Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hamdan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
selamat pagi,'perkataan mana yang sesuai Cikgu Hamdan sedang ___________subjek Bahasa Malaysia di kelas Lima Progresif. mengajarkan mengajari mengajar belajarCikgu Hamdan sedang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Malaysia di kelas Lima Progresif. Mengajarkan bermaksud mengajar sesuatu (mata pelajaran) kepada seseorang dan lain-lain.Tatabahasa11.10.2012
sejarah awal dunia pengiklananSila rujuk bahan ini. Terima Kasih. : 1.Periklanan: suatu pengenalan Mohd Hamdan Adnan Dewan Bahasa dan Pustaka : 1997. 2. The language of advertising Goddard, Angela Routledge, 2002. 3. Iklan dan masyarakat oleh Mohamad Md. Yusoff Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1999. 4. Televisyen dan pengiklanan antara tanggungjawab dengan realiti oleh Azizul Halim Yahya Dewan Masyarakat. 01/11/2004 .Lain-lain16.11.2007
Ayat berikut yang manakah betul. I Kalau ada mada yang lega saya ingin berkunjung ke rumahnya. II Hamdan berasa lega setelah selesai menduduki UPSR. III Dapur rumah saya lega kerana baru di sambung. I Surihani lebih tinggi daripada Shafiqah. II Kita jangan sekali menghina orang yang miskin. III Kehijauan pepohon itu menyegarkan pandangan.

Semua ayat dikemukakan betul kecuali dua yang telah dibetulkan seperti yang berikut:

I Kalau ada masa yang lega saya ingin berkunjung ke rumahnya.
III Dapur rumah saya lega kerana baharu diubah suai.
II Kita jangan sekali-kali menghina orang yang miskin. 
 
Sila rujuk Kamus Dewan, Edisi Ketiga, DBP untuk makna setiap perkataan.

Tatabahasa15.07.2014
salam sejahtera saya ingin bertanya tentang penggunaan kata sendi nama "pada" yang digunakan pada ayat ini adakah betul ataupun tidak. "Pada pertuduhan kedua, Mohd Hamdan didakwa bersalah dalam kes cabul. Pada pertuduhan ketiga..... adakah penggunaan pada itu betul dalam ayat ini. kerana saya keliru mahu menggunakan pada ataupun dalam/ di dalam
Kata sendi nama pada digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan juga dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan). Kata sendi nama pada tidak boleh digunakan untuk maksud sasaran. Contoh ayat: Syaripah guru Geografi pada masa itu. Kata sendi dalam pula berfungsi sebagai perkataan yang membawa pengertian yang tidak mempunyai ruang. Contoh ayat: Juruacara dalam majlis perasmian itu ialah Puan Zaleha. Oleh itu, berdasarkan contoh ayat yang diberikan. Penggunaan sendi nama yang betul ialah dalam.
Tatabahasa21.04.2021
Selamat pagi. Sekadar ingin bertanyakan terjemahan paling sesuai untuk perkataan "urban legend" iaitu kejadian yang dianggap berlaku namun sebenarnya tidak. Terima kasih. Yang benar, HamdanTidak ada terjemahan urban legend dalam pangkalan data kami. Dalam konteks budaya kita, genre yang boleh menggambarkan maksud perkataan urban legend ialah cerita jenaka, cerita seram dan cerita rakyat, namun tiada satu kata atau frasa yang boleh menggambar maksudnya.Penyemakan dan penterjemahan09.12.2014
apakah punca-punca keracunan makanan?Sila rujuk bahan ini : 1. Makanan : keracunan dan keselamatan Jamal Kahair Hashim Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003. 2. Kes keracunan makanan Siti Balkis Budin Dewan Masyarakat 01/07/2007 3. Langkah-langkah mengelak keracunan makanan Mohd. Hamdan Haji Adnan Dewan SiswaLain-lain20.10.2007
Selamat tengah hari. Sekadar ingin bertanya. Adakah ejaan perkataan "lembab" (lambat berfikir) telah digantikan dengan "lembap"? Jika benar, ada baiknya pihak tuan mengubah entri di dalam DBP tersebut (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lembab). Teruskan usaha murni DBP. Terima kasih. Yang benar, HamdanData kami menyenaraikan maklumat daripada pelbagai sumber seperti Kamus Dewan dan Kamus Pelajar. Bagi mendapatkan maklumat yang sahih, kami mencadangkan tuan mengambil maklumat daripada Kamus Pelajar. Merujuk Kamus Pelajar, lembab bermaksud lambat berfikir. Lembap pula membawa banyak maksud, antaranya tidak cekap atau tidak cergas dalam menjalankan tugas dan melaksanakan pekerjaan. Tidak ada maksud yang benar-benar sama bagi kedua-dua perkataan tersebut.Tatabahasa09.12.2014
Apakah judul novel terbaharu terbitan DBP Sarawak?Judul-judul novel terbaharu terbitan DBP Cawangan Sarawak bagi tahun 2007 ialah Katarsis Perjuangan (Mohd. Faizal Jamil), Naluri Hidayah (Sarimah Alit), Bara Yang Menyala (Jaya Ramba), Kumpulan Cerita Rakyat Sarawak Dayang Puteri (diselenggara oleh Jiso Rutan), Bunga Yang Menangis (Jaafar Hamdan) dan Sari Rahsia Terindah (Rosani Hiplee)Lain-lain12.11.2007
Di sini kami lampirkan iklan Telekom Malaysia Berhad dalam bahasa Malaysia untuk kelulusan pihak puan , Untuk makluman puan , “Biz App Store” adalah nama kedai virtual yang di kendali oleh TM untuk penjualan applikasi –aplikasi untuk penyelesaian perniagaan , Nama “ Biz App Store” akan di “trademark” untuk pengunaan dalam iklan – iklan komersial tempatan Kerjasama Puan amat dihargai. Terima Kasih. Kind Regards; Hairruddin Hamdan (Dean /Din) Account Manager Dentsu Utama Sdn Bhd M : O12 492 1901 Faxs: 03 2096 2313Sekiranya "Biz App Store" telah mendapat  "trademark",  pihak tuan tidak perlu menterjemahkannya kepada bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami akan menyemak teks lain dlam iklan tersebut yang menggunakan bahasa Melayu. Iklan yang dihantar akan kami faks kepada tuan.Lain-lain08.05.2012
Salam sejahtera! Bagi panggilan/gelaran tuan haji, yang mana satu betul? tuan haji atau Tuan Haji? Ayat contoh: assalamualaikum tuan haji/Tuan Haji. Sekian terima kasih!

Gelaran tuan haji ditulis dengan huruf kecil jika merujuk gelaran secara umum. Contohnya: Assalamualaikun tuan haji. Jika gelaran tersebut di hadapan nama khas seseorang, huruf pertama ditulis dengan huruf besar, contohnya Tuan Haji Hamdan Yahya.

Ejaan03.11.2021
12

Kembali ke atas