sepasang gunting atau sebilah gunting? | Tidak semua benda menerima penjodoh bilangan. Gunting tiada penjodoh bilangan yang khusus. Penjodoh bilangan yang paling hampir bagi gunting ialah sebilah. | Tatabahasa | 28.08.2013 |
KEDAI GUNTING RAMBUT FIRDAUS | Untuk permohonan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui DBP Sah Bahasa di www.dbpsahbahasa.my. Jika menghadapi masalah teknikal berkaitan sistem sila hubungi talian 03-21479309/9398/9400/9500/9600 | Lain-lain | 24.11.2017 |
Kedai Gunting Rambut GENTLEMANS QUARTERS JM0818136 -M | Sila layari http://www.dbpsahbahasa.my/ untuk penyemakan dan pengesahan iklan. | Lain-lain | 02.10.2017 |
Kedai gunting rambut | Untuk permohonan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui DBP Sah Bahasa di www.dbpsahbahasa.my. Jika menghadapi masalah teknikal berkaitan sistem sila hubungi talian 03-21479309/9398/9400/9500/9600. | Lain-lain | 19.07.2017 |
KEDAI GUNTING RAMBUT SAMY SALON RAMBUT & KECANTIKAN HAIR & BEAUTY 沙美理发院 DIMILIKI OLEH: SAMY HAIR STYLISY (002590738-U) CUTS/SHAVE/TRIM/BEAUTY | Untuk pengesahan iklan sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ | Lain-lain | 06.06.2017 |
KEDAI GUNTING RAMBUT IDAMAN | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 16.07.2014 |
se______ gunting a. pasang b. bilah terima kasih | Jawapannya ialah sebilah gunting | Tatabahasa | 17.07.2019 |
Perbezaan antara seperti gunting dalam lipatan, api dalam sekam dan musuh dalam selimut | Gunting dalam lipatan bermaksud membinasakan sahabat (bangsa,dll) sendiri; Api dalam sekam bermaksud perbuatan jahat yang tersembunyi; musuh dalam selimut bermaksud nusuh yang sangat dekat. | Makna | 09.05.2008 |
Assalamualaikum tuan. Izinkan saya bertanya berberapa soalan. 1.Mana satukah ayat yang betul. (a) Ani menyimpan gunting di dalam laci. (b) Ani menyimpan gunting ke dalam laci. 2. Minta penjelasan penggunaan di dalam dan ke dalam. | Menurut Tatabahasa Dewan kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Oleh itu, ayat Ani menyimpan gunting ke dalam laci lebih tepat. | Tatabahasa | 08.09.2015 |
Adakah ayat ini betul? Minta ingatkan kawan kamu untuk bawa kertas warna, gam dan gunting. Terima kasih. | Betulkan ayat itu kepada “Ingatkan kawan kamu untuk membawa kertas warna, gam dan gunting.” | Tatabahasa | 13.09.2018 |