Salam. Saya ingin bertanya ada perkataan seerti bagi putus haid? Boleh saya gunakan perkataan "menopos"? | Perkataan menopaus ialah perkataan seerti dengan putus haid. Ejaan yang betul ialah menopaus, bukan monepos. | Istilah | 07.01.2010 |
makna istilah uzur | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, uzur ditakrifkan seperti yang berikut: 1. lemah badan, berpenyakit, sakit 2. sesuatu yang menyebabkan tidak dapat bekerja (berjalan dan lain-lain), aral, halangan 3. (kiasan) a. datang bulan, haid b. mengandung, hamil 4. (kiasan, bahasa percakapan) terlalu buruk keadaannya (barang-barang), hampir tidak boleh dipakai lagi. | Makna | 27.01.2011 |
1)Adakah perkataan ‘amenorrhea’,’oligomenorrhea’,‘dysmenorrhea’ dan 'hirsutism' boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu? 2) Adakah Sindrom Ovari Polisistik istilah dalam bahasa Melayu? | Sdr. Zatil Liyana terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. amenorrhea’,amenorea -Ketiadaan atau pemberhentian haid secara abnormal. -’oligomenorrhea’,-oligomenorea- tidak ada makna yang diterangkan. ‘dysmenorrhea’ -dismenorea- Keadaan berlakunya haid yang sakit. Terima kasih | Istilah | 22.06.2009 |
1)Adakah perkataan ‘amenorrhea’,’oligomenorrhea’,‘dysmenorrhea’ dan 'hirsutism' boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu? 2) Adakah Sindrom Ovari Polisistik istilah dalam bahasa Melayu? | Sdr. Zatil Liyana terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. amenorrhea’,amenorea -Ketiadaan atau pemberhentian haid secara abnormal. -’oligomenorrhea’,-oligomenorea- tidak ada makna yang diterangkan. ‘dysmenorrhea’ -dismenorea- Keadaan berlakunya haid yang sakit. Terima kasih | Istilah | 23.06.2009 |
Beza antara perkataan 'melihat' dan 'memandang'. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, melihat bermaksud 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid. Memandang pula ditakrifkan sebagai 1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai. | Istilah | 03.12.2009 |