Good afternoon,I am Ming Li,may i know the information about the choral singing competition?thanks. | Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Mohon jasa baik saudara untuk menggunakan bahasa Kebangsaan dalam urusan rasmi. Bahasa Jiwa Bangsa. Gunakanlah bahasa kebangsaan kita. | Lain-lain | 15.04.2014 |
Salam 55 Tahun Kemerdekaan Malaysia, 1. Terjemahan LCD dalam bahasa Melayu, apa? 2. Adakah pihak DBP ada menerbitkan buku tentang Kesantunan Bahasa? 3. Ada Munsyi Dewan yang mengatakan bahawa perkataan MAHU dan HENDAK sama sahaja. Pandangan tuan? 4. Mengapakah frasa 'Kita semua' ... dikatakan lewah? Contohnya: BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA KITA SEMUA! 5. Tema GUNAKANLAH BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA NADI JATI DIRI BANGSA dikatakan tidak gramatis. Pandangan tuan? 6. Ungkapan JENDELA BAHASA gramatis atau tidak sekiranya dijadikan judul program bahasa di sekolah? 7. Beza kain rentang, banner, sepanduk dan gegantung? Terima kasih. | 1. Padanan bahasa Melayu untuk "liquid crystal display (LCD)" ialah paparan hablur cecair (LCD) 2. Buku yang diterbitkan oleh DBP ialah Santun Berbahasa oleh Dr. Awang Sariyan dan Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media oleh Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar. 3. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "mahu" bermaksud i. suka akan, suka hendak, bersedia akan ii. hendak, akan. "Hendak" pula bermaksud i. berhasrat akan, ingin akan ii. akan, bermaksud akan, mahu iii. untuk. Berdasarkan maksud yang diberikan, terdapat maksud yang sama pada kedua-dua perkataan. 4. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kita bermaksud kata ganti diri orang yang bercakap serta sekalian yang hadir (mendengarnya), saya dan kamu semua. Oleh itu, perkataan 'semua' dalam 'kita semua' tidak perlu digunakan kerana perkataan kita telah merangkumi maksud semua. 5. Pada pandangan kami, tema yang lebih baik ialah GUNAKANLAH BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA JATI DIRI BANGSA 6. Pada pandangan kami, penggunaan JENDELA BAHASA tidak jelas maksudnya. Kami tidak dapat memahami apakah yang ingin diketengahkan dengan ungkapan tersebut? Walau bagaimanapun, pihak puan boleh menggunakan ungkapan tersebut sekiranya pihak puan telah mempunyai konsep yang khusus mengenainya. 7. Sepanduk dan kain rentang ialah padanan bahasa Melayu untuk banner. Gegantung ialah padanan bahasa Melayu untuk bunting. | Istilah | 31.08.2012 |
Istilah bidang muzik - Swing Era. Bolehkah perkataan "swing" dikekalkan dengan dieja condong? | Puan terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Jika kita mengambil jalan mudah memang boleh digunakan tanda buka dan tutup pengikat kata. tetapi jika ada perkataan yang lebih sesuai contohnya rentak ,ayunan, lambaian dan sebagainya (jika sesuai ) gunakanlah bahasa Melayu kita. | Makna | 20.10.2009 |
" tidak ketinggalan" lazimnya diggunakan dalam penulisan? apakah maksud sebenarnya? adakah " tidak ketinggalan" seerti dengan selain itu? | Dalam Kamus Dewan tidak ketinggalan bermaksud tidak mahu terkebelakang atau tidak lalai. Walau bagaimanpun "tidak ketinggalan" lazimnya diungkapkan bagi maksud "tidak terkecuali" atau "turut". Oleh itu, dalam penggunaan harian lebih-lebih lagi dalam situasi rasmi gunakanlah perkataan "turut" yang lebih difashami maknanya oleh khalayak. | Tatabahasa | 10.07.2011 |
