Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata han


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Han Khalief Jun 9th, 3:34pm Assalamualaikum DBP.. Ini betul atau tidak? Berikan penjelasan. Terima kasih. WOKSYOP DAERAH J.K.R PONTIANSila kemukakan soalan tuan dengan jelas melalui domain "Khidmat Nasihat DBP" di laman web kami prpm.dbp.gov.my.Lain-lain09.06.2015
Boleh tak tolong jelaskan penggunaan 'di' dan ' ke' dalam ayat-ayat berikut : 1) Wei Han menyimpan buku di/ke dalam kotak. 2) Wei Han memasukkan buku di/ke dalam beg sekolah. Harap mendapat penjelasan daripada tuan.terima kasih.(1) Wei Han menyimpan buku ke dalam kotak.
(2) Wei Han memasukkan buku ke dalam beg sekolah.
Frasa "di dalam" digunakan untuk frasa nama yang menunjukkan tempat yang mempunyai ruang, seperti pen di dalam kotak, manakala frasa "ke dalam" digunakan untuk frasa nama yang menunjukkan pergerakan kepadanya, seperti menyimpan kuih ke dalam bekas.
Tatabahasa23.10.2017
Kepada tokoh bahasa yang berpengalaman dan dihormati, Di sini saya ingin bertanyakan perihal huruf besar dan huruf kecil suatu frasa. Contoh: a) bahasa Melayu atau Bahasa Melayu b) sungai Lembing atau Sungai Lembing c) dinasti Han atau Dinasti Han Saya tidak tahu yang manakah betul. Tetapi saya selalu menggunakan pilihan yang pertama, iaitu bahasa Melayu, sungai Lembing dan dinasti Han. Saya menjadikan "bahasa, sungai dan dinasti" huruf kecil kerana saya berasa bahawa golongan ini bukan Kata Nama Khas, sebaliknya, golongan ini terkandung dalam Kata Nama Am. Manakala "Melayu, Lembing dan Han" merupakan nama yang dikhaskan untuk sesuatu, jadi saya meletakkan huruf besar. Pada pandangan tuan, hendak memilih pilihan yang pertama atau pilihan yang kedua? Pada masa yang sama, berdasar pada pilihan jawapan di bawah, yang manakah adalah betul? 1. a) Kata Nama Am b) kata nama Am c) kata nama am 2. a) Kata Nama Khas b) kata nama Khas c) kata nama khas Tolong bantu saya mahir dalam bidang bahasa. Terima kasih saya lafazkan.

Kata ‘bahasa’, sungai’ dan ‘dinasti’ merupakan kata nama am, maka ditulis dalam huruf kecil sahaja. Kecuali sebagai tajuk atau merujuk kepada nama nama khas, perkataan tersebut ditulis dalam huruf besar.  

Tatabahasa27.04.2014
Soalan : Han Khalief Jun 9th, 3:34pm Assalamualaikum DBP.. Ini betul atau tidak? Berikan penjelasan. Terima kasih. WOKSYOP DAERAH J.K.R PONTIAN Jawapan : Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas melalui domain "Khidmat Nasihat DBP" di laman web kami prpm.dbp.gov.my. Terima kasih SOALANNYA IALAH EJAAN WOKSYOP DAERAH J.K.R PONTIAN BETUL KE TAK? Apa yang tidak jelasnya. Baca la betul-betul ya. Gunakan ilmu kefahaman.Penggunaan kata dan ejaan yang betul ialah "Bengkel JKR Daerah Pontian".Tatabahasa16.06.2015
Far Han ISN 12.02 PTG Far Han Selamat sejahtera. Dimana saya boleh dapatkan senarai 140 perkataan baru yang diperkenalkan DBP baru-baru ini.?Belum ada satu terbitan khusus tentang istilah baharu berkenaan. Walau bagaimanapun Fb Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyiarkannya melalui laman web dari semasa ke semasa. Majalah terbitan DBP juga ada menyiarkannya secara berkala dalam terbitannya.Istilah18.09.2017
Salam sejahtera, 1.Zali mengemas katil supaya (bersih). 2.Wei Han mengemas katil supaya (kemas). 3. Ibu mengemop lantai dengan mop. Adakah ketiga -tiga ayat ini betul?Ayat yang tepat adalah seperti yang berikut:

1. Zali membersihkan katil.
2. Wei Han mengemaskan katil.
3. Ibu mengemop lantai.
Tatabahasa05.07.2023
Salam. Bagaimanakah cara menyebut nama negara Hungary dalam bahasa Melayu? Adakah sebutannya kekal seperti asal (han.ge.ri), atau mengikut cara sebutan dalam bahasa Melayu (cth: hun.ga.ri, hu.nga.ri)? Ejaan Jawinya pula bagaimana? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah han.ge.ri manakala ejaan jawi pula dieja هڠݢري.Lain-lain07.12.2020
Salam Sejahtera, Saya ingin bertanya apakah terjemahan untuk buah 'Luo Han Guo' atau 'Monk Fruit' dalam bahasa melayu? Atau adakah perkataan di atas boleh digunakan tanpa diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu untuk tujuan komunikasi dengan pelanggan secara lisan mahupun penulisan. Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi "Luo Han Guo" atau "Monk fruit" ialah buah biksu cina. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung kepada konteks penggunaan ayat.Makna10.08.2020
Selamat petang. Adakah cara menulis rujukan dalam ayat berikut betul? "Sumber China, Buku Dinasti Han, Jilid ke-28, Bab “Geografi” telah merekodkan buat pertama kali laluan laut dari pesisir pantai selatan China ke India melalui Semenanjung Melayu. " Terima kasih.

Kaedah penulisan rujukan yang di cadangkan “Dalam sumber China, Buku Dinasti Han, telah merekodkan buat pertama kali laluan laut dari pesisir pantai selatan China ke India melalui Semenanjung Melayu. "

 Rujukan penuh  seperti  jilid dan bab “Jilid ke-28, Bab “Geografi” boleh ditulis sama ada pada nota kaki atau nota bab. 

Lain-lain14.06.2023
salam, antara kata adjektif berikut, yang manakah lebih sesuai? 1. Nenek mengisar cili itu sehingga halus. 2. Nenek mengisar cili itu sehingga lumat. 3. Tulisan Eng Han sangat halus dan sukar dibaca. Dan jika saya ingin gunakan no.1 adakah ayat saya salah? Terima kasih.Ayat yang betul seperti berikut:
 
1. Nenek mengisar cili itu sehingga lumat.
2. Tulisan Eng Han sangat halus dan sukar dibaca.
Tatabahasa14.05.2013
12

Kembali ke atas