. | Istilah | 24.04.2011 |
| Salam, Boleh saya dapatkan pengesagan samada terjemahan saya ini adalah betul: Adoption: Penerimagunaan Adopter: Penerima guna Adopt : Terima guna. Sekian, terima kasih | Wasalam. Padanan bahasa Melayu untuk ketiga-tiga perkataan tersebut boleh diterima. Namun, penggunaannya perlu berdasarkan bidang ilmu, misalnya i. proses adopsi (adoption process); fasa adopsi (adoption phase) – bidang perubatan ii. penerimagunaan (adoption) – bidang ekonomi, penilaian harta tanah, kependudukan. iii. pengambilan anak angkat (adoption of child) – bidang sosiologi Sekian. Terima kasih. | Istilah | 10.11.2017 |
| askum tuan, saya ingin bertanya tentang frasa penerimaan dan penggunaan saya akan membuat kajian berkaitan teknologi. boleh atau tidak saya gunakan frasa terima guna untuk maksud terima dan guna? ada satu jurnal yang menggunakan frasa penerimagunaan untuk memberi maksud terima dan guna. bagaimana pendapat tuan? tk | Wasalam. Perkataan “penerimagunaan” dalam bahasa Melayu adalah untuk padanan perkataan “adoption” dalam bahasa Inggeris. Jika dalam konteks kajian yang dilakukan ada membawa maksud “adoption”, maka perkataan “penerimagunaan” boleh digunakan. Namun, penggunaannya perlu berdasarkan bidang ilmu, misalnya i. proses adopsi (adoption process); fasa adopsi (adoption phase) – bidang perubatan ii. penerimagunaan (adoption) – bidang ekonomi, penilaian harta tanah, kependudukan. iii. pengambilan anak angkat (adoption of child) – bidang sosiologi Sekian. Terima kasih. | Istilah | 13.11.2017 |
| Sayyid Khairani Kamarudin Sep 5th, 4:16pm assalamuailakum, ingin bertanya.. bila kah kita guna pkai istilah 'bahasa melayu' n bila kah kita guna istilah 'bahasa malaysia'.. dlm konteks rasmi dan juga tak rasmi.. | Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan dijadikan bahasa rasmi negara Malaysia. Dari sudut ilmu, bahasa Melayu disandarkan kepada bangsa Melayu dan peradaban Melayu. Walau bagaimanapun, pada tahun 2006 kabinet memutuskan istilah bahasa Malaysia turut digunakan selain bahasa Melayu untuk menyemai semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Maka, penggunaan kedua-dua istilah tersebut boleh disesuaikan mengikut konteks penggunaannay. Contohnya, jika penggunaannya merujuk ketamadunan Tanah Melayu, maka istilah bahasa Melayu paling tepat digunakan. | Lain-lain | 05.09.2014 |
| Nak tanya 'asap' boleh guna penjodoh bilangan gumpal? terima kasih. | Salam sejahtera, Tidak semua benda memerlukan penjodoh bilangan. Tidak ada contoh penggunaan penjodoh bilangan atau unit bagi asap dalam sumber rujukan kami. Kata asap tidak perlu menggunakan penjodoh bilangan. Namun lazimnya, perkataan yang sering digandingkan dengan 'asap' ialah 'kepul.' Manakala perkataan 'gumpal' pula merujuk Kamus Pelajar, gumpal merupakan kumpulan benda seperti darah, tanah liat) yang merupakan ketul; segala yang berkepal-kepal atau berkepul-kepul (awan dll): Dia telah membuat boneka daripada segumpal tanah liat yg dikeraskan. | Tatabahasa | 04.12.2012 |