Tuan, dalam konteks, call to action, adakah Pergunakan lebih tepat atau mempergunakan? Contoh: Pergunakanlah dia untuk kepentingan anda. Kita ambil makan sebagai contoh. Kalau untuk 'call to action', perkataan 'makan' lebih tepat bukan? Contoh: "Makanlah kuih ini." dan bukannya "Memakanlah kuih ini." Jadi bolehkan Pergunakan digunakan untuk 'call to action'? Terima kasih! | Tidak ada data tentang penggunaan kata pergunakan dalam pangkalan data kami, mempergunakan pula sama maksudnya dengan menggunakan dan lazimnya kita menggunakan perkataan menggunakan. Jika tuan maksudkan suruhan untuk bertindak, perkataan yang lazim digunakan ialah gunakan atau gunakanlah. | Tatabahasa | 16.12.2015 |
Ibadurrahman (hamba yang disayang Yang Maha Pengasih? (Surah al-Furqan, ayat 63) Jika mahu kekalkan perkataan ibadurrahman, bagaimana ejaannya? | Dalam ungkapan umum perkataan yang lazim kita temukan ialah Abdul Rahman, iaitu nama lelaki yang beragama Islam. Jika tidak dikaitkan dengan nama orang, ungkapan yang betul ialah terjemahannya, hamba yang disayangi Yang Maha Pengasih kerana عبد الرحمن ialah perkataan Arab dan perkataan Arab tertakluk pada keiaitu dudukan atau fungsinya di dalam ayat dan barisnya akan berubah mengikut fungsi yang tersebut. Oleh itu, jika tuan hendak menggunakannya dalam konteks umum, maka gunakanlah terjemahan perkataan tersebut dalam bahasa Melayu dan jika tuan ingin mengekalkan penggunaannya seperti dalam bahasa Arab, maka hendaklah sesuai dengan konteks penggunaannya. Contohnya dalam buku agama yang memerihalkan tajuk yang berkaitan. | Lain-lain | 02.12.2013 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan fasiliti. Di dalam kamus dewan edisi empat, saya hanya menjumpai perkataan fasilitet sahaja yang bermaksud kemudahan (utk mengerjakan sesuatu dll). Adakah fasilitet itu mempunyai maksud yang sama dengan facilities? Dan, saya sering terjumpa perkataan fasiliti di kebanyakan artikel yang saya baca di majalah, adakah ia telah pun digazedkan dalam kamus dewan?Bolehkah saya menggunakan perkataan fasiliti itu dalam penulisan saya? | Seperti yang puan maklum, kata facility diberikan padanan kemudahan dalam bahasa Melayu, tidak ada perkataan fasiliti dalam Kamus Dewan. Oleh sebab itu, gunakanlah perkataan kemudahan dalam penulisan puan. Perkataan fasilitet terakam dalam Kamus Dewan sebagai bahasa Indonesia Belanda dan tidak digunakan di negara kita. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.11.2014 |
Assalamualaikum w.b.t Saya seorang pelajar dari pusat asasi UIAM. Saya ingin bertanya lagi sekali, mengapa orang Malaysia sangat suka menyingkatkan perkataan seperti sudah menjadi dah ? atau sekejap menjadi jap ? adakah kerana sifat bangsa kita malas atau sebaliknya ? Saya mohon pencerahan | Salam sejahtera, Penggunaan singkatan pada perkataan Untuk makluman anda, bagi mengetahui sama ada dakwaan bahawa masyarakat Malaysia terlalu banyak menggunakan singkatan dan penggunaan berlebihan dalam komunikasi benar-benar berlaku dalam masyarakat atau tidak, DBP berpandangan penyelidikan yang autentik dan terperinci perlu dilaksanakan. Data penyelidikan diperlukan untuk mengetahui kebenaran dakwaan ini dan bukan setakat persepsi. Penyelidikan penggunaan singkatan dalam komunikasi boleh dilaksanakan dalam dua (2) konteks, iaitu komunikasi dalam situasi rasmi dan situasi tidak rasmi. Secara umumnya, penggunaan singkatan dalam konteks rasmi mesti mematuhi pedoman penulisan singkatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu dan rujukan lain seperti Kamus Dewan dan Kamus Pelajar. Penggunaan singkatan yang tidak mengikut pedoman khususnya dalam situasi dan penggunaan rasmi memberikan kesan negatif kepada sistem bahasa Melayu yang baku. Berbeza daripada komunikasi tidak rasmi dan bahasa basahan, singkatan memang lazim. Oleh itu, gunakanlah bahasa dengan betul mengikut konteks penggunaannya. Sekian, untuk makluman.
