1.Untuk catatan kehadiran dalam minit mesyuarat, adakah wakil bagi ahli dicatatkan di ruang hadir atau turut hadir. Bagaimana pula dengan penama yang diwakilkan? Adakah perlu diletakkan di bawah list TIDAK HADIR. 2.Apa pula perbezaan di antar TIDAK HADIR dengan TIDAK HADIR (DENGAN KENYATAAN). Adakah wujud perkara ini di DBP? 3. Adakah wakil dibenarkan untuk mengeluarkan pandangan dan pendapat dan adakah dikira dalam kuota mesyuarat berkenaan. | Untuk makluman puan, format surat-menyurat ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri dan format ini diguna pakai oleh semua jabatan sektor awam termasuk DBP. Format minit mesyuarat biasanya ditentukan oleh institusi atau organisasi masing-masing. Oleh itu, jawapan yang diberikan di bawah berdasarkan kelaziman yang ditemui dalam penulisan minit mesyuarat: 1. 1. Wakil ahli mesyuarat dicatatkan dalam ruangan Turut Hadir dan jika wakil tidak hadir tidak perlu dicatatkan. 2. 2. Tidak Hadir lazimnya ahli tidak memaklumkan ketidakhadirannya, manakala Tidak Hadir (Dengan Kenyataan) ahli telah memaklumkan sebab ketidakhadirannya kepada pihak urus setia. 3. 3. Wakil berperanan seperti ahli mesyuarat yang lain dan boleh memberikan pendapat/pandangan. Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP dan rujuk juga Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993, Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang juga mengandungi panduan menyediakan minit mesyuarat. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. | Lain-lain | 28.02.2012 |
Turut hadir atau yang turut hadir? Turut diundang atau yang turut diundang? Turut mengundang atau yang turut mengundang? | Kedua-dua frasa, turut hadir dan yang turut hadir boleh digunakan. | Tatabahasa | 20.07.2012 |
Tuan, Mohon dapat bantu mengenai persoalan yang diajukan. 1.Untuk catatan kehadiran dalam minit mesyuarat, adakah wakil bagi ahli dicatatkan di ruang hadir atau turut hadir. Bagaimana pula dengan penama yang diwakilkan? Adakah perlu diletakkan di bawah list TIDAK HADIR. 2.Apa pula perbezaan di antar TIDAK HADIR dengan TIDAK HADIR (DENGAN KENYATAAN). Adakah wujud perkara ini di DBP? 3. Adakah wakil dibenarkan untuk mengeluarkan pandangan dan pendapat dan adakah dikira dalam kuota mesyuarat berkenaan. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman puan, format surat-menyurat ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri dan format ini diguna pakai oleh semua jabatan sektor awam termasuk DBP. Format minit mesyuarat biasanya ditentukan oleh institusi atau organisasi masing-masing. Oleh itu, jawapan yang diberikan di bawah berdasarkan kelaziman yang ditemui dalam penulisan minit mesyuarat: 1. 1. Wakil ahli mesyuarat dicatatkan dalam ruangan Turut Hadir dan jika wakil tidak hadir tidak perlu dicatatkan. 2. 2. Tidak Hadir lazimnya ahli tidak memaklumkan ketidakhadirannya, manakala Tidak Hadir (Dengan Kenyataan) ahli telah memaklumkan sebab ketidakhadirannya kepada pihak urus setia. 3. 3. Wakil berperanan seperti ahli mesyuarat yang lain dan boleh memberikan pendapat/pandangan. Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP dan rujuk juga Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993, Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang juga mengandungi panduan menyediakan minit mesyuarat. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. | Lain-lain | 28.02.2012 |
