Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.fal] | حافل

Definisi : sudah masuk betul dlm ingatan (tentang pelajaran) tanpa perlu melihat buku atau catatan; menghafal membaca atau mempelajari ber­ulang-ulang supaya hafal: sehari-hari ber­tubi-tubi ~ nama-nama teknikal yg begitu rumit; hafalan hasil menghafal: dia mengumpul­kan semua ayat al-Quran satu-persatu drpd pelepah tamar kulit, tulang, dan ketul batu serta drpd ~ para sahabat; penghafalan perihal atau perbuatan meng­hafal: ~ ayat suci al-Quran; penghafal orang yg menghafal (ayat suci al-Quran dsb): ~ al-Quran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hafal (kata kerja)
Bersinonim dengan ingat, lancar;,
Kata Terbitan : menghafal, menghafaz,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa beza HAFAL dengan INGAT? Adakah bezanya spt memorize dan remember?Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, ingat ditakrifkan sebagai masih ada dalam fikiran, tidak lupa:2. timbul lagi dalam fikiran, tahu, sedar 3. (dalam keadaan) sedar, siuman. Manakala hafal ialah sudah masuk betul dalam ingatan (tentang pelajaran) tanpa perlu melihat buku atau catatan;Tatabahasa12.10.2013
Salam, saya ingin mengetahui apakah perbezaan maksud antara hafalan dengan hafazan? adakah perkataan Hafazan tidak wujud dalam kamus Dewan(kerana tiada maklumat diperoleh dalam Kamus Dewan secara online mengenai makna hafazan),hanya wujud perkataan hafalanHafalan dan hafazan terbit daripada kata hafal dan hafaz.  Hafal bermaksud sudah masuk betul dalam ingatan (tentang pelajaran) tanpa perlu melihat buku atau catatan dan hafalan ialah hasil daripada perbuatan menghafal. Hafaz bermaksud terpelihara dan kekal dalam ingatan (khususnya tentang bacaan ayat suci al-Quran) dan hafazan ialah hasil daripada perbuatan menghafaz.Tatabahasa13.09.2011
Adakah perbezaan antara dikenalkan dengan diperkenalkan? Terima kasih.Dikenalkan ialah bentuk pasif bagi mengenalkan. Yang membawa maksud cam, hafal, tanggap, dan pasti.  Contoh ayat: Peserta kursus dikenalkan dengan huruf jawi pada hari pertama kursus mereka.  Diperkenalkan ialah bentuk pasif bagi memperkenalkan yang  membawa maksud memberitahu, menyatakan, mendedahkan, membentangkan; iaitu menjadikan sesuatu dikenali. Contoh ayat: Dasar Wanita diperkenalkan untuk membantu kaum wanita. Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat, Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, dan Tatabahasa Dewan Edisi KetigaMakna25.07.2011

Kembali ke atas