| 1. Tolong gunakan alat muzik dengan cermatnya. 2. Sila gunakan alat muzik dengan cermatnya. 3. Minta gunakan piring-piring seramik ini dengan cermatnya. 4. Sila gunakan piring-ring seramik ini dengan cermatnya. Adakah 4 ayat tersebut betul? minta pencerahan. terima kasih encik/puan. | Fungsi “nya” sebagai kata ganti nama diri ketiga. Selain itu, “nya” bertindak sebagai kata penekan dan kata pembenda. Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya, contohnya, sesungguhnya dan nampaknya, seperti dalam ayat yang berikut: 1. Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis. 2. Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat. Kata pembenda pula ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, contohnya, lajunya dan sakitnya, seperti dalam ayat yang berikut: 1. Lajunya ialah 100 km sejam. 2. Bukan kepalang sakitnya. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan bagi ayat yang diberikan adalah seperti yang berikut: 1. Tolong gunakan alat muzik dengan cermat. 2. Sila gunakan alat muzik dengan cermat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 295 – 296.
| Tatabahasa | 21.07.2025 |
| Saya ingin membina ayat dengan perkataan gunakan dalam konteks yang diberikan. Betulkah ayat ini? Peluang ini harus mereka gunakan untuk menjelajah Kawasan itu. | Penggunaan perkataan “gunakan” dalam ayat, “Peluang ini harus mereka gunakan untuk menjelajah kawasan itu” betul. | Tatabahasa | 20.04.2023 |
| Salam sejahtera. 1) Warna tema yang kami gunakan adalah biru dan hijau 2) Tema warna yang kami gunakan adalah biru dan hijau Ingin bertanya, yang mana satu penggunaan yuang lebih tepat? Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah "Warna tema yang kami gunakan ialah biru dan hijau" | Tatabahasa | 18.05.2023 |
| Perkataan teroris (terrorist, pengganas) tiada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Perkataan ini digunakan oleh beberapa banyak penulis. Untuk saya apa kata DBP: gunakan atau jangan gunakan? | Padanan bahasa Melayu yang betul dan baku bagi perkataan tesrsebut ialah pengganas. | Makna | 17.01.2009 |
| Bolehkah gunakan ayat dalam tulisan jawi untuk banner? | Teks tulisan Jawi boleh digunakan dalam visual papan iklan, kain rentang, poster dan lain-lain. | Lain-lain | 26.05.2025 |
| Bolehkah gunakan "dekat" seperti "di"? Contohnya, "Ipoh berada dekat Perak". | Kata sendi nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala kata adjektif “dekat” digunakan untuk menunjukkan jarak tempat. Lazimnya, "dekat" digunakan dalam bahasa percakapan dan bukan dalam konteks rasmi. Ayat yang betul ialah "Ipoh berada di Perak." | Lain-lain | 07.05.2023 |
| bole gunakan ayat "belok kiri 300 sekitar 300 meter" untuk papan tanda | Ayat yang boleh digunakan ialah LAGI 300 METER, BELOK KIRI | Lain-lain | 23.11.2016 |
| Kita gunakan pendingin hawa atau penghawa dingin? Terima kasih | Istilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama. | Istilah | 03.02.2016 |
| Saya gunakan laman web ini sebagai rujukan setiap hari dalam pekerjaan harian saya. Please fix your server problem. Kerap kali berlaku, laman web ini langsung tidak dapat dibuka. Mohon lakukan sesuatu. | Aduan tuan telah kami panjangkan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP. Kami berharap masalah ini dapat dipulihkan dengan kadar yang segera demi manfaat kita bersama. | Lain-lain | 15.05.2015 |
| Boleh gunakan perkataan jenazah untuk bukan Islam? | Perkataan jenazah hanya untuk orang Islam sahaja. | Lain-lain | 17.04.2014 |