Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pegawai yg dilantik utk mengadili sesuatu perbicaraan dlm mahkamah: ~ yg membicarakannya mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara; H~ Besar ketua hakim; menjadi ~ sendiri melakukan sekehendak hati terhadap orang yg dianggap bersalah; dihadapkan ke muka ~ dihadapkan ke mahkamah; 2. orang yg dilantik mengadili sesuatu pertandingan (permainan dsb), pengadil: tiga orang guru telah dilantik menjadi ~ dlm peraduan bahas antara sekolah-sekolah; berhakim menjadi hakim: apabila berjanji mungkir, apabila ~ durjana; ~ kpd minta pengadilan kpd: marilah kita ~ kpd ketua kampung utk menentukan siapa salah siapa benar; ~ kpd beruk (harta habis hajat tak sampai) prb minta pengadilan kpd orang yg tamak, sudah tentu dapat kerugian; berhakimkan menggunakan seseorang dsb sbg hakim: oleh sebab tidak ada tempat utk membuat pengaduan apabila berlaku per­selisihan, maka setiap keputusan akan hanya ~ diri sendiri; menghakimi, menghakimkan mengadili, mempertimbangkan (utk menentukan salah benar sesuatu atau seseorang): hakim mah­kamah tinggi ~ perkara-perkara besar spt perkara pembunuhan, penculikan, rompak­an besar, dll; kehakiman segala hal yg berkaitan dgn urusan hukum (undang-undang) dan pengadil­an: jabatan ~; soal-soal ~; ~ semu perihal fungsi yg menyerupai atau seakan-akan fungsi kehakiman yg dijalankan menurut budi bicara pentadbiran, mis tribunal; penghakiman perihal (perbuatan dsb) meng­hakimi: dapatkah kita menjamin keadilan sebenar sekiranya proses ~ masih meng­hadapi masalah kefahaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hakim (kata nama)
Bersinonim dengan pengadil, wasit;,
Kata Terbitan : menghakimi,

Peribahasa

Neraca yang palingan,
     bungkal yang piawai.

Bermaksud :

Hakim yang sangat adil. piawai = pandai, cakap.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bergantung pada hakim atau bergantung kepada hakim? mengapakah kamus dewan menjelaskan bergantung pada hakim ialah jawapan betul? Bukankah pada merujuk tempat? Jawapan yang sepatutnya ialah bergantung kepada hakim, jika diteliti aspek penggunaan kepada. Bagaimanakah pula dengan bergantung pada usaha atau bergantung kepada usaha?

Dalam buku Tatabahasa Dewan, antara situasi penggunaan kata sendi nama pada; sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Oleh itu, yang betul bergantung pada keputusan hakim/bergantung pada usaha.   

Tatabahasa21.07.2008
Hakim mencuci tangannya sebelum makan. tolong tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif untuk saya. terima kasihHakim mencuci tangannya sebelum makan. Ayat yang betul ialah 'Hakim mencuci tangan sebelum makan.' Ayat pasif bagi ayat tersebut ialah Tangan Hakim dicuci sebelum makan.Tatabahasa27.03.2007
Salam/ selamat sejahtera, Pertanyaan saya, adakah terma-terma perundangan/ kehakiman seperti defendan, mahkamah, plaintif dan hakim perlu ditulis huruf besar walaupun di tengah-tengah ayat. Contoh: 1) Amber memohon kepada Mahkamah (mahkamah) di Virginia untuk mengetepikan saman itu. 2) Oleh yang demikian, Hakim (hakim) berpendapat terbukti Amber dipukul. 3) Apabila saksi Plaintif (plaintif) terpaku begitu. 4) Peguam Defendan (defendan) tiada bantahan. Terima kasih.Perkataan-perkataan dalam terma perundangan seperti defendan, mahkamah, plaintif dan hakim merupakan kata nama am dan ditulis dalam huruf kecil di tengah-tengah ayat. Namun penggunaan huruf besar dan huruf kecil dan penggunaan perkataan sebagai nama khas atau nama am bergantung pada makna dan konteks penggunaan dalam sesuatu wacana.Ejaan30.05.2023
SELAMAT PETANG, Harap dapat bantu saya. Yang manakah betul? 1) Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman penjara, atau 2) Hakim menjatuhkan peslah itu hukuman? DalaApakah makna gusar sebenarnya? Adakah bimbang atau marah? Terima kasihAyat yang betul ialah 1. Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman penjara. Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, gusar bermaksud berang atau merah.Tatabahasa18.06.2012
Assalam, boleh dapatkan no tel juri atau hakim bagi pertandingan Pidato dari DBP ?Salam sejahtera,

Nama Pegawai bagi Pertandingan Pidato

Berhubung soalan unuk mendapatkan nombor telefon juri atau hakim DBP bagi Pertandingan Pidato, mohon hubungi pegawai seperti yang berikut untuk mendapatkan maklum balas selanjutnya:

1. Hakim Pertandingan Pidato Kategori Kanak-kanak:
      Haziah binti Che Husin, 
Bahagian Peng. Kesusasteraan Kanak-kanak & Remaja
03-2147 9263 / haziah@dbp.gov.my

2. Hakim Pertandingan Pidato Kategori Dewasa/Umum
Norhasmanalinda binti Mustafa, 
Bahagian
 Pembinaan Bakat dan Kepakaran
03-2147 9215 / lindasafa@dbp.gov.my
Lain-lain15.06.2020
Soalan 1:tidak terangkat oleh saya kotak yang berat itu.(adakah ayat ini betul) Soalan 2 : Hakim telah menjatuhi hukuman penjara seumur hidup terhadap penjenayah itu. (atau) Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap penjenayah itu.(Ayat yang manakah betul) Terima kasih.

