Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata habislah

Puisi
 

Sudah lama tidak ke ladang,
     Habislah kangkung melilit padi;
Sudah lama saya tak pandang,
     Habislah jantung melilit hati.


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya Abdulhakim Domolo,saya sedang belajar Bahasa Melayu dasar di Universiti Fatoni.Saya ingin bertanya DPB.Apakah maksud bertindih. Terimakasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, bertindih bermaksud 1. bersusun yang satu di atas yang lain, berlapis-lapis: beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok; 2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak): berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; 3. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dan sebagainya yang sama atau serupa;.

Tuan bolehlah melayari www.prpm.dbp.gov.my bagi carian makna perkataan.
Tatabahasa08.09.2016
Yang mana satu betul? Berbuat sedemikian/demikian?Perkataan demikian dan sedemikian mempunyai makna yang hampir sama, namun untuk ayat tersebut lebih sesuai digunakan perkataan demikian.

Demikian
Definisi : 
begitu; begini; spt itu (ini): Dgn yg ~, habislah timbunan kayu itu dimakan api. ~lah halnya. sedemikian spt itu; sbg itu: Kalau sudah ~ susahnya, mengapa tidak mencari kerja lain? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Sedemikian
Definisi : 
spt itu; sbg itu: Kalau sudah ~ susahnya, mengapa tidak mencari kerja lain? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Makna28.08.2017
DAPATKAH TUAN MENGHANTAR PANTUN SELOKA SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN

Antara contoh pantun:

Pasang lampu pasang pelita,

    Pasang mari laut jambatan;

Kekalnya jodoh jangan dipinta,

    Memang jodoh jadi suratan. 

 

Budak-budak duduk di pintu,

    Apa dibuat mencari kutu;

Habislah wang beribu-ribu,

   Sukalah hati mendapat menantu. 

 

Saudara digalakkan merujuk buku Kurik Kundi Merah Saga, Kumpulan Pantun Lisan Melayu, terbitan DBP untuk mendapatkan pantun-pantun lain yang lebih menarik. 

Lain-lain19.02.2010
Jika berkesempatan dan berkemampuan, buat semakan secara berkala agar entri sentiasa yang terkini - termasuk ruang Khidmat nasihat. Jika ada yang silap, mohon padamkan segera untuk elakkan kekeliruan pengguna. Jangan sekadar mohon maaf, tapi tiada pengemaskinian. Jika boleh, percepatkan kemasukan istilah baru dan masukkan juga bahasa percakapan yang lazim dan tak dapat "dibendung" lagi, seperti awek, kantoi, dll. Namun, tandakan dengan "bp" seperti biasa yg DBP buat. Ia tetap bahasa orang kita - jika pihak DBP tak dapat terima hakikat bahawa sesuatu bahasa itu datang daripada orangnya, habislah. Terlalu banyak perkataan yang "tidak diterima" sampaikan agak lambat berkembang.
Terima kasih  dan  kami  akan  menggambil maklum atas teguran yang dinyatakan.
Kami akan berusia membaiki maklumat dalam khidmat nasihat DBP dari semasa ke semasa. 


Lain-lain02.10.2020
Tuan DBP, apakah perbezaan antara "upaya" dengan "keupayaan"? Pada hemat saya, "upaya" seerti "keupayaan". Upaya bermaksud daya membuat sesuatu. Orang marcapada lebih cenderung menulis bentuk "keupayaan" berbanding dengan "upaya". Mengikut kefahaman saya, jika sesuatu kata nama ditambah dengan apitan ke-...-an, terhasil maksud keadaan kata nama itu. Maka "keupayaan" bermaksud keadaan upaya. Adakah makna ini dikhususkan kepada tahap upaya kita, iaitu sejauh manakah kita dapat melaksanakan sesuatu? Saya hendak mengusulkan pembatalan kata "keupayaan" kerana tidak diperlukan. "Upaya" sudah menyampaikan maksud daya itu., melainkan jikalau kata "keupayaan" bermaksud tahap upaya kita, iaitu ketinggian dan kerendahan upaya, saya terimalah maksud itu dan tidak usah dibatalkan kata "keupayaan".Kadangkala sukar untuk mencari perbezaan makna  yang jelas antara akar kata dengan kata terbitan, kecuali melihat contoh penggunaannya dalam ayat. Contoh ayat,  kalaulah segala apa yang diberikannya selama ini masih belum dapat menjamin kecintaannya, maka habislah upayaku (daya usahaku). Manakala ayat, bahasa itu sendiri perlulah mempunyai keupayaan untuk menjadi sebuah bahasa moden (kemampuan). Sebarang cadangan untuk kata baharu atau pemansuhan kata boleh dikemukakan kepada Ketua Bahagian Perkamusan, DBP kerana penggubalan setiap kata (termasuklah pemansuhannya) dibuat mengikut proses tertentu, dan bukanlah sewenang-wenangnya digugurkan dalam entri kamus terbitan yang akan datang semata-mata berdasarkan pandangan yang tidak disokong dengan hujah yang tuntas.Makna14.08.2016

Kembali ke atas