HALO,ASKUM, SY NK TANYA TENTANG MAKSUD AYAT GRAMATIS DLM CERPEN YG SESUAI DENGAN ZAMAN KINI,IAITU=TERKEKEH,SECARA BERKALA,BUNGKAM,DAN SAYA NAK TAHU PERBEZAAN AYAT GRAMATIS DAN DRAMATIS? | Waalaikumusslam wbk. Gramatis dalam cerpen bermaksud ayat yang dibina adalah berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Dalam hal ini ayat yang dibina adalah lebih menarik dibaca atau berseni. Maksud ayat: i. Terkekeh bermaksud ketawa berdekah-dekah, tergelak-gelak, terbahak-bahak. Binaan ayat dengan kata sifat ini dibenarkan dalam cerpen kerana ia jelas dan menarik. ii. Berkala (keluar, terbit, dsb) bermaksud berulang-ulang pada waktu yang tetap (mengikut jangka waktu yang tertentu). iii. Bungkam bermaksud tidak bersuara (bercakap dll), diam. Perbezaan ayat dramatis ialah ayat yang dibina oleh penulis drama mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa dan sifatnya lebih jelas, berseni dan menarik. | Lain-lain | 20.03.2008 |
Selamat pagi, saya ingin mengajukan soalan kepada ahli DBP yang sangat dihormati. kenapa para bijak pandai, pejuang, dan golongan pakar bahasa Melayu tidak menggunakan saja istilah "sejahtera" untuk "kata sapaan" dalam bahasa Melayu yang memberi maksud "helo","hai","hei","halo","selamat datang","salam","assalamualaikum" dan "selamat tinggal" selain memberi maksud "selamat","aman","damai","sentosa","makmur"dan "sihat". Sepertimana yang dilakukan oleh pencinta Bahasa Ibunda yang lain di Asia, seperti Negara yang tak pernah dijajah iaitu negara Thailand, "helo" dan "hai" dalam bahasa Thai ialah "สวัสดี" yang juga membawa maksud "selamat","kebagusan", "kesejahteraan","sejahtera","keselamatan","aman","keamanan","makmur","kemakmuran","sifat baik","kemajuan","maju" dan sebagainya. | Bahasa Melayu merupakan bahasa yang dinamik yang menawarkan pelbagai kata ucap selamat mengikut konteks penggunaannya; iaitu sama ada rasmi atau tidak rasmi. Ucap selamat untuk situasi rasmi, salam sejahtera memang digunakan secara meluas. | Istilah | 22.08.2014 |