| Lain-lain | 25.10.2020 |
Pertanyaan penggunaan bahasa yang betul. i. Reka bentuk atau rekabentuk. Cth. Unit Rekabentuk ii. Orang Kurang Upaya atau Orang Kelainan Upaya iii. Rujukan pada kontrak/garis panduan. Cth. Menurut klausa 12 syarat-syarat kontrak. Penggunaan menurut atau mengikut? klausa atau perenggan atau para yang sesuai kepada kontrak/garis panduan? iv. kemudahan atau fasiliti. cth tanjakan aras (ramps)/ tandas OKU merupakan kemudahan atau fasiliti OKU v. kebolehaksesan atau aksesibiliti. Cth. akses kepada sistem. sekian, terima kasih. | 1. Ejaan yang tepat ialah reka bentuk. 2. Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini, iaitu penggunaan "Orang Kelainan Upaya" yang seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang perubahan dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan. 3. Rujukan pada kontrak/garis panduan - kedua-duanya boleh digunakan. 4. Menurut atau mengikut - kedua-dua perkataan ini boleh digunakan. 5. klausa atau perenggan atau para - kontrak/ garis panduan klausa dan perenggan sesuai digunakan manakala para merujuk kepada bilangan jamak seperti "para pelajar", para guru dan lain-lain. 6. kemudahan atau fasiliti - untuk maklum, kata facility diberikan padanan kemudahan dalam bahasa Melayu, tidak ada perkataan fasiliti dalam Kamus Dewan.Oleh sebab itu, gunakanlah perkataan kemudahan dalam penulisan tuan. 7. Istilah bahasa Melayu yang lain bagi accessibility ialah kebolehcapaian. | Istilah | 09.06.2017 |
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh Saya seorang pelajar asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan saya sedang melakukan kajian mengenai penggunaan singkatan dalam Bahasa Melayu . Saya ingin bertanya kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka , adakah pihak DBP bersetuju bahawa masyarakat Malaysia kini terlalu banyak menggunakan singkatan perkataan ( peninggalan bunyi ) dalam bahasa Melayu ? Sebagai contoh , masyarakat Malaysia sering menyingkatkan perkataan dalam percakapan seperti sudah menjadi dah, tidak boleh menjadi takleh, sekejap menjadi jap . Adakah penggunaan singkatan yang berlebihan dalam komunikasi ini benar-benar berlaku ? Jika ya, apakah kesannya kepada masyarakat dan apakah langkah yang patut masyarakat Malaysia lakukan untuk mengatasi masalah ini ? Sekian persoalan dari saya. Terima kasih. | Salam sejahtera, Penggunaan singkatan pada perkataan Untuk makluman anda, bagi mengetahui sama ada dakwaan bahawa masyarakat Malaysia terlalu banyak menggunakan singkatan dan penggunaan berlebihan dalam komunikasi benar-benar berlaku dalam masyarakat atau tidak, DBP berpandangan penyelidikan yang autentik dan terperinci perlu dilaksanakan. Data penyelidikan diperlukan untuk mengetahui kebenaran dakwaan ini dan bukan setakat persepsi. Penyelidikan penggunaan singkatan dalam komunikasi boleh dilaksanakan dalam dua (2) konteks, iaitu komunikasi dalam situasi rasmi dan situasi tidak rasmi. Secara umumnya, penggunaan singkatan dalam konteks rasmi mesti mematuhi pedoman penulisan singkatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu dan rujukan lain seperti Kamus Dewan dan Kamus Pelajar. Penggunaan singkatan yang tidak mengikut pedoman khususnya dalam situasi dan penggunaan rasmi memberikan kesan negatif kepada sistem bahasa Melayu yang baku. Berbeza daripada komunikasi tidak rasmi dan bahasa basahan, singkatan memang lazim. Oleh itu, gunakanlah bahasa dengan betul mengikut konteks penggunaannya. Sekian, untuk makluman. | Lain-lain | 25.10.2020 |