Aslmkm, soalan sy: manakah ejaan yang betul Hamka/HAMKA? | Kedua-dua ejaan betul, namun lazimnya untuk nama orang hanya huruf pertama ditulis dengan huruf besar. | Ejaan | 27.06.2013 |
Tuan, saya sedang mencari karya dan tulisan penulis-penulis agung Melayu zaman dahulu kala seperti Prof. Hamka. Di manakah boleh saya mendapati buku-buku seperti ini? Adakah DBP mempunyai buku-buku tersebut? | Buku karya Prof. Hamka dan karyawan lain juga boleh dibaca di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Puan boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan (keahlian perpustakaan) dan di Pusat Dokumentasi Melayu anda boleh membuat rujukan dan pinjaman bahan. | Lain-lain | 10.08.2014 |
Mohon bantuan untuk ejaan klinik di dalam jawi | Ejaan Jawi bagi Klinik Hamka ialah کلينيک همكا. | Ejaan | 28.03.2022 |
berdasarkan berikut bolehkan anda kelaskan ia mengikut kategori, contohnya, peribahasa, bidalan, kata-kata mutiara@hikmah dan sebagainya: 1. Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan 2. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali 3. Masa itu emas 4. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat 5. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada katanya 6. Muafakat membawa berkat 7. Jangan takut berbagi ilmu, kerana semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita mendapat. - (Buya Hamka) 8. Bersatu teguh, bercerai roboh 9. Jauh perjalanan, luas pandangan 10. Sediakan payung sebelum hujan 11. Gemggam bara api biar sampai jadi arang 12. Ilmu tanpa amal , sia-sia- (Imam Al-Ghazali) Terima kasih daun keladi. >_< | Mohon maaf tuan, untuk makluman tuan soalan ini tidak berkaitan dengan makna peribahasa dan boleh dkategorikan berdasarkan rujukan yang dibuat berdasarkan buku-buku yang peribahasa. | Lain-lain | 04.03.2025 |