Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hajat (kata nama)
Bersinonim dengan hasrat, keinginan, kehendak, cita-cita, niat, matlamat, maksud, tujuan, permintaan, doa;,
Kata Terbitan : berhajat, berhajatkan, menghajati, menghajatkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan 1 : Adik telah mengayuh dengan laju- laju basikalnya supaya dia terlambat sampai ke sekolah. Kenapa frasa mengayuh dengan laju- laju salah? Soalan 2 : Kata banyak makna : besar Peluang yang besar Hajat yang besar Betul ke salah penggunaan besar?1Ayat yang betul ialah “Adik mengayuh basikal dengan laju supaya dia tidak terlambat sampai ke sekolah.” atau “Adik mengayuh basikal laju-laju supaya dia tidak terlambat sampai ke sekolah.”

“Laju” bermaksud  cepat atau pantas. “Laju-laju” pula bermaksud berjalan, berbuai dan sebagainya dengan kadar yang lebih laju.

Penggunaan kata sendi nama “dengan” dalam ayat tersebut boleh ditiadakan kerana lewah.

Untuk maklumat lanjut berkaitan penggunaan perkataan “laju” dan “laju-laju”, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1216.

2. Soalan kedua tidak jelas. Sila hantar semula soalan dengan lebih jelas untuk memudahkan pihak kami memberikan jawapan.

Lain-lain14.06.2024
Salam Khidmat Nasihat DBP, Saya ingin mengetahui maksud yang setepat-tepatnya peribahasa "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan' dan saya juga ingin mengetahui kegunaan 'maksud' dan 'makna' Adakah betul 'maksud' untuk frasa/ayat 'makna' untuk kata/perkataan? Terima kasih

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan bermaksud seseorang itu mesti berusaha dengan gigih semasa melakukan sesuatu dan segala kesukaran yang dihadapi perlu ditempuhi agar segala keinginan dapat diperoleh.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna didefinisikan sebagai erti atau maksud (sesuatu perkataan dll).  Maksud didefinisikan sebagai 1. tujuan, hajat, kehendak, niat  2. erti yang tersimpul dalam sesuatu ayat (perbuatan dll).

Lain-lain27.10.2011

Kembali ke atas