Saudara Sulioh,

1. Ayat ini yang merupakan ayat pasif betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 148-149.  2. Ayat yang betul ialah 'Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada penjenayah itu' atau ' Hakim telah menjatuhi penjenayah itu hukuman penjara seumur hidup'.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 191-207. 

Tatabahasa23.08.2009
Salam sejahtera, Saya ingin memohon pencerahan mengenai satu perkara iaitu: Saya mahu mengeluarkan surat rasmi kepada seseorang yang namanya bermula dengan perkataan "TUAN". CONTOH: TUAN MASRINA BINTI TUAN HAKIM. Apakah kata nama gelaran yang boleh saya gunakan? Adakah "Puan Tuan Masrina binti Tuan Hakim" atau sekadar Tuan Masrina binti Tuan Hakim (tiada gelaran) Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.

Kata sapaan yang betul ialah Puan Tuan Masrina binti Tuan Hakim
Lain-lain14.05.2017
salam. saya sedikit keliru.ayat yang manakah yang betul. 1- hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas pesalah. 2- hakim menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah. andaian saya, ayat 2 lebih tepat kerana kepada digunakan untuk sasaran manakala ke atas menunjukkan kata arah. namun, kebanyakan berita, artikel dan naskhah2 ilmiah menunjukkan ayat 1 yang betul.

Puan Rohaizah,

Kedua-dua penggunaan kata sendi nama dalam kedua-dua ayat itu  betul kerana  merujuk sasaran, iaitu manusia. Walau bagaimanapun, penggunaannya bergantung pada pengguna bahasa dan kebiasaan penggunaannya.

Tatabahasa24.02.2010
Saya telah menerima keputusan Hakim Mahkamah tinggi Syariah seperti fail di lampirkan. Nama semua pihak termasuk mahkamah berkenaan saya padamkan untuk menjaga nama baik semua pihak. Pertanyaan ini tidak bermaksud mempertikaikan apa-apa keputusan tetapi hanya dari sudut penggunaan Bahasa Malaysia yang standard sahaja. Persoalan saya ialah memandangkan keputusan hakim tersebut di buat dalam sehelai kertas dengan tajuk "PERINTAH". Apa yang saya faham dengan Definasi "PERINTAH" ialah kata suruh ... iaitu mengikut istilah kamus Dewan Edisi ke empat. Membaca keseluruhan 'PERINTAH' Hakim tersebut saya berpendapat secara keseluruhannya semua ayat sebaik sahaja selepas ayat "MAKA ADALAH DENGAN INI MAHKAMAH PERINTAHKAN" adalah tidak bertepatan dengan istilah perintah yang saya fahami. Dengan kata lain ianya adalah salah dari segi tatabahasanya. Mohon pandangan dan ulasan dari pihak tuan. t.kSeperti yang tuan sedia maklum, kami juga merujuk Kamus Dewan. Berdasarkan Kamus Dewan, perintah juga bermaksud peraturan daripada pihak yang berkuasa yang harus dipatuhi. Untuk makluman tuan juga terdapat perkataan yang tidak digunakan dalam kata umum tetapi dalam laras tertentu seperti laras undang-undang kata tersebut membawa maksud yang khusus. Contohnya dalam ungkapan umum, kata "perintahkan" hanya digunakan dalam ayat suruhan dan penggunaan yang betul dalam ayat penyata ialah "memerintahkan". Walau bagaimanapun kita tidak boleh mengatakan penggunaan kata perintahkan tersebut kurang tepat kerana penggunaannya dalam konteks umum mungkin berbeza dalam laras undang-undang.Tatabahasa14.04.2014
Saya ingin bertanya penggunaan koma bertindih yang betul. Contoh ayat: Mereka yang terbabit ialah Ahmad Adam, 28; Ali Mahmud, 30; Razali Ahmad, 34, dan Hakim Zulkifli, 50. Atau Mereka yang terbabit ialah Ahmad Adam, 28, Ali Mahmud, 30, Razali Ahmad, 34, dan Hakim Zulkifli, 50.
Kami mencadangkan agar ditulis seperti Mereka yang terlibat ialah Ahmad Adam (28), Ali Mahmud (30),  Razali Ahmad (34) dan Hakim Zulkifli (50). 
Tatabahasa25.01.2021
123456

Kembali ke atas