Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hamidah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Puan, Jawaban yang paling tepat untuk ayat berikut ialah " menyikat" atau " menyisir"? Puan Hamidah sedang _______ rambut anak perempuannya supaya tidak kusut. Terima kasih.Perkataan yang tepat ialah menyikat.Tatabahasa14.08.2013
Saya mencadangkan agar istilah GALLERY WALK diterjemahkan sebagai KEMBARA GALERI Cadangan oleh:CIK HAJAH HAMIDAH ABD HAMID MUNSYI DEWAN KOHORT 1 PENSYARAH KANAN, JABATAN BAHASA MELAYU IPG KAMPUS BAHASA MELAYU.Sila berikan maksud "Gallery Walk" supaya kami dapat memberikan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Untuk makluman, padanan bahasa Melayu yang pernah dicadangkan ialah Galeri Susur Minda atau Galeri Jelajah Minda.Penyemakan dan penterjemahan04.09.2015
Mohon bantu bagi penggunaan / ejaan dll kesalahan bahasa pada para di bawah: 2.0 ERTIKATA Perkataan-perkataan berikut di dalam pekeliling ini, ertikatanya .... ..... adalah pegawai yang bertanggungjawab ke atas sesuatu pusat seperti .......

Salam saudari Hamidah,

Sila lampirkan semula soalan yang lengkap, kerana pihak kami kurang pasti dengan kehendak soalan. Namun begitu, terdapat pembetulan dalam ayat yang dilampirkan di atas.

2.0 ERTI KATA Perkataan-perkataan berikut dalam pekeliling ini, erti katanya......... ialah pegawai yang bertanggungjawab terhadap sesuatu pusat seperti .......

Lain-lain14.09.2012
APA PENGERTIAN DAN PERBEZAAN DIANTARA "MUTLAK" DAN "SEJATI"

Saudara,

Makna perkataan mutlak : 1. tidak terbatas (hak, kuasa, dll), tidak bersyarat (tidak ada kecualinya), tidak berbelah bagi (taat setia dll), lengkap, penuh, umum: Belanda bersetuju utk memberi pengakuan segera dan ~ serta tanpa syarat terhadap kedaulatan Republik; perhubungan mereka adalah berasaskan taat setia yg ~ kpd perintah tinggi; hak ~ hak penuh; syarat ~ yg mesti ada (tidak boleh tidak); wakil ~ wakil penuh; 2. suci; air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt air hujan dll);

Makna perkataan sejati:  asli, murni, tulen, tidak bercampur, yg sebenarnya: Encik Hasan ini bukan ~ Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka; Hamidah seorang wanita ~;

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna01.12.2009

Kembali ke atas