Adakah ayat di bawah betul? Penduduk kampung membina tembok itu untuk mengelakkan berlakunya hakisan. | Ayat "Penduduk kampung membina tembok itu untuk mengelakkab berlakunya hakisan" adalah betul. | Tatabahasa | 07.09.2016 |
Selamat sejahtera, Saya ada beberapa ayat yang hendak dikemukakan untuk mengetahui ayat-ayat itu betul ataupun tidak. 1. Berguni-guni kampit pasir diletakkan di persisiran pantai untuk menghalang hakisan ombak. 2. Buah-buahan tempatan mempunyai banyak khasiat. atau Buah-buahan tempatan banyak mempunyai khasiat. 3. Mukanya yang masam itu alamat dia sedang marah atau Mukanya yang masam itu mengalamatkan dia sedang marah. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. Berguni-guni kampit pasir diletakkan di persisiran pantai untuk menghalang hakisan ombak. 2. Buah-buahan tempatan mempunyai banyak khasiat. 3. Mukanya yang masam itu alamat dia sedang marah. | Tatabahasa | 11.01.2012 |
Bagaimanakah banjir lumpur itu berlaku? (Soalan) Banjir lumpur itu berlaku kerana hujan turun dengan lebat menyebabkan hakisan tanah berlaku.(jawapan) Persoalannya: bolehkah diterima penggunaan kerana untuk soalan bagaimana. | Soalan bagaimana tidak boleh dijawab dengan jawapan kerana. Bagaimana bermaksud cara. Contoh jawapan yang mungkin boleh diterima ialah menjawab cara banjir itu berlaku. "Banjir itu berlaku dengan teruk sekali. Banyak rumah telah dihanyutkan. | Lain-lain | 23.02.2016 |
Tolong betulkan ayat ini: Perspektif Perancangan yang ulung kali diterbitkan memberi pengetahuan daripada aspek asas konsep perancangan bandar dan perumahan sehinggalah kepada perkara-perkara yang lebih khusus seperti rekreasi, hutan bandar, taman bandar, pengangkutan, GIS sehinggalah kepada aspek hakisan tanah dan pemuliharaan bandar | Ayat yang betul ialah 'Perspektif Perancangan yang ulung kali diterbitkan memberikan pengetahuan mengenai aspek asas konsep perancangan bandar dan perumahan sehinggalah kepada perkara-perkara yang lebih khusus seperti rekreasi, hutan bandar, taman bandar, pengangkutan, GIS sehinggalah kepada aspek hakisan tanah dan pemuliharaan bandar.' | Tatabahasa | 13.09.2007 |
1. Apakah penggunan yang betul untuk "sebagai contoh" atau "sebagai contohnya" di permulaan ayat? Sebagai contohnya, kawasan dalam jarak sepuluh meter dari tebing sungai dijadikan kawasan rizab. 2. Ayat yang sesuai untuk penggunaan "contoh" dan "contohnya". 3. Adakah senarai sesuatu perkara perlu dimulakan dengan huruf besar dan diakhiri dengan noktah. Contoh: Langkah-langkah untuk mengatasi hakisan cerun bukit adalah seperti yang berikut: (a) Menanam tanaman litup bumi. (b) Membina benteng daripada simen. (c) Membina sistem saliran. Sekian. Terima kasih. | 1. Penggunaan frasa "sebagai contoh" lebih tepat kerana "nya" ialah kata ganti nama dan tidak perlu hadir dalam frasa tersebut. Dan begitu juga dalam perkataan contoh, tidak perlu contohnya. 3. Langkah-langkah untuk mengatasi hakisan cerun bukit adalah seperti yang berikut: (a) Menanam tanaman litup bumi. (b) Membina benteng daripada simen. (c) Membina sistem saliran. Penggunaan tanda baca dalam ayat contoh yang diberikan, betul. | Tatabahasa | 19.11.2012 |
Saya akan menduduki peperiksaan PMR tidak lama lagi. Bolehkah saya tanya soalan dalam format PMR? Soalan : Ayat berikut mungkin salah mungkin betul. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu ditandai dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandai dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. (A)Berguni-guni kampit pasir diletakkan di (B)persisiran pantai untuk menghalang (C)hakisan ombak. (D)Tiada kesalahan. Jawapan yang saya tanda ialah 'D'. Jwapan yang diberi oleh buku latih tubi ini ialah 'B'. Adakah jawapan buku salah. Jika tidak salah,mengapakah perkataan 'persisiran' tidak boleh digunakan? | Jawapan saudara adalah betul kerana tiada kesalahan dalam ayat tersebut. Kata persisiran boleh digunakan untuk merujuk daratan di sepanjang tepi laut, tasik, atau sungai. | Tatabahasa | 15.07.2011 |
Salam, Saya ingin tahu maksud perkataan "street canyon" dalam bahasa malaysia. Saya terangkan secara pendek berkenaan dengan street canyon. 'Street canyon' merupakan kawasan diantara bangunan. Ia hanya terdapat di kawasan bandar. Ia merangkumi jalan raya, laluan pejalan kaki dan sebagainya. Contoh 'street canyon' adalah seperti di dalam gambar yang bernama 'chicagocanyon2'. Istilah street canyon ini mungkin juga boleh disamakan dengan Grand Canyon di USA dimana ia terbentuk hasil hakisan angin dan air. Tapi street canyon adalah dari buatan manusia. | Merujuk istilah geologi, canyon ditakrifkan sebagai "ngarai". Oleh itu, istilah "street canyon" dapat dicadangkan terjemahan dalam bahasa Melayu sebagai "ngarai jalan" dengan mengambil kira konsep "ngarai" dalam bidang geologi. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.07.2015 |