Tuan, apakah perbezaan di antara 'digunakan' dan 'diguna'? Bila saya cari perkataan 'diguna' melalui laman Carian PRPM, saya dapati perkataan 'digunakan' dalam semua takrif pada menu Kamus Bahasa Melayu, tetapi perkataan 'diguna' ada dalam hampir keseluruhan huraian pada menu Istilah Malaysia. Harap dapat membantu. Terima kasih. | Puan Susilawati, Tidak ada perbezaan antara diguna dan digunakan. Bentuk yang betul ialah digunakan, iaitu kata guna mendapat imbuhan di...kan daripada bentuk menggunakan(meN...kan). | Tatabahasa | 10.03.2010 |
adakah pantun sya ini betul jika slah boleh betulkan dan jelaskan terima kasih kerana sudi menjawab | Assalamuaikum, Saya telah membaca pantun tersebut. Tahniah kerana mencuba. Berkenaan dengan pantun tersebut perlu diteliti lagi terutamanya dari segi skema rima akhir pantun 4 kerat yang sebaiknya ab;ab. Pantun 2 kerat biasa menggunakan skema a;a. Walau bagaimanapun ada beberapa rangkap pantun yang mempunyai pembayang dan skema rima akhir yang baik (ab;ab). - Pembayang maksud sebaiknya menggunakan bahasa simbolik atau berkias yang berkaitan dengan unsur alam yang mampu menggambarkan keperibadian bangsa Melayu yang suka menyatakan sesuatu maksud secara berselindung dan berkias untuk menyatakan maksud sebenar. contoh: Petik manggis di waktu senja, Dimakan satu isinya putih; Antara manis dengan manja, Yang mana satu tuan pilih. - kebanyakan contoh pantun tersebut masih terkeliru dengan syair (aa;aa) dan keseluruhan rangkap adalah isi, yang dengan jelas memperlihatkan makna tanpa berkias contohnya; Sungguh lama kaki berjalan / terasa penat seluruh badan/ belajar dulu berkasih kemudian/ Barulah hidup luas ke depan. Bagi pantun kanak-kanak pula setiap hampir semua baris dalam setiap rangkap lebih jelas kepada maksud, bukan pembayang. ada pantun tersebut jika dipisah-pisahkan menjadi pantun dua kerat. sekian, terima kasih.
| Sastera | 06.05.2012 |