Penggunaan tanda baca koma yang mana adalah betul? (contoh ayat ialah lirik lagu) 1. Bungalah mawar, aduhai sayang, tumbuh di taman 2. Bungalah mawar, aduhai, sayang, tumbuh di taman 1. Oh, sayang, kembalilah kepadaku 2. Oh sayang, kembalilah kepadaku 1. Oh, Tuhan, dengarlah rintihan hambamu 2. Oh Tuhan, dengarlah rintihan hambamu | Penggunaan tanda baca yang betul seperti yang berikut: - Bungalah mawar, aduhai, sayang, tumbuh di taman!
- Oh, sayang, kembalilah kepadaku!
- Oh, Tuhan, dengarlah rintihan hambamu!
Untuk lebih memahaminya, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 255.
| Lain-lain | 06.02.2023 |