Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.da.pan] | هادڤن

Definisi : 1. bahagian sebelah muka, depan (lwn belakang): dia berdiri di ~ saya; pintu ~ rumah itu sentiasa terbuka; ke ~ a) ke depan, ke muka; b) (pd permulaan surat bererti) kepada: ke ~ sahabatku yg diingati; 2. yg akan datang; masa (zaman) ~ masa (zaman) yg akan datang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.da.pan] | هادڤن

Definisi : 1 bahagian di sebelah muka; depan: Dia berdiri di ~ saya. 2 yg akan datang: masa ~; tahun ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadap (kata nama)
1. Bersinonim dengan hala: arah, haluan, tuju, tala, tepas, paran,

2. Bersinonim dengan muka: depan, hadapan, haluan,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : berhadapan, berhadap-hadapan, menghadap, menghadapi, menghadapkan, terhadap, penghadapan, hadapan,

Puisi
 

Jangan bicara di laman tangga,
     Cucur atap ke rumput juga;
Jangan bicara di hadapan mata,
     Dalam dakap kurebut juga.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ya ingin bertanya, saya lihat banyak media yg menulis kata ayat-ayat seperti "di muka hadapan", "di bahagian hadapan" dan sebagainya. Apakah kata hadapan untuk ayat-ayat seperti itu digunakan dengab betul? Setahu saya, kata hadapan berasal dari kata dasar "hadap" bermaksud facing (dlm bhs inggeris) yang ditambah akhiran "an". Sama seperti kata "hadapi" yang mendapat akhiran "i". Bagaimana menurut DBP? Adakah ayat sebetulnya patut menjadi "di muka depan" atau "di ahagian depan" dan sebagainya?Untuk makluman puan, hadapan bermaksud bahagian di sebelah muka depan dan frasa di muka hadapan adalah betul. Untuk maklumat lanjut, sila klik hadapan">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hadapan dan lihat di halaman 2.Tatabahasa12.06.2012
Assalamualaikum, penggunaan perkataan hadapan dan depan. Masa hadapan atau masa depan?Berdasarkan Kamus Dewan edisi ketiga, depan dan hadapan mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, kedua-dua bentuk, iaitu masa depan dan masa hadapan adalah betul dan boleh digunakan.Makna20.05.2012
Apakah perbezaan maksud di antara "di hadapan" dan "dihadapan", atau pun "kehadapan" dan "ke hadapan"?

Di dan ke boleh dikategorikan sebagai kata arah dan imbuhan awalan. 1. menunjukkan kata arah, di dan ke dieja jarak. Misalnya di atas, di bawah, di hadapan, ke hadapan, ke sana.  2. menunjukkan imbuhan awalan perlu dieja rapat. Misalnya kehendak, dimakan. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.

Lain-lain29.07.2010
apakah beza antara depan dengan hadapan? masa depan atau hadapan? apakah beza antara dahulu dengan dulu?

Yang baku ialah masa hadapan dan dahulu. Walau bagaimanapun masa depan dan dulu boleh digunakan mengikut konteks ayat.

Tatabahasa27.07.2010
Salam Tuan, Apakah perbezaan penggunaan "depan" dengan "hadapan". Contohny, penggunaan yang mana satu betul, "masa depan" atau "masa hadapan"? Sekian, terima kasih.Frasa masa depan dan masa hadapan membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun frasa masa hadapan lebih sesuai digunakan dalam konteks rasmi.Tatabahasa09.05.2013
manakah ayat yang betul.. 1. saya menyarankan agar dibina kompleks pelajar 2. saya menyarankan agar kompleks pelajar dibina soalan 2 1. di masa hadapan 2. pada masa hadapan1. Saya menyarankan agar kompleks pelajar dibina.
2. pada masa hadapan.
Tatabahasa22.07.2013
Indeks bolehkah disamakan dengan muka hadapan? Contohnya tajuk saya: Analisis kandungan muka hadapan laman web e-komuniti. Bolehkah saya menggantikan perkataan muka hadapan kepada indeks?Contohnya:Analisis kandungan indeks laman web e-komuniti.Untuk mengubah sesuatu tajuk yang telah diberikan secara prinsipnya tidak dibenarkan. Sdr. dinasihatkan bertemu dengan pensyarah/penganjur yang telah memberikan tajuk ini kepada sdr. Secara takrifan literal, Indeks membawa makna senarai butir kandungan buku (rujuk takrifan kamus Dewan).Takrifan Penerbitan pula indeks merupakan senarai nama, perkara, rujukan dan sebagainya yang disusun menurut abjad. Indeks dicetak pada bahagian akhir buku.Lain-lain25.02.2008
saya menghadapi masalah dalam penggunaan kata pemeri. mengikut kamus tatabahasa dewan, kata pemeri ialah mesti berada di hadapan kata atau frasa nama. sementara kata pemeri adalah hanya boleh berada di hadapan kata adjektif dan kata sendi nama. masalah saya ialah berdasarkan beberapa buku rujukan terdapat penggunaan kata pemeri di hadapan kata kerja,kata bilangan dan seumpamanya. saya ingin mendapatkan kepastian pihak tuan memandangkan buku rujukan sering menjadi tumpuan para pelajar. saya sangat bimbang keranan terdapat percanggahan pendapat dalam penggunaan ini lebih-lebih lagi jika melibatkan peperiksaaan awam kepada para pelajar. saya sangat berharap penjelasan yang lebih terperinci berkaitan pemasalahan ini. terima kasih.Merujuk buku Tatabahasa Dewan kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah" menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Umumnya kata pemeri tidak boleh di hadapan kata kerja, tetapi kata pemeri "ialah" boleh berada di hadapan kata bilangan kerana kata bilangan ialah kata nama.Lain-lain03.08.2010
Salam benarkah ayat ini " Basikal baharu itu paling abang gemari"?Ayat tersebut salah. Kata penguat hadapan "paling" letaknya di hadapan frasa atau kata adjektif.Tatabahasa04.04.2013
Tuan, apakah perbezaan masa depan dan masa hadapan? yang manakah lebih tepat penggunaannya untuk terbitan advertorial atau pengiklanan?Frasa masa depan dan masa hadapan membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun frasa masa hadapan lebih sesuai digunakan dalam konteks rasmi.Tatabahasa23.07.2012
12345678910...

Kembali ke atas