Apakah perbazaan antara 'rangup' dengan 'garing'? | Rangup ialah mudah pecah; rapuh: biskut yang ~. merangupkan menjadikan rangup: Bahan itu dicampurkan untuk ~ kuih. kerangupan keadaan atau sifat rangup: Biskut itu digemari kerana ~nya. Garing pula ialah agak keras dan kering tetapi rapuh: Biskut itu ~ dan rangup. 2. keras dan telah dimasak lebih lama daripada yang sepatutnya: Ikan itu digoreng terlalu ~ hingga hampir-hampir hangus. | Makna | 29.07.2013 |
Salam sejahtera. Apakah jawapan untuk soalan yang berikut: Pak Cik Seng gigih mengusahakan ladang kelapa sawit bersama-sama isterinya. Pilih perkataan seerti bagi gigih. A tekun. B tabah. C rajin. D malas | Perkataan tekun, tabah dan rajin mempunyai makna yang hampir sama, namun jawapan yang paling hampir, iaitu seerti dengan gigih ialah tabah. Gigih ialah keras hati, tegar hati, patuh kepada pendirian sendiri; tabah bermaksud tidak gentar dan tetap hati, serta terus mencuba dengan penuh semangat dan azam, berani,cekal demi mencapai kejayaan, kecemerlangan. Manakala tekun ialah rajin dan usaha, bersungguh-sungguh. | Makna | 03.07.2014 |
Tuan, 1) Adakah gigi sudah menunjukkan jamak? Atau perlu dijamakkan gigi-gigi? 2) Adakah istilah bahasa Melayu yg tepat bagi 'morning call'? Jika tiada, apakah istilah bahasa Melayu yg paling hampir untuk digunakan? Terima kasih. | 1. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, gigi bermaksud struktur keras yang menyerupai tulang, yang tumbuh pada gusi (gunanya untuk menggigit, mengunyah, dll). Berdasarkan pengertian yang diberikan, gigi sudah menandakan maksud jamak dan tidak perlu diulang. 2. Istilah bahasa Melayu untuk morning call ialah panggilan kejut. | Istilah | 21.07.2011 |