Salam, saya ingin mengetahui apakah perbezaan maksud antara hafalan dengan hafazan? adakah perkataan Hafazan tidak wujud dalam kamus Dewan(kerana tiada maklumat diperoleh dalam Kamus Dewan secara online mengenai makna hafazan),hanya wujud perkataan hafalan | Hafalan dan hafazan terbit daripada kata hafal dan hafaz. Hafal bermaksud sudah masuk betul dalam ingatan (tentang pelajaran) tanpa perlu melihat buku atau catatan dan hafalan ialah hasil daripada perbuatan menghafal. Hafaz bermaksud terpelihara dan kekal dalam ingatan (khususnya tentang bacaan ayat suci al-Quran) dan hafazan ialah hasil daripada perbuatan menghafaz. | Tatabahasa | 13.09.2011 |
Selamat sejahtera tuan/puan. Mohon bertanya apakah perkataan yang bersesuaian untuk situasi anak memperdengarkan hafalan doa, hadis dan zikir kepada ibu bapa. Adakah perkataan (hafalan atau hafazan) yang bersesuaian? 1) Perdengarkan (hafalan / hafazan) doa kepada ibu bapa 2) Perdengarkan (hafalan / hafazan) hadis kepada ibu bapa 3) Perdengarkan (hafalan / hafazan) zikir kepada ibu bapa Terima kasih atas perhatian pihak tuan/ puan. | Perkataan yang sesuai ialah hafazan. | Tatabahasa | 10.09.2020 |
apakah yang dimaksudkan dengan teknik pembelajaran? apakah yang dimaksudkan dengan teknik hafalan? apakah yang dimaksudkan dengan latih tubi? apakah yang dimaksudkan dengan pencapaian? | Teknik pembelajaran bermaksud pengetahuan yang berkaitan dengan proses memperoleh ilmu pengetahuan. Teknik hafalan ialah kaedah membaca atau mempelajari berulang-ulang supaya masuk betul dalam ingatan tanpa perlu melihat buku atau catatan. Latih tubi bermaksud latihan yang diulang-ulangi untuk menjadikan orang yg diajar atau dibimbing itu benar-benar mahir. Pencapaian bermaksud apa yang telah dicapai atau prestasi. | Makna | 01.04.2009 |