Abdul Hakam SAB 11.30 PTG Salam. Mohon pihak DBP memberi respon/maklum balas mengenai hal ini. Saya harap agar bahasa kebangsaan tidak dipandang remeh oleh masyarakat. Sila klik url ini untuk mengetahuinya https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155842096574343&id=650109342 | Kami akan berbincang hal ini dengan pihak yang wewenang untuk mencari penyelesaian terbaik bagi hal ini. Terima kasih atas keprihatinan tuan. | Lain-lain | 14.10.2017 |
Abdul Hakam Iklan Jawatan Kosong yang disiarkan dalam FB DBP. Salam. Boleh berikan saya jaringan sesawang bagi permohonan jawatan ini. Saya sudah buka laman sesawang DBP tetapi saya tidak jumpa dengan jaringan ini. Maaf, atas laras bahasa saya guna di atas kerana menggunakan laras bahasa spontan. Saya mohon pertolongan agar pihak tuan dapat berikan jaringan sesawang bagi permohonan jawatan berkenaan. Sekian, terima kasih. | Pihak tuan boleh melayari laman sesawang kami http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/ untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan jawatan kekosongan tersebut. Sila klik pada menu "Tawaran Kerja Kosong". Terima kasih. | Lain-lain | 27.11.2016 |
Abdul Hakam JUN 24TH, 3:02PM Assalammualikum. Boleh saya dapatkan emel editor Majalah Dewan Tamadun Islam? | Sila hubungi Ketua Editor Encik Azmi Ibrahim melalui e-mel azmi@dbp.gov.my atau Timbalan Ketua Editor Encik Mohd Salahuddin Muhamad melalui e-mel al-fatih@dbp.gov.my | Lain-lain | 24.06.2016 |
Abdul Hakam 28 OCTOBER 09:37 Abdul Hakam Abdul Assalammualaikum WBT. Bagaimanakah saya boleh dapatkan kesemua kertas kerja Wacana Kesultanan Melayu yang diadakan semalam? Terima kasih. | Wassalam, Pihak tuan/puan boleh menghubungi pegawai atau pentadbir di Bahagian Majalah untuk bertanya berkenaan perkara tersebut. 1. Armin Azhari bin Saleh Jawatan Perancang Bahasa (S44) No. Telefon 03-2147 9259 E-mel armin@dbp.gov.my 2. Fauziah binti Yusof Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (KUP) (N22) No. Telefon 03-2147 9279 E-mel fauziahy@dbp.gov.my Terima kasih. | Lain-lain | 27.11.2016 |
Apakah perbezaan antara hukum-hukum dengan hukum-hakam? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, hokum-hakam ditakrifkan sebagai pelbagai jenis hukum agama Islam. Hukum-hukum pula merupakan kata ganda bagi hokum. Hukum bermaksud peraturan yangg dibuat oleh sesuatu kekuasaan (negara dan lain-lain), adat yg dianggap mesti dipatuhi, undang-undang. | Lain-lain | 18.12.2018 |
Mohon pihak DBP memberikan jawapan untuk mengelakkan kekeliruan. 1. hukum-ahkam ATAU hukum-hakam 2. mengabarkan ATAU mengkhabarkan | 1. Perkataan yang betul ialah hukum-hakam. 2. Ejaan yang betul ialah mengkhabarkan. | Tatabahasa | 07.01.2011 |
Salam. Saya ada beberapa soalan yang perlukan penjelasan daripada pihak DBP untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. 1. hukum-ahkam ATAU hukum-hakam. (mana yang betul?) 2. kaucakapkan ATAU kau cakapkan. 3. mengabarkan ATAU mengkhabarkan. (contoh ayat yang saya jumpa: Pelayar berambut kerinting macam mayang pinang, tersenyum manis mengabarkan berita.) 4. sebarangan ATAU sembarangan (contoh ayat: Lantaran itu, Salleh mengingatkan diri agar jangan mudah berkata sebarangan.) 5. sebarang ATAU sembarang (contoh ayat: Jangan sekali-kali mudah mengeluarkan perkataan kepada sebarang tempat.) | 1. Perkataan yang betul ialah hukum-hakam. 2. Ejaan yang betul ialah kau cakapkan. 3. Perkataan yang betul ialah mengkhabarkan. 4. Merujuk contoh ayat yang diberikan, perkataan yang betul ialah sembarangan. 5. Merujuk contoh ayat yang diberikan perkataan yang betul ialah ... sembarang/sembarangan tempat .... | Tatabahasa | 06.01.2011 |
mana satu yang betul: hukum-hukum atau hukum-hakam? | Kedua-duanya betul dan boleh digunakan. | Makna | 12.12.2018 |
AsSalam.. mohon pencerahan mengenai cara penulisan betul bagi kata kependekan "aku" kepada "ku". Sebagai contoh dalam lirik lagu Warisan berikut: Andai (kuterbuang) atau (andaiku terbuang) tak diterima Andai aku disingkirkan Ke mana harus (kubawakan) atau (harusku bawakan) Ke mana harus (kusemaikan) atau (harusku semaikan) cinta ini Ada hukum hakam tak mengenai cara penulisan ini. mengahrapkan bantuan. Terima kasih | Kata ganti nama diri kau ialah kependekan engkau, digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif maka itu ditulis bercantum contohnya: kaubacalah buku ini. Kata ganti nama diri ku ialah kependekan aku dan digunakan juga sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif atau kata yang mendahuluinya, contohnya kulihat, kudengar, rumahku, menemaniku dan lain-lain. Bagi kata ganti nama diri mu pula (kependekan kamu), digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya, contohnya kepadamu, bukumu, menyayangimu dan lain-lain. | Ejaan | 18.09.2013 |