Bergantung pada hakim atau bergantung kepada hakim? mengapakah kamus dewan menjelaskan bergantung pada hakim ialah jawapan betul? Bukankah pada merujuk tempat? Jawapan yang sepatutnya ialah bergantung kepada hakim, jika diteliti aspek penggunaan kepada. Bagaimanakah pula dengan bergantung pada usaha atau bergantung kepada usaha? | Dalam buku Tatabahasa Dewan, antara situasi penggunaan kata sendi nama pada; sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Oleh itu, yang betul bergantung pada keputusan hakim/bergantung pada usaha. | Tatabahasa | 21.07.2008 |
Hakim menjatuhi pembunuh itu hukuman gantung (betul atau salah) | betul | Tatabahasa | 20.07.2011 |
Hakim Lau juga tidak menerima hujah Pejabat Peguam Negara bahawa permohonan itu bersifat akademik semata-mata berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 April lalu bahawa SPR dan bukan Speaker mempunyai hak untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi pilihan raya. Apakah maksud 'bersifat akademik' dalam petikan tadi? | Bersifat atau mengenai ilmu pengetahuan. | Lain-lain | 22.10.2009 |
Hakim mencuci tangannya sebelum makan. tolong tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif untuk saya. terima kasih | Hakim mencuci tangannya sebelum makan. Ayat yang betul ialah 'Hakim mencuci tangan sebelum makan.' Ayat pasif bagi ayat tersebut ialah Tangan Hakim dicuci sebelum makan. | Tatabahasa | 27.03.2007 |
SELAMAT PETANG, Harap dapat bantu saya. Yang manakah betul? 1) Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman penjara, atau 2) Hakim menjatuhkan peslah itu hukuman? DalaApakah makna gusar sebenarnya? Adakah bimbang atau marah? Terima kasih | Ayat yang betul ialah 1. Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman penjara. Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, gusar bermaksud berang atau merah. | Tatabahasa | 18.06.2012 |
Assalam, boleh dapatkan no tel juri atau hakim bagi pertandingan Pidato dari DBP ? | Salam sejahtera, Nama Pegawai bagi Pertandingan Pidato Berhubung soalan unuk mendapatkan nombor telefon juri atau hakim DBP bagi Pertandingan Pidato, mohon hubungi pegawai seperti yang berikut untuk mendapatkan maklum balas selanjutnya: 1. Hakim Pertandingan Pidato Kategori Kanak-kanak: Haziah binti Che Husin, Bahagian Peng. Kesusasteraan Kanak-kanak & Remaja 03-2147 9263 / haziah@dbp.gov.my 2. Hakim Pertandingan Pidato Kategori Dewasa/Umum Norhasmanalinda binti Mustafa, Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran 03-2147 9215 / lindasafa@dbp.gov.my | Lain-lain | 15.06.2020 |
seorang hakim yag berpengalaman telah diupah untuk pengadilan kes rogol ini. Ituan, pengadilan adalah salah dalam ayat ini. tetapi dalam frasa sendi nama...untuk(kata sendi) dan mesti diikuti dengan kata nama, maka pengadilan digunakan untuk menggantikan mengadili... (adakah pandangan saya salah?) tq , tuan | "Untuk" dalam ayat tersebut tidak berfungsi sebagai kata sendi nama, sebaliknya sebagai kata keterangan. Kata "untuk" banyak digunakan dalam ayat keterangan tujuan yang menerangkan maksud bagi sesuatu perkara atau kejadian. Contoh ayat yang lain, Para pemimpin menyusun rancangan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. | Tatabahasa | 15.09.2011 |
Mohd Danish Hakim Fauzi THU 11:32AM Assalamualaikum, saya menggunakan perkhidmatan komuter untuk berulang alik ke tempat kerja. Cuma minggu lepas KTM telah meletakkan papan tanda prosedur keselamatan di setiap gerabaknya. Di sini saya cuma ingin bertanya mengenai ejaan yang betul bagi perkataan samada prosedur atau prosidur. Sila lihat gambar yang dilampirkan. Jika berlaku kesalahan diminta pihak DBP untuk menegur pihak KTM. Sekian terima kasih. | Tiada gambar yang disertakan. Sila kemukakan aduan tuan berserta gambar melalui portal "Pantau Tegur Bahasa". | Lain-lain | 11.12.2015 |
Soalan 1:tidak terangkat oleh saya kotak yang berat itu.(adakah ayat ini betul) Soalan 2 : Hakim telah menjatuhi hukuman penjara seumur hidup terhadap penjenayah itu. (atau) Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap penjenayah itu.(Ayat yang manakah betul) Terima kasih. | Saudara Sulioh, 1. Ayat ini yang merupakan ayat pasif betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 148-149. 2. Ayat yang betul ialah 'Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada penjenayah itu' atau ' Hakim telah menjatuhi penjenayah itu hukuman penjara seumur hidup'. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 191-207. | Tatabahasa | 23.08.2009 |
Salam sejahtera, Saya ingin memohon pencerahan mengenai satu perkara iaitu: Saya mahu mengeluarkan surat rasmi kepada seseorang yang namanya bermula dengan perkataan "TUAN". CONTOH: TUAN MASRINA BINTI TUAN HAKIM. Apakah kata nama gelaran yang boleh saya gunakan? Adakah "Puan Tuan Masrina binti Tuan Hakim" atau sekadar Tuan Masrina binti Tuan Hakim (tiada gelaran) Mohon penjelasan tuan. Terima kasih. | Kata sapaan yang betul ialah Puan Tuan Masrina binti Tuan Hakim | Lain-lain | 14.05.2017 |