Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ham.pir] | همڤير

Definisi : 1. berdampil (dgn seseorang), ber­damping (dgn seseorang), dekat, rapat: marilah anakanda ~ dgn ayahanda; ~ kpd mendekati; 2. tidak jauh (bkn jarak, per­hubungan), dekat, rapat: Petaling Jaya bandar yg ~ sekali dgn Kuala Lumpur; Nabi Muhammad SAW mula-mula menyampai­kan ajaran Islam kpd orang yg paling ~ dengannya iaitu isterinya Khadijah; 3. kurang sedikit drpd (waktu, bilangan berikut­nya, kuantiti, jumlah seluruhnya), dekat: sudah ~ setengah jam dia menunggu di situ; ~ seratus orang hadir dlm majlis itu; mangkuk getahnya ~ penuh dgn susu getah; 4. nyaris, sedikit lagi akan ...; ~ mati nyaris mati; 5. tidak lama lagi akan, dlm sedikit masa lagi: sekolah sudah ~ dibuka; ~ siap dibina; ~ selesai; ~ gurun (Geog) (kawasan, daerah) yg berhampiran (dan keadaan iklimnya hampir sama) dgn gurun; wang ~ (Eko) harta yg mudah dijadikan wang; hampir-hampir akan berlaku sesuatu, nyaris-nyaris, cemas-cemas: masih sempat menyelamatkan isterinya yg ~ tenggelam itu; mereka ~ sepakat; hampirkan hampir akan; berhampiran = ~ dgn berdekatan (dgn), tidak berapa jauh (dr): pulau-pulau yg ~ dgn Australia; sungai yg ~ dgn rumah; menghampiri mendekati, datang men­dekati, merapati: perempuan itu datang ~ saya; menghampirkan mendekatkan, men­dam­ping­­kan, merapatkan: maka usungan pun dihampirkan orang; terhampir terdekat; hampiran tempat yg dekat, dekatan; kehampiran perihal (keadaan, kedudukan, dsb) hampir atau dekat dgn; penghampiran proses (hal) meng­hampir­­kan atau menghampiri sesuatu: alam nyata ini boleh diketahui melalui proses ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.pir] | همڤير

Definisi : 1 tidak jauh; dekat; berdam­ping (dgn): Budak itu duduk ~ dgn ibunya. 2 sedikit lagi akan; cemas-cemas; nyaris: Pasukannya ~ tewas dlm pertandingan itu. ~ mati nyaris-nyaris mati. 3 tidak lama lagi; sekejap lagi: Kerja itu ~ siap. 4 kurang sedikit drpd (bkn masa, bilangan dll); dekat: Dia duduk di situ ~ setengah jam. ~ seratus orang tetamu hadir dlm majlis itu. hampir-hampir sedikit lagi akan berlaku sesuatu; nyaris-nyaris; cemas-cemas: Mereka telah menyelamatkan budak yg ~ tenggelam itu. berhampiran tidak berapa jauh dr; berdekatan: Kilang-kilang itu letaknya ~ dgn ladang tebu. menghampiri datang atau pergi berdekatan dgn; mendekati; merapati: Dgn hati yg berdebar-debar, dia ~ orang tua itu. menghampirkan meletakkan berhampiran dgn; mendekatkan; mendampingkan. perhampiran ist angka atau nombor yg paling hampir dgn angka lain: 32.65 ialah ~ yg lebih baik drpd 32.70 ke 32.653. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hampir (adverba)
1. Dalam konteks jarak
bersinonim dengan dekat, rapat,
Berantonim dengan jauh

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan tidak lama lagi, sedikit masa lagi, sekejap lagi, sebentar lagi,

Kata Terbitan : hampir-hampir, berhampiran, menghampiri, menghampirkan, kehampiran,

Puisi
 

Hari hampir sudah siang,
     Fajar di hulu sudah benderang;
Aku duduk di Muha Lawang,
     Makin bertambah hatiku pusang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Genting menanti putus,
     biang menanti tembuk.

Bermaksud :

Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. (Peribahasa lain yang sama makna: Biang menanti tembuk).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hampir retak lantai kayu itu dek hentakan Arif. betulkah struktur ayat ini dan penggunaan "dek"?Penggunaan perkataan dek dalam ayat betul.Tatabahasa04.07.2013
Saya telah hampir menyiapkan beberapa manuskrip untuk diterbitkan sebagai buku. Apakah proses selanjutnya yang perlu saya lakukan. Terima kasih Dr Mohd Hanip Hj HassanDewan Bahasa dan Pustaka mengalu-alukan hasrat saudara untuk menghantar manuskrip. Saudara boleh menghantar manuskrip  berserta surat iringan penyerahan manuskrip dan biodata saudara ke Bahagian Buku Umum, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk makluman saudara, Bahagian Buku Umum juga menguruskan penerbitan buku ilmiah. Saudara boleh menghubungi bahagian tersebut seperti maklumat yang berikut:
Ketua Bahagian Buku Umum,
Aras 13,
Jabatan Penerbitan,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
Manuskrip yang saudara hantar akan dinilai di peringkat bahagian terlebih dahulu untuk diteliti kesesuaian manuskrip dan jika perlu perbincangan akan diadakan dengan saudara sebagai penulis oleh editor berkenaan.  Manuskrip tersebut seterusnya akan dinilai oleh penilai pakar sebelum dikemukakan ke Mesyuarat Jawatankuasa Editorial dan Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan untuk kelulusan penerbitan.
Lain-lain19.11.2015
Soalan Kata Hampir Sama Makna Cahaya lampu jalan yang _________ menyebabkan kami takut untuk meneruskan perjalanan. A. suram B. kelam C. muram D. pudar Saya berasa keliru akan penggunaan setiap perkataan di atas.Suram bermaksud tidak berapa terang (cahaya dan lain-lain) atau agak gelap. Kelam bermaksud tidak berapa terang (berkenaan cahaya, keadaan hari, dan lain-lain), atau agak gelap atau suram. Muram bermaksud tidak berapa terang (cahayanya), buram, guram, kelam, suram. Pudar bermaksud kurang cahayanya, tidak terang atau cerah, tidak berseri-seri, suram. Berdasarkan makna tersebut suram/kelam/muram/pudar boleh menjadi jawapan kepada soalan tersebut.Tatabahasa21.03.2012
Tuan, "Muthu dan Ali _____tersesat di dalam hutan ketika mereka sedang mencari akar-akar kayu." Pilihan jawapan : A.sipi B. hampir C.dekat D.nyaris Adakah perkataan "hampir" dan "nyaris" boleh diisi di tempat kosong? Adakah penggunaan kedua-dua perkataan sama? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah hampir/nyaris kerana kedua-duanya membawa maksud yang sama. Contoh dalam ayat: “Muthu dan Ali hampir/nyaris tersesat di dalam hutan ketika mereka sedang mencari akar kayu”.Tatabahasa07.06.2020
Ahmad hampir termuntah apabila tercium bau darah yang .............. itu. A. hamis B. hanyir Mohon diberi penjelasan.Ahmad hampir termuntah apabila tercium bau darah yang hanyir itu. darah lazimnya dikaitkan dengan bau hanyir seperti bauk ikan, manakala hamis ialah bau kambing.Tatabahasa10.07.2015
pelari itu terjatuh apabila hampir tiba di/kr garisan prnamat. tq

Ayat yang betul ialah pelari itu terjatuh apabila hampir tiba ke garisan penamat.

Lain-lain12.06.2010
Mubazir dan membazir Dua perkataan ini hampir sama. Apakah perbezaan maksudnya? Adakah mubazir perkataan yang timbul kerana ada orang salah sebut "membazir"?Kedua-duanya membawa maksud yang hampir sama. Sila rujuk kamus untuk melihat persamaan/perbezaan makna antara kedua-dua perkataan tersebut. Perkataan mubazir dan membazir kedua-duanya berasal daripada perkataan Arab, perbezaan sebutan/perkataan ini berlaku kerana pengaruh bahasa Arab itu sendiri. Dalam bahasa Arab satu perkataan yang asal boleh menjadi berbeza sebutan apabila kedudukan/fungsi perkataan itu dalam ayat berubah.Istilah21.07.2012
Apakah perbazaan antara 'rangup' dengan 'garing'?Rangup ialah mudah pecah; rapuh: biskut yang ~. merangupkan menjadikan rangup: Bahan itu dicampurkan untuk ~ kuih. kerangupan keadaan atau sifat rangup: Biskut itu digemari kerana ~nya.


Garing pula ialah agak keras dan kering tetapi rapuh: Biskut itu ~ dan rangup. 2. keras dan telah dimasak lebih lama daripada yang sepatutnya: Ikan itu digoreng terlalu ~ hingga hampir-hampir hangus.
Makna29.07.2013
Bagaimanapula dengan ayat di bawah ini? Lawatan ke Putrajaya disertai hampir setengah wanita dari Kampung Pandan.

Saudara,

Ayat yang lebih sempurna ialah : Lawatan ke Putrajaya disertai oleh hampir sebahagian daripada wanita dari Kampung Pandan.  

Tatabahasa12.08.2010
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara Kata Adjektif Jarak berikut: dekat dan hampir. (merujuk kepada buku teks Bahasa Melayu Tahun Lima SJK, m/s 93)(terbitan tahun 2014). Guru-guru lain di sekolah tempat saya berkhidmat tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan. Maaf kerana mengganggu. Terima kasih saya ucapkan.

Dari segi makna, kedua-dua perkataan tersebut hampir sama maksudnya. Lazimnya kata adjektif dekat digunakan untuk menunjukkan jarak tempat manakala hampir digunakan untuk menunjukkan bilangan.

Contoh:

1.  Sungai Siput letaknya dekat sahaja dengan Kuala Kangsar.
2.  Hampir seratus orang hadir dalam majlis itu.

Tatabahasa15.02.2020
12345678910...

Kembali ke atas