| Salam. Apakah terjemahan yang sesuai bagi claw hammer? Adakah tukul tuil atau tukul kuku kambing? kerana terdapat istilah tukul tuil dalam Kamus PRPM, tetapi dalam silibus KHB, claw hammer menggunakan istilah tukul kuku kambing. Istilah manakah yang lebih tepat? Mohon pencerahan. Sekian, terima kasih. -Aznani- | Terjemahan bagi claw hammer ialah tukul tuil seperti yang terdapat dalam PRPM. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.07.2018 |
| Assalamualaikum. Apakah maksud dan padanan dalam Bahasa Melayu bagi ayat 'at the fall of auctioneer's hammer'. Terima kasih. | Untuk makluman, DBP tidak membuat perkhidmatan penterjemahan bahasa Inggeris atau sebagainya. Bagi Khidmat Nasihat Bahasa, puan bolehlah kemukakan cadangan terjemahan untuk semakan kami. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.03.2015 |
| Apakah terjemahan yang sesuai bagi alat/kaedah senaman berikut? Semua istilah ini digunakan dalam bidang sains sukan dan tiada dalam kamus dan carian google. Terima kasih. Weight Stacks Pro Style Dumbbells Hex Style Dumbbells Tricep Bar EZ Curl Bar Flat Bench Hyper Extension Bench Preacher Bench Arm Blaster Abdominal Bench Leg Press Machine Hack Squat Machine Leg Curl Machine Chin Up /Dipping Bars Squat Rack Leg Abduction Machine Lat Pull Down Machine Pec Deck Machine Treadmills Elliptical Trainers Adaptive Motion Trainers Stepmills Stationary Rowers Chest Press Machine TRX Suspension Training Incline Barbell Bench Press Supine Pec Flys Depth Push-Ups Decline Push-Ups Smith Machine Bench Press Machine Vertical Chest Press Standing Hammer Curl Preacher Curl Machine Standing Barbell Pronated Bicep Curl | Kami tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak hasil yang telah diterjemahkan. Kami mencadangkan puan menterjemah dahulu kaedah senaman seperti yang tersenarai dan kami akan menyemak ketetapatan penggunaan perkataan (yang telah diterjemahkan) tersebut dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.07.2015 |
| Apakah terjemahan yang sesuai bagi alat/kaedah senaman berikut? Semua istilah ini digunakan dalam bidang sains sukan dan tiada dalam kamus dan carian google. Terima kasih. 1) Weight Stacks, 2) Pro Style Dumbbells, 3) Hex Style Dumbbells, 4) Tricep Bar, 5) EZ Curl Bar 6) Flat Bench 7) Hyper Extension Bench, 8) Preacher Bench, 9) Arm Blaster, 10) Abdominal Bench, 11) Leg Press Machine, 12) Hack Squat Machine, 13) Leg Curl Machine, 14) Chin Up /Dipping Bars, 15) Squat Rack, 16) Leg Abduction Machine, 17) Lat Pull Down Machine, 18) Pec Deck Machine 19)Treadmills, 20) Elliptical Trainers, 21)Adaptive Motion Trainers Stepmills, 22) Stationary Rowers, 23) Chest Press Machine, 24) TRX Suspension Training, 25) Incline Barbell Bench Press, 26) Supine Pec Flys, 27) Depth Push-Ups, 28) Decline Push-Ups, 29) Smith Machine Bench Press, 30) Machine Vertical Chest Press, 31) Standing Hammer Curl, 32) Preacher Curl Machine, 33) Standing Barbell Pronated Bicep Curl | Kami tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak hasil yang telah diterjemahkan. Kami mencadangkan puan menterjemah dahulu kaedah senaman seperti yang tersenarai dan kami akan menyemak ketetapatan penggunaan perkataan (yang telah diterjemahkan) tersebut dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.07.2015 |