Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ki.ki] | حقيقي

Definisi : Ar (yg) hak, (yg) benar, (yg) se­benar­nya: hidup yg ~ ialah hidup yg mem­punyai tujuan utk mencapai segala kesempurna­an; pd ~nya pd hakikatnya (se­sungguhnya), se­benarnya; tugas ~ tugas yg sebenarnya; kehakikian keadaan (sifat dsb) hakiki, ke­ada­an yg sebenarnya: kritikan yg mampu memberi jawaban kpd soal-soal ~ hidup yg ketika itu terumbang-ambing oleh kekusut­an; penghakikian perihal menghakikikan se­suatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hakiki
Bahasa Asal :Arab
Kata Terbitan : kehakikian,
Rujuk :hak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah tujuk yang sesuai untuk pegawai SPRM beri ceramah kepada peserta kursus Induksi?Kursus induksi terbahagi kepada dua, iaitu umum (berkaitan dengan peraturan organisasi) dan khusus (berkaitan dengan  tugas hakiki yang dilaksanakan di pejabat). Pemilihan tajuk untuk memberi ceramah kepada peserta kursus induksi bergantung pada fokus dan keperluan di jabatan/organisasi tuan.Lain-lain05.05.2010
Tuan, Saya ingin tahu adakah pihak DBP melakukan kerja-kerja penterjemahan buku/dokumen dari B. Inggeris ke B. Melayu? Jika ada bagaimanakah caranya supaya saya dapat turut serta melakukan kerja-kerja tersebut? Sekian, terima kasih. Yang benar, MOHD RAFIQ NORSHAM BSc(Hon) UKM, MSc UPMDBP tidak melakukan kerja terjemahan sebagai tugas hakiki. Sila berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia atau Persatuan Penterjemah Malaysia.Lain-lain12.04.2010
Salam, Bolehkah saya menghantar dokumen (cth: *.doc) untuk semakan ejaan dan bahasa oleh DBP. Dokumen ini adalah Akta dan juga Pekeliling jabatan saya. Selain pertanyaan di sini, di manakah tempat/laman lain DBP untuk buat semakan ejaan dan bahasa? Sekian. Mohd Yusri bin Mohd Noor Seksyen Perundangan Kadaster Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.Kami tidak menyediakan perkhidmatan semakan dokumen kecuali untuk sekadar dua atau tiga halaman. Walau bagaimanpun kami boleh membantu mengikut kesesuaian masa dengan syarat tempoh yang diberikan tidak mengganggu tugas hakiki kami di pejabat. Sila hubungi kami melalui e-mel aishah3@dbp.gov.my untuk perbincangan lanjut.Lain-lain19.07.2012

Kembali ke atas