Tuan, 1.Antara hadir di sekolah dengan hadir ke sekolah yang manakah lebih tepat penggunaannya? 2.Betulkah perkataan ke hadapan dalam surat kiriman rasmi dieja kehadapan? 3.Adakah kata ia hanya digunakan untuk manusia sahaja? Terima kasih. | 1. Hadir di sekolah - kata sendi nama 'di' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, manakala kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju (seperti ayat: Dia akan ke sekolah) 2. Ejaan yang betul ialah ke hadapan. 3. 'Ia' ialah kata ganti nama diri ketiga atau kata ganti benda (bukan binatang) yang dibicarakan. | Tatabahasa | 01.04.2011 |
...hadir ke majlis temu mesra atau ..hadir ke majlis temu murni. Adakah berbeza kedua-dua istilah temu mesra dan temu murni itu? | ...hadir ke majlis temu mesra atau ..hadir ke majlis temu murni. Adakah berbeza kedua-dua istilah temu mesra dan temu murni itu? Kedua-dua istilah, iaitu 'temu mesra' dan 'temu murni' tiada dalam pangkalan DBP. Tuan boleh memberikan istilah sumber sekiranya daripada bahasa Inggeris dan DBP akan cuba memberikan cadangan padanan mengikut konsep yang dimaksudkan. Perbezaan boleh diberikan dengan melihat konteks penggunaannya. | Istilah | 23.01.2014 |
manakah yang betul? (a)Amir hadir ke majlis itu (b)Amir hadir dalam majlis itu.. tolong jelaskan.. terima kasih.... | Ayat yang betul ialah, Amir hadir dalam majlis itu - hadir sama maksud dengan ada dan tidak gramatis jika diikuti dengan kata sendi ke. | Tatabahasa | 31.07.2010 |
1. Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'antara' dengan 'di antara'? 2. Ayat manakah yang lebih tepat: 'Saya hadir pada jam 8:00 pagi'. atau 'Saya hadir pada pukol 8:00 pagi.' | 1. Kata sendi nama "antara" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang tidak mempunyai ruang atau jarak, manakala frasa "di antara" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang mempunyai ruang atau jarak. 2. Ayat yang lebih gramatis ialah "Saya hadir pada pukul 8.00 pagi." | Tatabahasa | 05.06.2013 |
Dia tidak hadir ke sekolah sejak Isnin lalu. Ayat di atas ialah ayat majmuk pancangan keterangan.'Sejak' ialah kata hubung keterangan waktu (Rujuk Tatabahasa Dewan). Klausa utama ialah 'Dia tidak hadir ke sekolah. Apakah klausa kecilnya? Kalau klausa kecilnya 'sejak Isnin lalu', apakah subjek bagi klausa ini? | Dia tidak hadir ke sekolah sejak Isnin lalu. Dia = subjek, tidak hadir ke sekolah = predikat, sejak Isnin lalu = frasa keterangan. Ayat ini bukan ayat majmuk, oleh itu tidak ada klausa kecilnya. | Tatabahasa | 01.08.2008 |
Disini saya mempunyai soalan tambahan. Bolehkah Kata Bilangan hadir dengan pelbagai jenis Kata Terbitan? Contohnya. Kata Bilangan Himpunan "kedua-dua". Boleh hadir dengan Kata Terbitan seperti: 1. Kedua 2. Berdua-dua 3.Berdua Jika boleh, adakah selepas hadir dengan pelbagai kata terbitan, perkataan tersebut masih dikira sebagai Kata Bilangan. Mohon penjelasan. Terima kasih. | Kami ingin membetulkan istilah yang tuan gunakan. Bukan Kata Terbitan tetapi imbuhan atau awalan. Kata bilangan "dua" apabila ditambah dengan pelbagai imbuhan akan kekal sebagai kata bilangan, tetapi berubah dari segi ciri maknanya mengikut konteks ayat. | Tatabahasa | 17.08.2016 |
a. tuan adalah dijemput hadir ke kursus tersebut. b.tuan adalah dijemput hadir kursus tersebut. Ayat a atau b yang betul? sekiranya b, dalam keadaan manakah KE boleh digunakan? | Ayat yang betul ialah Tuan dijemput hadir ke kursus tersebut. | Tatabahasa | 07.10.2014 |