Ayat mana yang betul a) Hakmilik GRN 1234 dikategori sebagai hakmilik hancur b) Hakmilik GRN 1234 diklasifikasi sebagai hakmilik hancur Yang mana betul a atau b | Ayat yang betul, Hak milik GRN 1234 diklasifikasikan sebagai hak milik hancur. | Tatabahasa | 17.12.2015 |
(18) Jika suatu perintah Mahkamah di bawah subseksyen (11) meletakhakkan apa-apa tanah beri hakmilik, atau apa-apa syer atau kepentingan mengenai tanah beri hakmilik, pada penerima pindahan— (a) Mahkamah hendaklah, jika tanah beri hakmilik itu berada di Semenanjung Malaysia, menurut subseksyen 420(2) Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] menyebabkan suatu salinan perintah itu disampaikan kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebaik selepas pembuatan perintah itu supaya Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah mengikut mana-mana yang berkenaan, melaksanakan subseksyen 420(2), (3) dan (4) Kanun Tanah Negara; Soalan: mohon bantuan untuk penggunaan perkataan yang tepat sama ada perkataan "hakmilik" atau "hak milik". | Dalam bentuk ungkapan umum hak milik dieja dalam dua perkataan. Walau bagaimanapun Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] telah diwartakan. "Hakmilik" dalam bentuk istilah khususnya istilah undang-undang dieja sebagai satu perkataan. Maka ejaannya diterima walaupun tidak sama dengan ejaan hak milik dalam konteks umum. | Ejaan | 08.10.2021 |
Akta Hakmilik Strata 1985 (Pindaan 2012) Hakmilik atau Hak Milik? Mohon nasihat tuan/puan dan sebab. | Dalam bentuk ungkapan umum hak milik dieja dalam dua perkataan. Walau bagaimanapun Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) telah diwartakan dan dianggap sebagai kata nama khas. Maka ejaannya diterima walaupun tidak sama dengan ejaan hak milik dalam konteks umum. | Ejaan | 19.07.2012 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan/Puan, Saya sering juga menggunakan khidmat nasihat DBP khususnya dalam mencari perkataan-perkatan terkini dalam bahasa melayu. Namun saya keliru dengan perkataan yang dahulunya rapat tetapi kini perlu dijarakkan. Namun, apabila saya mencari istilah seperti 'hakmilik' dan 'sepertimana' dengan menaip di ruangan carian kata, kedua-dua versi iaitu jarak dan rapat terpapar keluar. Pada Pandangan saya ini sangat mengelirukan, sepatutnya hanya versi yang terkini (jarak) sahaja yang sepatutnya terpapar keluar. Ini pastinya akan mengelirukan user. Terima Kasih | "Hakmilik" dalam bentuk istilah khususnya istilah undang-undang dieja sebagai satu perkataan seperti successors in title padanannya pengganti hakmilik dan historic title padanannya hakmilik sejarah, tetapi dalam bentuk rangkai kata umum hak milik dieja sebagai dua perkataan, contohnya; hak milik tanah mestilah dicatatkan di dalam buku pendaftaran. Walau bagaimanapun "seperti mana" sewajarnya dieja dengan dua perkataan. | Ejaan | 09.04.2009 |
mengembeleng tenaga atau mengembleng tenaga. dari segi ejaan? dari segi tatabahasa adakah ini betul? "mengenalpasti, mengesah dan menjaga keselamatan hakmilik pelanggan" perlu penggunaan 'kan'? menyenggara atau menyelenggara? terima kasih | Ejaan yang betul ialah menggembleng dan menyenggara serta menyelenggara kedua-duanya betul. Walau bagaimanapun kami tidak jelas dengan pertanyaan tuan tentang "dari segi tatabahasa adakah ini betul? "mengenalpasti, mengesah dan menjaga keselamatan hakmilik pelanggan" perlu penggunaan 'kan'". Dari segi ejaan, yang betul ialah mengenal pasti, mengesah dan menjaga hak milik pelanggan. | Tatabahasa | 04.02.2014 |
Jika kita nak tulis deskripsi sesebuah surat hakmilik, betulkah jika kita tulis: contoh: Mukim Petaling, Daerah Seremban, Negeri Negeri Sembilan atau Mukim Petaling, Daerah Seremban, Negeri Sembilan? Kerana kita perlu masukkan perkataan seperti Bandar, Pekan, Mukim, Negeri dsb di hadapan. Oleh itu, untuk Negeri Sembilan perlu ada Negeri Negeri Sembilan juga ke? | Persoalan ini melibatkan implikasi perundangan dan untuk mendapatkan jawapan yang tepat soalan ini perlu diajukan kepada pihak yang lebih berautoriti seperti pejabat tanah, dan mahkamah yang berkaitan. | Lain-lain | 16.06.2022 |
Saya ingin mengetahu sama ada Perisian Dewan Eja adalah hakmilik Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ini adalah kerana saya bercadang membeli perisian untuk kegunaan peribadi dan juga tugas harian saya. Saya bekerja di Unit Peperiksaan yang memerlukan istilah bahasa yang betul. Saya pernah menggunakan perisian ini di pejabat lama dan didapati perisian ini perlu diperbarui setiap tahun. Istilah di dalamnya juga lambat dikemaskinikan. Apabila saya membuat carian Google saya menjumpai banyak syarikat yang menjualnya tetapi tidak tahu mana satu yang benar dan patut saya pilih. Saya juga ingin mendapatkan khidmat nasihat bagaimana saya hendak dapatkan perisian kamus bahasa melayu betul istilah dan ejaannya. Harap dapat maklumbalas dari pihak tuan. Sekian, terima kasih. | DBP ada memberi izin kepada beberapa syarikat luar untuk menerbitkan perisian kamus, termasuklah Dewan Eja. Perisian Dewan Eja ini boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP, Tingkat Bawah Menara DBP, K.L. | Lain-lain | 06.06.2012 |
tidak pasti perkataan seperti berikut: penambahbaikan penguatkuasa dewan serbaguna hak milik/ hakmilik berkuatkuasa/ bekuat kuasa mengemaskini/ mengemas kini spesis/ spesies menambahbaik/ menambahbaik urusetia/ urus setia pergantungan/ penggantungan | Ejaan yang betul ialah penambahbaikan, menambah baik, urus setia, hak milik, dewan serba guna, pergantungan, kemas kini. | Ejaan | 15.10.2008 |
Apakah maksud perkataan SERAHAK? Contoh ayat yang digunakan, 1. Urusan Menandatangani Surat Persetujuan Kerajaan Kepada Surat Ikatan Serahak dengan Pihak NGO. 2. Borang Gadaian & Suratan Hakmilik ATAU Surat Ikatan Serahak | Perkataan serahak masih belum wujud dalam data kami, hasil carian kami, perkataan yang yang dimaksudkan dalam bahasa Inggeris ialah "Deed of Assignment (DOA)" iaitu bermaksud surat ikatan penyerahhakan daripada bidang undang-undang. | Istilah | 14.10.2020 |
Tuan/Puan, Mohon penjelasan, adakah pengunaan perkataan KE ATAS bagi ayat seperti di bawah adalah betul? Permohonan Sijil Cadangan Pelan Strata Untuk Pecah Bahagi Bangunan Ke Atas Hakmilik PM8659, Lot 101830, Mukim Petaling. Sekian, terima kasih. | Merujuk kepada ayat yang dikemukana, penggunaan yang berul ialah ATAS | Tatabahasa | 08.05.2019 |