Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : guru yg mengetuai sesuatu sekolah, pengetua sekolah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : guru yg tertinggi (ketua guru di sesebuah sekolah); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : guru yg menjadi ketua guru-guru di sesebuah sekolah; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : guru yg mengetuai sesebuah sekolah; pengetua sekolah: (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guru besar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta penjelasan daripada tuan tentang penggunaan kata ganda. Yang manakah betul? Guru-guru besar / Guru besar-guru besarFrasa yang betul ialah guru-guru besar.Tatabahasa17.10.2017
ejaan yang betul bagi sebutan guru-guru besar atau guru besar-guru besarEjaan yang betul ialah guru-guru besar, bagi kata majmuk apabila dijamakkan hanya perkataan pertama digandakan.Ejaan15.08.2012
mana satu betul. sama ada guru - guru besar atau guru besar- guru besar?Frasa yang betul ialah guru-guru besar.Tatabahasa06.07.2012
Penggandaan kata majmuk bagi guru besar ialah guru-guru besar.Nyatakan mengapa penggandaannya bukan guru besar-guru besar.Bagi pengejaan kata majmuk yang dijamakkan seperti menteri besar dan guru besar, perkataan yang pertama sahaja digandakan menjadi menteri-menteri besar dan guru-guru besar. contoh lain seperti pakar runding - pakar-pakar runding dan ketua menteri - ketua-ketua menteri.Tatabahasa31.03.2010
ingin mencari ketepatan antara "guru-guru besar" ATAU "guru besar-guru besar" dalam konteks jawatan panggilan jamakHanya kata pertama diulang. Oleh itu kata yang tepat ialah guru-guru besar.Tatabahasa03.04.2008
Salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan: yang mana satu betul di bawah: 1. Guru besar-guru besar atau guru-guru besar? (Harapkan berikan contoh lain) 2. bahasa Inggeris atau Bahasa Inggeris? 3. adakah kata penguat hadapan ,belakang atau bebas dapat digunakan bersama untuk kata adjektif yang sama contohnya: sungguh cantik nian 4. proJapan atau pro-Japan ?Salam sejahtera,
1. Jawapan yang betul bagi perkataan tersebut ialah guru-guru besar. Contoh lain ialah guru-guru pelawat, beberapa orang peminat, para petugas dan sebagainya.

2. Jawapan yang betul ialah bahasa Inggeris.

3.  Amat, sangat dan sungguh ialah kata penguat bebas yang boleh diikuti oleh “sekali”. “Paling”, “ter-“ dan “sekali” ialah penanda darjah tertinggi. Oleh itu, “sungguh cantik nian” adalah betul kerana “sungguh” ialah kata penguat bebas dan “ nian” ialah kata penguat belakang. “Paling cantik sekali” adalah salah kerana bentuk lewah iaitu kedua-dua “paling” dan “sekali” ialah penanda darjah tertinggi. Contoh lain yang betul penggunaannya ialah "amat indah nian".

4. Jawapan yang betul ialah pro-Japan.
Tatabahasa10.03.2013
Ejaan yang betul 1.Guru Besar atau Guru besar Ayah saya seorang Guru Besar atau Ayah saya seorang Guru besarAyat yang betul ialah Ayah saya seorang guru besar. Guru besar ialah kata nama am, Guru Besar SK Keramat ialah kata nama khas.Tatabahasa18.01.2012
Saya ingin penjelasan tuan. Bagaimana hendak membezakan Guru Besar (Kn khas)dengan guru besar (Kn Am). 1.Jawatan Guru Besar itu sudah diisi. 2. Dia seorang guru besar yang rajin. 3.Guru besar SJK Ming Chok meninggal dunia semalam. 4.Dalam perbincangan tersebut, Guru Besar memberi pandangan yang bernas dan diterima ramai. Mohon diperjelaskan.

Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, huruf besar digunakan sebagai huruf pertama unsur nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang. Berdasarkan pertanyaan saudara, guru besar merupakan kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun, dalam teks ucapan atau dalam majlis tertentu, guru besar boleh ditulis dengan huruf besar kerana kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk orang tertentu yang berada dalam sesuatu majlis.  

Ayat 1, guru besar ditulis menggunakan huruf kecil kerana ia bersifat umum, manakala dalam ayat 2, 3 dan 4, guru besar boleh ditulis dengan huruf besar kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk orang tersebut.  Contohnya dalam ayat  2, guru besar ditulis dengan huruf besar yang merujuk guru besar itu yang rajin. Begitu juga dengan ayat 3 yang merujuk Guru Besar SJK Ming Chok dan ayat 4 merujuk guru besar yang ada dalam majlis perbincangan. 

Tatabahasa16.03.2009
1) kedua-dua anaknya berjaya ke menara gading 2)kedua-kedua orang anaknya berjaya ke menara gading 3)kedua-dua kucing itu mati 4) kedua-dua ekor kucing iu mati 5)guru besar-guru besar 6)guru-guru besar yg mana ayat yg betul?Ayat yang betul seperti yang berikut:

1) Kedua-dua orang anaknya berjaya ke menara gading.
 
2) Kedua-dua ekor kucing itu mati.

3) Guru-guru besar...
Tatabahasa09.09.2013
1. sepohon pokok / sebatang pokok 2. Guru Besar / guru besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang1. Penjodoh bilangan yang betul ialah "sebatang pokok". 2. Ayat yang betul ialah "Guru besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang".Tatabahasa26.03.2010
12345678910...

Kembali ke atas