Salam sejahtera. Adakah yang di bawah betul? Kita harus bertimbang rasa contohnya Ah Meng memberi tempat duduknya kepada wanita hamil. Terima kasih. | Susunan ayat yang lebih gramatis ialah, "Kita seharusnya mempunyai sifat bertimbang rasa seperti memberi tempat duduk kepada wanita hamil." | Tatabahasa | 15.07.2013 |
perkataan 'mengandung' atau 'mengandungi', mana satu yang betul? cthnya: "kertas soalan ini mengandungi/mengandung tiga halaman bercetak."harap mendapat penjelasan. terimakasih | Mengandung bermaksud membawa sesuatu dalam saku dll, hamil. Mengandung sama penggunaan dengan mengandungi untuk maksud berisi, memuat. | Tatabahasa | 19.01.2007 |
saya ingin memohon jasa baik dari pihak DBP untuk menolong saya mencari perbezaan perkataan 'mengandung' dan 'mengandungi'. saya berharap pihak DBP dapat mmberi kerjasama dengan saya dan membalas secepat yang mungkin.. | Kata mengandung daripada kata kandung dan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud 1. membawa sesuatu dalam saku dll. 2. hamil 3. = mengandungi, berisi, memuat. Dari segi penggunaan untuk maksud hamil perkataan yang digunakan ialah mengandung. Bagi maksud selain itu perkataan mengandungi digunakan. | Tatabahasa | 23.03.2008 |
makna istilah uzur | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, uzur ditakrifkan seperti yang berikut: 1. lemah badan, berpenyakit, sakit 2. sesuatu yang menyebabkan tidak dapat bekerja (berjalan dan lain-lain), aral, halangan 3. (kiasan) a. datang bulan, haid b. mengandung, hamil 4. (kiasan, bahasa percakapan) terlalu buruk keadaannya (barang-barang), hampir tidak boleh dipakai lagi. | Makna | 27.01.2011 |
Tolong bagi jawapan kepada berberapa simpulan bahasa berikut. Saya dah cari dalam "carian kata" tapi tak jumpa. simpulan bahasa tersebut adalah :- lepas angin, lepas geram, berat otak, berat badan, berat masa, beri tangan terima kasih | 1. sia-sia belaka 2. berbuat sesuatu untuk melepaskan perasaan 3. risau, susah hati . hamil; malas 5. menolong; memikul 6. berat mata(bukan berat masa)-lekas mengantuk | Lain-lain | 06.05.2008 |
Salam. Mohon penjelasan daripada tuan. Soalan saya : 1. Ayat ialah dimensi yang kedua bagi makna. Dimensi pertama ialah perkataan. Demikian juga ayat betul dari segi tatabahasa tetapi salah dari segi makna :Contoh;” Hujan turun setiap hari di seluruh dunia.” Mengapa ayat ini salah dari segi maknanya? 2. Mohon penjelasan, makna ayat dan proposisi ayat serta contohnya. Sekian, Terima kasih | 1. Ayat tersebut tepat dari segi nahu tetapi salah dari segi semantik kerana tidak jelas atau tidak tepat maknanya. Contoh yang lain, ayat Ali hamil, juga tepat dari aspek nahunya tetapi salah dari segi semantinya. 2. Serangkai perkataan yang merupakan kesatuan yang membawa sesuatu maksud. Maklumat proposisi ayat tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun jika tajuk preposisi yang tuan maksudkan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 265. | Tatabahasa | 28.03.2012 |
Saya ingin tahu tentang: 1. Perbezaan perkataan a. mengandung denagan mengandungi b. boleh dengan dapat c. banyak dengan ramai 2. Sama ada betul atau salah frasa a. ....sehingga kepada anak cucu b.......sehingga ke malam c....sehingga anak cucu d. .....sehingga malam. Terima kasih | Encik Ishak, Jawapan soalan tuan adalah seperti yang berikut: 1 (a). Untuk makluman tuan, kata mengandung dan mengandungi mempunyai perbezaan makna dan fungsi. Kata mengandung membawa maksud, iaitu hamil. Contohnya, Halimah sudah mengandung kira-kira dua bulan. Manakala mengandungi membawa maksud berisi, memuat, atau membawa sesuatu dalam bekas dan sebagainya. Contohnya; Dokumen yang dibawa oleh Ali itu mengandungi maklumat yang rahsia. 1 (b) Kata boleh dan dapat merupakan golongan kata bantu yang menyatakan atau menerangkan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan. Walau bagaimanapun, kedua-kedua kata bantu ini mempunyai makna dan tugas yang berbeza. Kata dapat membawa maksud kemampuan atau keupayaan apabila kata dapat digunakan sebelum kata kerja, seperti dapat datang, dapat berlari dan dapat menendang. Oleh itu, kata dapat bermaksud perbuatan tertentu dan berupaya dilakukan atau berjaya dilaksanakan. Manakala boleh membawa maksud keizinan digunakan sebelum kata kerja, seperti boleh dimakan, boleh dipegang, boleh dibawa. Hal ini bermakna, dapat ialah kemampuan melakukan sesuatu, manakala boleh ialah diizinkan melakukan sesuatu. 1 (c) Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. 2. C. sehingga anak cucu D. sehingga malam | Tatabahasa | 13.05.2009 |