Display virtual keyboard interface
 

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adalah,ialah (guru) beserta atau bersertahadir di hadapan frasa adjaktif frasa sendi nama -adalah hadir di hadapan kata /frasa nama -ialahTatabahasa06.03.2012
Bolehkah kata pemeri ialah dan adalah hadir di depan kata kerja?Kata pemeri ialah dan adalah tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja, contohnya: Hobinya memancing ikan, bukannay Hobinya ialah/adalah memancing ikan.Tatabahasa11.07.2012
BAGAIMANAKAH PENGGUNAAN ADALAH DAN IALAH?Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi namaTatabahasa11.05.2007
Bilakah perkataan ialah dan adalah perlu digunakan?ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.Lain-lain19.12.2006
apakah beza antara adalah dengan ialahkata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama Contoh:(ialah) 1. Anak ialah anugerah Allah 2.Sepak takraw ialah sukan yang dipertandingkan.... Contoh:(adalah) 1.baju itu adalah baik 2.Kursus ini adalah untuk...Tatabahasa26.07.2007
Apakah perbezaan ''ialah'' dan ''adalah''.

Ialah digunakan secara persamaan atau ekuatif,hadir di hadapan frasa nama. Adalah digunakan secara huraian atau kualitatif, hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.

Tatabahasa23.01.2008
Bila kita Gina ialah Dan adalahKata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263.Tatabahasa06.03.2013
perbezaan perkataan "ialah" dan "adalah"Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah"  menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan. (untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal.250)Tatabahasa06.03.2014
saya masih tidak faham pebezaan adalah dan ialah"Ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah" menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.Tatabahasa18.04.2008
Assalamualaikum. Apakah kata pemeri untuk "sebagai"? Terima kasih

Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama dan kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Oleh hal yang demikian, kata pemeri untuk perkataan sebagai ialah “adalah” kerana perkataan sebagai tergolong dalam kata sendi nama, namun penggunaan kata pemeri perlu disesuaikan konteks penggunaannya dalam ayat supaya ayat tidak kelihatan lewah.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 276 dan 494-495 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), hlm. 171.

Tatabahasa30.06.2025
12345678910...

Kembali ke atas