Salam sejahtera, Mohon terjemahan beberapa frasa berikut ke dalam Bahasa Melayu: 1. Building partnerships 2. Halal logistics: Your halal gateway Harap kiranya boleh mendapat terjemahan dalam kadar segera untuk digunakan bagi urusan pentadbiran pejabat. Terima kasih. | Untuk makluman, tidak ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah yang dikemukakan. Cadangan padanan bahasa Melayu ialah 1. membina perkongsian atau membangunkan perkongsian 2. logistik halal 3. pintu keluar halal, jalan keluar halal atau laluan halal | Lain-lain | 22.08.2011 |
1.Mana satukah yang betul untuk digunakan di papan tanda "Taman Perindutrian Halal Pasir Mas" atau "Taman Industri Halal Pasir Mas"? 2. Apa perbezaan di antara keduanya dan dalam konteks apakah ia digunakan? | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "Industrial Park" ialah Taman Industri. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang betul ialah Taman Indusrtri Halal Pasir Mas. Berdasarkan Kamus Dewan, industri bermaksud i. perusahaan secara besar-besaran ii. perusahaan kerajinan tangan atau kerja tangan. Perindustrian bermaksud perihal industri, yang berkaitan dengan industri. Oleh itu, cara penggunaan bergantung pada konteks dan maksud yang ingin disampaikan. | Istilah | 11.02.2014 |
adakah halal dan haram itu kata adjektif? | Halal dan haram ialah kata adjektif, namun fungsi kedua-dua perkataan boleh berubah menjadi kata nama dan kata kerja mengikut konteks penggunaannya. | Tatabahasa | 21.09.2013 |
pembekal secara halal daging baharu | pembekal daging baharu dan makanan laut halal | Tatabahasa | 12.06.2008 |
1. Yang mana satukah betul untuk digunakan di papan tanda a) Taman Perindustrian Makanan Halal Pasir Mas atau Taman Industri Makanan Halal Pasir Mas b) Taman Industri Gambang atau Taman Perindustrian Gambang? c) Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan atau Taman Industri Malaysia- China Kuantan. Terima Kasih. | Jawapan yang betul: a. Taman Industri Makanan Halal Pasir Mas b. Taman Industri Gambang c. Taman Industri Malaysia-China Kuantan | Istilah | 11.02.2014 |
Salam. Tumpang bertanya. Perlukah perkataan "halal" diitalikkan (italicized) jika digunakan dalam artikel bahasa Inggeris? | Perkataan "halal" dalam bahasa Inggeris dieja dan disebut sama. Tuan/Puan sila rujuk cara penggunaan atau hukum menulis perkataan tersebut dalam bahasa Inggeris melalui institusi yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Inggeris, kerana pihak kami hanya menjawab soalan berkaitan hal bahasa Melayu sahaja. Terima kasih. | Ejaan | 20.09.2017 |
Salam. Tumpang bertanya. Perlukah perkataan "halal" diitalikkan (italicized) jika digunakan dalam artikel bahasa Inggeris? Terima kasih. | Waalaikumussalam. Perkataan”halal” telah diterima pada peringkat antarabangsa. Oleh itu, perkataan ini tidak perlu ditulis condong (italic) dalam artikel bahasa Inggeris. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 10.08.2017 |
1)Virus Nipah 2)Halal Italik ke tidak dalam teks bahasa Inggeris? | 1)Nipah Virus (tidak perlu italik) 2)Halal (perlu) | Lain-lain | 25.02.2011 |
Salam. Saya ingin menyemak ejaan jawi untuk perkataan seperti halal, haram, hikmah, haji yang mana menggunakan ه di pangkal perkataan seperti: هلال، هرام، هج، هكمه dan bukannya menggunakan ح Adakah ejaan ini tepat kerana ada pendapat bahawa ejaan itu salah. Mohon penjelasan. | Waalaikumussalam. Ejaan Jawi yang betul ialah: Halal حلال Haram حرام Haji حج Hikmah حکمە Untuk pengetahuan tuan, terdapat ejaan Jawi yang tidak tepat jika dirujuk pada PRPM. Untuk mendapatkan jawapan yang tepat, sila rujuk buku DAFTAR KATA BAHASA MELAYU RUMI-SEBUTAN-JAWI EDISI KEDUA terbitan DBP. | Ejaan | 18.08.2017 |
MAKANAN BERUNSURKAN ISLAM | MAKANAN HALAL | Tatabahasa | 25.03.2011 |