penjodoh bilangan bagi hadis? sebuah hadis... / sepotong hadis... atau ada lain2 lg? | Untuk makluman, perkataan hadis tidak memerlukan penjodoh bilangan kerana tidak ada penjodoh bilangan yang khusus untuk hadis. | Tatabahasa | 29.08.2015 |
assalam.saya ingin bertanya mengenai ejaan huruf besar dan huruf kecil. -Allah SWT@s.w.t -Nabi Muhammad s.a.w@SAW -al-Quran dan Hadis -ejaan dalam ayat seperti ...kelebihan mengamalkan hadis@Hadis ini?-->contoh ayat -perkataan seperti contoh hadis qudsi adalah....-->adakah ejaan hadis qudsi adalah kecil atau perkataan awal H dan Q besar? | Ejaan yang betul ialah Allah SWT, Nabi Muhammad SAW, al-Quran, hadis dan hadis kudsi. | Ejaan | 24.07.2012 |
Yang mana betul: hadis qudsi? Hadis kudsi Fengshui atau feng shui | Ejaan yang betul ialah hadis kudsi dan feng syui. | Ejaan | 29.01.2014 |
Manakah penggunaan yang lebih tepat? Hadis atau Al-Hadis? Mengapa ejaan bagi Hadis tidak dieja dengan Hadith yang mana lebih menepati sebutan Arab, begitu juga penggunaan Al yang lebih menepati displin penulisan Arab. Tambahan pula ini adalah perkataan yang diserap dari bahasa Arab. | Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi dirumus khusus bagi penerbitan buku-buku agama khususnya yang berkaitan dengan istilah Agama Islam. Dalam proses transliterasi perkataan Arab ke Rumi, huruf hamzah kepada tanda ', kaf kepada k dan qof kepada q. Dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, kata serapan daripada bahasa Arab yang berupa istilah khusus dieja seperti ejaan asal dalam bahasa Arab ke dalam ejaan Jawi dan diselaraskan ejaannya dalam Rumi seperti wuduk, wuquf dan reda. Manakala kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dieja dalam ejaan Rumi mengikut cara mengeja kata-kata jati dalam bahasa Melayu seperti sabun, darurat dan sahabat. Wallahualam. | Tatabahasa | 07.09.2016 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ingin bertanya mengenai perkataan malaikat Jibrail a.s atau malaikat Jibrail AS? Imam Shafie RH atau Imam Shafie r.h? Nabi Adam A.S atau Nabi Adam a.s? Perkataan Abbasiyyah atau Abbasiyah yang mana satu betul? kalau nama-nama hadis seperti hadis af'al, hadis nabawi, hadis qudsi adakah huruf besar? sekian, terima kasih | Singkatan untuk alaihissalam ialah a.s. Singgakatan untuk radiallahuanhu ialah r.a. Bagi ejaan Abbasiyyah lebih banyak terakam berbanding dengan Abbasiyah tetapi terbitan DBP mengguna pakai ejaan Abbasiyah. Hadis dieja dengan huruf kesil: hadis kudsi, hadis nabawi | Ejaan | 12.06.2015 |
Hadis ini menerangkan mengenai konsep....... Soalan: Perlukah diletakkan perkataan mengenai di situ, atau tidak perlu? dan mengapa? terima kasih. | Antara maksud perkataan mengenai termasuklah berkaitan dengan atau tentang. Berdasarkan makna yang tersebut kata mengenai boleh digunakan dalam konteks makna yang tersebut. Walau bagaimanapun kata yang lebih lazim digunakan ialah 'tentang' kerana mengenai lebih kerap digunakan untuk maknanya yang pertama, iaitu 'kena pada'. | Tatabahasa | 02.05.2011 |
Mohon pencerahan tentang ayat yang betul (1) Hadis riwayat Bukhari dan Muslim atau (2) Hadis daripada Bukhari dan Muslim (3) Hadis Bukhari dan Muslim | Ketiga-tiga ayat ni betul. Walau bagaimanapun antara ayat pertama dan ayat kedua, ayat pertama lebih banyak digunakan dalam laras agama, manakala ayat ketiga menunjukkan penjenisan hadis mengikut perawi. | Tatabahasa | 05.03.2020 |
1.Ejaan untuk Al-Quran memang kena huruf besar ke A dan Q? 2. Yang mana satu yang betul, hadis & hadith? 3. Apa beza hadis dan sunnah? | Salam sejahtera 1. Ejaan yang betul ialah al-Quran 2. Ejaan yang betul bagi hadis atau hadith ialah hadis 3. Hadis ialah sabda, perbuatan atau kelakuan (sifat) Nabi Muhammad SAW yg diriwayatkan oleh para sahabatnya utk menjelaskan sesuatu hukum dlm agama Islam. Sunah ialah peraturan (dlm agama Islam) yg berdasarkan perbuatan atau perkataan Nabi Muhammad SAW. | Ejaan | 31.07.2016 |
Anti hadis atau antihadis yang betul? | antihadis | Tatabahasa | 28.02.2013 |
1)hadis atau hadith 2)ramadan atau ramadhan | 1)hadis 2)ramadan | Ejaan | 21.07.2011 |