[ha.la.ju] | هالاجو
Definisi : kecepatan gerakan, kadar kecepatan; ~ pusingan wang kadar kecepatan wang bertukar tangan (dlm sesuatu masyarakat atau negara). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ha.la.ju] | هالاجو
Definisi : 1 kadar pergerakan sesuatu; kelajuan; kecepatan: Kereta itu dipandu dgn ~ 60 km satu jam. 2 kadar kelajuan pergerakan sesuatu yg menunjukkan kadar perubahan tempatnya mengikut arah tertentu (diberi dlm meter per saat, batu per jam dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)