dia putus akal apabila mendapati keretanya hilang. tuan,putus akal habis akal, tidak tahu apa yg harus dibuat (tidak ada ikhtiar lagi, bingung); adakah ayat ini betul dari segi bahasa? TQ | Ayat 'Dia putus akal apabila mendapati keretanya hilang.' adalah betul. | Tatabahasa | 18.09.2011 |
Salam sejahtera, Saya ingin tahu perbezaan perkataan 'fikir' dan 'berfikir' dan penggunaan kedua-duanya sebagai kata kerja. Boleh tolong beri contoh ayat? Terima kasih. | Untuk makluman, fikir merupakan kata nama yang bermaksud: 1. Akal: renungan, tanggapan, pendapat, anggapan, ingatan, menungan, tafakur dan angan-angan. Contoh: “Fikir itu pelita hati.” dan “Tidak habis fikir.” 2. Anggapan, pendapat, sangka, kira. Contoh: “Dia fikir bahawa wang itu lebih berharga daripada nyawanya." Manakala, berfikir merupakan kata kerja yang bermaksud memerah otak, menggunakan akal, bermenung, mempertimbangkan, beranggapan, bercadang, berasa dan mengingat. Contoh: “Dia berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk bekerja di Singapura.”
| Tatabahasa | 26.11.2019 |