Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hadapannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Timbul kekeliruan mengenai penggunaan tanda elipsis (...) iaitu apakah perlu dijarakkan atau dirapatkan selepas perkataan di hadapannya. Contoh: "Okey... jangan buang masa." atau "Okey ... jangan buang masa." Terima kasih.Wa alaikum salam,

Tanda elipsis ( ... ) perlu dijarakkan selepas perkataan di hadapannya. Merujuk contoh yang diberikan, Okey ... jangan buang masa.
Tatabahasa22.02.2018
yang mana tepat-1. Zulkifli kaget/takjub apabila melihat Zaleha yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya 2.Tepatkah ayat ini-Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan adik tengah hari tadi.

YM Tengku,

Ayat yang betul ialah : i. Zulkifli takjub apabila melihat Zaleha yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya. ii. Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan (oleh) adik tengah hari tadi. 

Tatabahasa14.10.2010
Bagaimana menulis perkataan yang ada 'ala' di hadapannya. Contoh: Ala Inggeris. (mirip-mirip Inggeris). Perlukah diletakkan tanda sempang di hadapan perkataan Inggeris itu? Contoh: Ala-Inggeris.Ejaan yang betul ialah ala Inggeris.Ejaan02.12.2011
Saya difahamkan bahawa perkataan seperti 'kah', 'tah' dan 'lah' adalah partikel atau ayat tugas; di mana penggunaannya mesti dicantumkan dengan perkataan di hadapannya. Contoh: 1. Apakah masalah awak? Namun begitu, adakah situasi di mana partikel ini tidak perlu dicantumkan dengan perkataan yang ada di hadapan? (exception to the general rule) Contoh: 2."Awak sudah makankah?" atau "Awak sudah makan kah?" Adakah betul jika saya katakan bahawa penggunaan partikel yang tertara di atas, apabila digunakan sebagai kata penegas, harus dicantumkan dengan kata yang ada di hadapannya? Terima kasihPartikel -lah, -kah dan -tah mesti ditulis bersambung dengan perkataan sebelumnya. Berdasarkan contoh yang tuan berikan, ayat yang tepat ialah "Awak sudah makan?" atau "Adakah awak sudah makan?"Tatabahasa08.04.2020
bolehkah perkataan paus digunakan tanpa perkataan ikan di hadapannya, merujuk mamalia besar yang hidup di dalam air? terima kasih.kedua-dua perkataan Paus dan Ikan Paus boleh digunakan untuk merujuk kepada mamalia besar yang hidup di dalam air. Lain-lain20.02.2018
Ejaan untuk iPad, iPhone dan iPod telah diwartakan oleh penciptanya dengan huruf kecil di hadapannya. Kalau perkataan-perkataan itu berada di hadapan ayat, bagaimanakah pula?Untuk makluman, jika sesebuah jenama itu telah diwartakan, maka ejaannya perlu dikekalkan walaupun kedudukkannya diletakkan di permulaan ayat.Ejaan16.12.2015
Dalam penomboran, bagi nombor tunggal seperti 1,2,3.....perlu atau tidak untuk meletakkan nombor 0 di hadapannya. Contoh 01 Ogos 2023 atau 1 Ogos 2023?Nombor kosong (0) tidak perlu diletakkan di hadapan nombor satu digit atau nombor berikutnya.  Tatabahasa20.08.2023
" Berapa pun musuh yang datang, semuanya akan hamba tentang," kata Tun Telanai kepada Bendahara Ali yang berdiri di hadapannya. apakah kesalahan tatabahasa di atas dan apakah yang sepatut digunakan?Berapa pun bermaksud bagaimanapun, betapa pun. Kata berapa pun perlu ditambah dan menjadi "berapa ramai pun musuh yang datang, semuanya akan hamba tentang" untuk melengkapkan ayat.Tatabahasa18.07.2008
Jika di dalam sesebuah puisi menggunakan perkataan seperti, kaupergi, kaujua, kaubawa dan lain-lain yang terdapat perkataan kau di hadapannya yang dirapatkan dengan perkataan lain, adakah tidak menjadi kesalahan dan dibenarkan?Bukan setakat dalam puisi sahaja perkataan "kau" perlu dirapatkan dengan kata kerja, dalam penulisan biasa juga perkataan "kau" itu perlu dirapatkan apabila bertemu dengan kata kerja.Lain-lain31.05.2016
Terima kasih atas bantuan. Seterusnya saya ingin kepastian tentang jawapan bagi soalan-soalan yang berikut: 1. Abu berasa _____ apabila melihat Rokiah yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya. A kaget B takjub C kagum D pelik 2. Masih ada ____ pendapat dalam kalangan orang ramai tentang punca kenaikan harga barang. A kekelituan B kegusaran C perselisihan D perbandingan 3. SUNGGUH AMAT INDAH pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. A AMAT TERINDAH B SUNGGUH AMAT INDAH C AMAT SUNGGUH TERINDAH 4. Biasiswa itu DIBERI KEPADA PELAJAR yang kurang berkemampuan bagi meringankan bebanan keluarga mereka. A DIBERI KEPADA PELAJAR B DIBERIKAN PADA PELAJAR C DIBERI UNTUK PELAJAR Terima kasih

1. Abu berasa kaget apabila melihat Rokiah yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya.

2. Masih ada perselisihan pendapat dalam kalangan orang ramai tentang punca kenaikan harga barang. 

3. SUNGGUH AMAT INDAH pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu.  

4. Biasiswa itu DIBERIKAN KEPADA PELAJAR yang kurang berkemampuan bagi meringankan bebanan keluarga mereka.

Tatabahasa19.10.2010
123

Kembali ke atas