kami sudah mencuba berulangkali untuk membuat pengesahan iklan...tetapi ditolak dengan berbagai kaedah...dan sangat rumit...apakah sebenarnya yang dikehendaki oleh pihak tuan....kami hanya hanya ingin membuat pengesahan iklan untuk memulakan perniagaan sahaja...kenapa begitu rumit dan berbeli belit... | Untuk makluman, kami menyemak penggunaan bahasa dalam iklan. Penggunaan bahasa hendaklah betul dan sesuai dengan konteks penggunaannya. Penggunaan bahasa yang kurang tepat akan dicadangkan pembetulan bagi menghasilkan bahasa yang baik dan betul. | Lain-lain | 19.12.2016 |
1)(Hanya mereka/Hanya) yang ada berkenaan sahaja dibenarkan masuk ke bilik pengantin itu. 2)(Dalam/Dengan) perkataan lain dapat kita bahagikan kepada beberapa bahagian. 3)Setiap orang haruslah melakukan perubahan paradigma agar hidup tidak lagi hanya bergantung pada belas kasihan orang lain. Tolong betulkan.Terima kashi. | 1) Hanya yang berkenaan sahaja dibenarkan masuk ke bilik pengantin itu. 2) Dengan perkataan lain dapat kita bahagikan kepada beberapa bahagian. 3) Setiap orang haruslah melakukan anjakan paradigma agar hidup tidak lagi hanya bergantung pada belas kasihan orang lain. | Tatabahasa | 26.06.2012 |
Adakah menggunakan perkataan 'sahaja' dan 'hanya' dalam satu ayat dianggap lewah? Contohnya, "Hanya ada satu jalan sahaja di sini." Terima kasih. | Penggunaan 'sahaja' dan 'hanya' dalam ayat "Hanya ada satu jalan sahaja di sini." pada pandangan saya tidak lewah tetapi sebagai penegasan. | Tatabahasa | 23.10.2018 |
Tuan, adalah terdapat perbezaan maksud bagi ayat apabila perkataan 'hanya' diletakkan di tempat yang berbeza iaitu: 1. Seseorang pegawai hendaklah "hanya" menjalankan tatacara yang tersenarai sahaja 2. Seseorang pegawai hendaklah menjalankan tatacara yang "hanya" tersenarai sahaja | Perkataan hanya dan sahaja tidak boleh digunakan dalam satu ayat. Dalam satu ayat yang baik, penggunaan 'hanya' dan 'sahaja' tidak disekalikan. Sekiranya menggunakan 'hanya', tidak disusuli dengan 'sahaja' kerana dianggap lewah. Maka ayat tuan/puan boleh dibentuk salah satu daripada yang berikut: (a) Dia sahaja yang boleh melakukan aksi tersebut. Atau (b) Hanya dia yang boleh melakukan aksi tersebut. | Tatabahasa | 08.03.2018 |
Salam sejahtera. Bolehkah saya mengetahui perbezaan "hanya akan" dan "akan hanya"? | Untuk makluman, kedua-duanya membawa maksud yang sama. Sungguhpun begitu, lazimnya yang sering digunakan ialah perkataan "hanya akan". | Tatabahasa | 08.02.2017 |
Adakah perkataan 'hanya sanya' diguna pakai dalam bahasa melayu | Istilah hanya sanya terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang membawa maksud: hanya (digunakan untuk penegasan).
| Istilah | 07.10.2015 |
Bolehkah perkataan HANYA dan SAHAJA berada dalam satu ayat. Sebagai contoh : Bagaimanapun, bayaran pendahuluan ini HANYA dibenarkan kepada kontraktor kerja tempatan SAHAJA dan tidak terpakai kepada kontraktor pusat, kontrak yang dibuat secara berpusat oleh mana-mana agensi Kerajaan dan perkhidmatan perunding. Pada pandangan Ketua Pejabat saya, ia tidak boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. | Pandangan Ketua pejabat tuan adalah betul. Perkataan hanya dan sahaja tidak boleh digunakan dalam satu ayat. Dalam satu ayat yang baik, penggunaan 'hanya' dan 'sahaja' tidak disekalikan. Sekiranya menggunakan 'hanya', tidak disusuli dengan 'sahaja' kerana dianggap lewah. | Tatabahasa | 27.02.2014 |
Semakan penggunaan ayat 1. Mula berniaga guna jalur lebar hanya rm99 atau 2. Mula niaga guna jalur lebar hanya rm99 | Jawapan Mula berniaga menggunakan jalur lebar. hanya RM99 | Tatabahasa | 15.01.2013 |
Manakah yang betul dan mengapa? 1. dapatkan produk ini hanya dari RM99 2. dapatkan produk ini dari hanya RM99 Adakah kedua-dua contoh di atas mempunyai maksud yang sama? | Yang betul "dapatkan produk ini hanya daripada RM99". | Lain-lain | 20.07.2016 |
Adakah 'al-Fatihah' dikira sebagai kata nama khas? Perlukah diletakkan tanda sempang jika ayatnya begini: "Solatnya hanya ber-al-Fatihah yakni tanpa surah, hanya untuk cukup syarat, badannya terlalu lemah dan itu sahaja yang mampu diucapnya." Atau tidak perlu bertanda sempang seperti 'beral-Fatihah'. | Untuk makluman, al- fatihah ialah kata nama khas dan kata ini tidak boleh diberi imbuhan ber kerana imbuhan ber hanya untuk kata kerja sahaja. Oleh itu, ayat yang sesuai ialah "Solatnya hanya membaca al-Fatihah sahaja, iaitu tanpa surah, hanya untuk cukup syarat, badannya terlalu lemah dan itu sahaja yang mampu diucapnya." | Tatabahasa | 06.05.2019 |