Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ham.pa] | همڤا

Definisi : 1. kosong, tidak berisi: ketika pagi hari dilihatnya lukahnya ~; padi yg ~ itu dibuangkan; 2. = ~ hati ki kecewa: alangkah ~ hatinya apabila orang yg ditunggunya tidak kunjung tiba; 3. ki tidak ada hasil, sia-sia, gagal: rombongan peminangan itu pulang dgn ~ kerana peminangan mereka ditolak; dgn tangan ~ tidak berhasil, tidak mendapat apa-apa; 4. ki tidak berilmu, bodoh, dungu: tidak ada gunanya bertanya pd orang yg ~; ~ beras butir-butir padi yg tidak berisi; ~ berat padi yg tidak cukup penuh isinya (hujung padi); ~ hati gagal, kecewa; ~ udara Id tidak berisi udara; yg ~ biar terbang yg bernas biar tinggal prb yg tidak berguna itu biarlah hilang tetapi yg baik biarlah tinggal; berhampa; ~ tangan tidak mendapat apa-apa (hasil); menghampakan 1. mengosongkan: perahu­nya itu dihampakannya dan diperbaikinya; 2. membiarkan (pulang dll) dgn tangan hampa, mengecewakan; 3. menimbulkan rasa hampa: mati yg ~; kehampaan 1. perasaan kecewa (kerana tidak mendapat, menemui, mencapai dsb se­suatu yg dihajati atau dicita-citakan), keke­cewaan: kebanyakan para orientalis me­nyatakan ~ mereka terhadap kekurangan tradisi kesusasteraan Islam; ia pergi dlm ~; 2. ki ketiadaan pengetahuan, kebodohan, kedunguan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.pa] | همڤا

Definisi : 1 tidak berisi (bkn padi); kosong: Padi yg ~ itu dibuangnya. 2 tidak berjaya mencapai cita-cita; kecewa; gagal; sia-sia: Akhirnya, pd 17 Januari 1912, pasukan Kapten Scott itu pun sampailah di Kutub Selatan dan alangkah ~nya mereka kerana bendera Norway telah sedia berkibar di situ. menghampakan 1 membuat menjadi hampa; mengosongkan. 2 menyebabkan berasa hampa atau kecewa; membiarkan pulang dll dgn tangan kosong (tidak berhasil dll); mengecewa­kan: Dia meminta maaf kerana telah ~ harapan ayahnya. kehampaan keadaan atau perasaan hampa; kekosongan; kekecewaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hampa (adverba)
1. Bersinonim dengan kosong: tidak berisi, lompong, keropong, gerohong,
Berantonim dengan berisi

2. Bersinonim dengan kecewa: putus asa, putus harap, patah hati, tercanggung,

3. Bersinonim dengan sia-sia: gagal, tidak berhasil, tidak berjaya,
Berantonim dengan berjaya

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bodoh, dungu, tidak berilmu,

Kata Terbitan : menghampakan, kehampaan,

Puisi
 

Apa guna padi hampa,
     Padi hampa dimakan ulat;
Apa kurang kepada hamba,
     Kapal di laut gedung di darat.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Menjual petai hampa.

Bermaksud :

Membual; omong kosong.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pak Cik Ahmad membakar hampa padi di belakang rumahnya. mengpakah ayat ini salah?? apakah kesalahannya??

Ayat yang betul ialah "Pakcik Ahmad membakat sekam padi di belakang rumahnya. Harap maklum.

Tatabahasa14.07.2008
Salam 1 Malaysia. Apakah simpulan bahasa ini"menumbuk padi". terima kasihMenumbuk padi bukan simpulan bahasa. Menumbuk padi merupakan satu perbuatan.

Bagai menumbuk padi hampa merupakan peribahasa yang bermaksud perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Indah khabar daripada rupa).
Tatabahasa16.01.2013
Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam. Semoga anda semua mendapat rahmat dan hidayah daripadaNya. Bukanlah saya bertujuan untuk meminta pendapat, tetapi lebih kepada memberikan pandangan saya. Apalah kiranya pihak tuan berusaha untuk memastikan segala laman carian (website) seperti "Yahoo", "Google" dan lain-lain menggunakan Bahasa Melayu. Telah saya rujukkan kepada SKMM, dan jawapan hampa mengatakan mereka tiada kuasa untuk itu. Bukan berkenaan kuasa, tetapi usaha sepatutnya dilakukan. Bukankah lebih tegas nampaknya jika jabatan kerajaan yang menekan mereka berbanding seorang individu sahaja, kerana sesebuah kementerian itu sepatutnya mewakili semua rakyat. Mungkin pihak tuan telah pun menjalankan sesuatu, dan saya harap usaha itu akan berterusan supaya dapatlah kita menyatukan rakyat melalui bahasa, seperti yang terjadi di negara-negara lain dan usaha itu perlu dilakukan daripada sekecil-kecil perkara. Semoga Allah memberkati usaha anda semua. Sekian.

Maklum dan terima kasih atas pandangan tuan. 

 

 

Lain-lain11.11.2010

Kembali ke atas