| Salam sejahtera. Apakah jawapan yang tepat bagi soalan berikut? Ali berehat di bawah pokok besar yang __________. A redup B teduh Mohon beri penjelasan yang lanjut. | Ali berehat di bawah pokok besar yang teduh. Namun ayat ini agak mengelirukan, ayat yang lebih baik ialah Ali berteduh di bawah pokok besar. Mengikut Kamus Dewan, teduh bermaksud terlindung daripada panas matahari, tidak kena panas matahari, lindap: jika kita berdiri di tempat yg teduh kita tidak dapat melihat matahari dan tidak dapat merasa habanya; | Tatabahasa | 25.08.2014 |