Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
huruf (kata nama)
Bersinonim dengan lambang, aksara, vokal, konsonan;,
Kata Terbitan : berhuruf,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera; Tuan; 1. Bilakah "guru besar"perlu ditulis dengan huruf besar? 2. Guru Besar sekolah saya sedang berucap di atas pentas. Soalan: Dalam ayat di atas, perlukah frasa "Guru Besar" ditulis dengan huruf besar? Sekian, terima kasih.Guru besar ialah kata nama am sama seperti guru, namun apabila diganding dengan sekolah contohnya Guru Besar Sekolah Menengah Setapak maka ia menjadi kata nama khas.Ejaan30.09.2011
1. Encik Tan ialah guru besar sekolah saya. Adakah guru besar di atas ditulis dengan huruf besar? 2. Saya belajar di Tahun Dua Mawar. Adakah Tahun Dua Mawar ditulis dengan huruf besar? 3. Saya belajar di Kelas Dua Mawar. Adakah Kelas Dua Mawar ditulis dengan huruf besar?Perkataan Guru Besar, Tahun Dua Mawar, Kelas Dua Mawar sebagai nama khas ditulis dengan huruf besar .Ejaan08.05.2008
Penggunaan kata ganti nama guru besar, bilakah perlu dieja dengan huruf besar (selain daripada permulaan ayat)?Untuk makluman, guru besar ialah kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil. Guru Besar ditulis dengan huruf besar sekiranya merujuk kata nama khas seperti Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Maluri.Tatabahasa10.09.2013
Saya ingin penjelasan tuan. Bagaimana hendak membezakan Guru Besar (Kn khas)dengan guru besar (Kn Am). 1.Jawatan Guru Besar itu sudah diisi. 2. Dia seorang guru besar yang rajin. 3.Guru besar SJK Ming Chok meninggal dunia semalam. 4.Dalam perbincangan tersebut, Guru Besar memberi pandangan yang bernas dan diterima ramai. Mohon diperjelaskan.

Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, huruf besar digunakan sebagai huruf pertama unsur nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang. Berdasarkan pertanyaan saudara, guru besar merupakan kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun, dalam teks ucapan atau dalam majlis tertentu, guru besar boleh ditulis dengan huruf besar kerana kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk orang tertentu yang berada dalam sesuatu majlis.  

Ayat 1, guru besar ditulis menggunakan huruf kecil kerana ia bersifat umum, manakala dalam ayat 2, 3 dan 4, guru besar boleh ditulis dengan huruf besar kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk orang tersebut.  Contohnya dalam ayat  2, guru besar ditulis dengan huruf besar yang merujuk guru besar itu yang rajin. Begitu juga dengan ayat 3 yang merujuk Guru Besar SJK Ming Chok dan ayat 4 merujuk guru besar yang ada dalam majlis perbincangan. 

Tatabahasa16.03.2009
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh guru besar. Perlu tak 'guru besar' ditulis sebagai'Guru Besar' seperti ' Menteri Besar' kerana nama jawatan ? Terima kasih

Tidak perlu dieja menggunakan huruf besar. Menteri Besar di eja menggunakan huruf besar kerana nama jawatan. Guru besar dieja dengan huruf besar sekiranya Guru Besar Karim. Sama juga dengan Menteri Besar atau Menteri Pertanian.

Tatabahasa11.03.2010
perkataan guru besar ini ditulis dalam huruf besar atau huruf kecil. (Guru Besar atau guru besar).contohnya, Guru besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang. terima kasihJika digunakan secara umum, ejaan menggunakan huruf kecil. Misalnya, Hadiah itu disampaikan oleh guru besar. Manakala ' Guru Besar' digunakan merujuk kata nama khas seperti Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Maluri perlu menggunakan huruf besar. Bagi contoh ayat tersebut, hanya huruf 'g' sahaja perlu ditulis dengan huruf besar kerana permulaan ayat.Lain-lain07.10.2010
Bilakah guru besar dieja huruf besar atau huruf kecil dan mengapa? Terima kasih.
Perkataan guru besar merupakan kata nama am yang ditulis dengan huruf kecil. Tetapi ditulis dengan huruf besar apabila kata khas. Contohnya; Guru Besar SK Keramat ialah kata nama khas.
Tatabahasa05.12.2012
Perkataan guru besar harus ditulis dengan huruf besar pada permulaannya?Perkataan guru besar merupakan kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa11.07.2013
Salam sejahtera. Tuan setahu saya frasa nama'guru besar' ditulis dalam huruf kecil kecuali jika dikaitkan dengan nama khas.seperti Guru Besar En. Ali atau Guru Besar SJK Seri Indah. Mengapakah frasa nama 'guru besar' ditulis dalam huruf besar dalam buku teks sekolah rendah terbitan dewan bahasa walaupun tidak dikaitkan dengan sebarang kata nama khas? Ini menimbulkan keliruan semasa cikgu memberikan penerangan kepada murid. Bolehkah tuan memberikan penerangan. Sekian terima kasih.Jika digunakan secara umum, ejaan menggunakan huruf kecil. Tetapi jika jawatan khas misalnya Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Tasik, perlu menggunakan huruf besar. Kami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Boleh kiranya cikgu memberikan tajuk penuh buku teks sekolah rendah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan tahun terbitan buku tersebut untuk semakan dan tindakan pihak kami seterusnya.Tatabahasa17.03.2013
Salam, Saya keliru dengan penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Bolehkah tuan/puan jelaskan penggunaannya dengan lebih jelas?Antara istilah di bawah ini yang manakah tepat? 1. ketua kelas Tahun Lima Bestari @ Ketua Kelas Tahun Lima Bestari 2. Saya ingin berjumpa dengan guru besar @ saya ingin berjumpa dengan Guru Besar 3. guru kelas Tahun Enam Cerdas @ Guru Kelas Tahun Enam Cerdas 4. ketua murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan @ Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan Setakat pemahaman saya, jika jawatan itu disertai dengan kata nama khas, maka ejaannya perlulah menggunakan huruf besar. Namun, bagaimanakah pula jika jawatan itu bukanlah jawatan yang besar dan diiktiraf seperti ketua pengawas, pengerusi persatuan dan sebagainya? Sekian, terima kasih.1. ketua kelas Tahun Lima Bestari @ Ketua Kelas Tahun Lima Bestari = Ketua Kelas Tahun Lima Bestari

2. Saya ingin berjumpa dengan guru besar @ saya ingin berjumpa dengan Guru BesarSaya ingin berjumpa dengan guru besar.

Guru Besar ditulis dengan huruf besar sekiranya merujuk kata nama khas seperti Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Maluri.

3. guru kelas Tahun Enam Cerdas @ Guru Kelas Tahun Enam Cerdas =  Guru Kelas Tahun Enam Cerdas

4. ketua murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan @ Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan = Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan.

guru besar, guru kelas, ketua murid ialah kata nama am. Oleh itu, kata-kata tersebut tidak perlu ditulis dengan huruf besar pada awal kata. Sekiranya merujuk kata nama khas, huruf di awal kata ditulis dengan huruf besar.
Tatabahasa26.12.2012
12345

Kembali ke atas