Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hah] | هه

Definisi : 1. sr kata utk menegaskan cakap (spt menguatkan suruhan, tegahan, penafian, dll): ~, apa halnya; awak tu kenapa, ~; itu ~, dlm tin tu; ~, apa lagi, makanlah; ~, bukan itu maksudku; 2. sr kata utk menyergah: ~, apa kau buat di sini! (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Harap pihak tuan dapat mengesahkan sama ada ayat di bawah ini tepat atau tidak. 1.Abu dan Ali membawa Ahmad di/ke taman. 2.Ani bangun awal/awal-awal pagi. 3.Baju-baju ini belum berbasuh/dibasuh. 4.Pulau Redang merupakan antara pulau tercantik di dunia. 5.Forum itu memberikan pendedahan kepada murid-murid. 6.Hah,tahu pun kamu takut! 7.Ayob makan di gerai di tepi jalan/di gerai tepi jalan. 8.Beca merupakan kenderaan bermotor tiga. 9.Di manakah pasar raya itu terletak?/Di manakah terletak pasar raya itu?

 Ayat yang betul ialah seperti yabg berikut: 1. Abu dan Ali membawa Ahmad ke taman. 2. Ani bangun awal pagi. 3. Baju-baju ini belum berbasuh/dibasuh (kedua-duanya betul). 4. Pulau Redang merupakan antara pulau tercantik di dunia. 5.Forum itu memberikan pendedahan kepada murid-murid. 6.Hah, tahu pun kamu takut! 7.Ayob makan di gerai di tepi jalan. 8. Beca merupakan kenderaan beroda tiga. 9. Pasar raya itu terletak di mana?

Tatabahasa07.04.2010

Kembali ke atas