Salam Tuan Harap tuan dapat beri penjelasan tentang kesalahan yang terdapat dalam ayat di bawah. 1)Kempen memperkasakan bahasa Melayu sering diuar-uarkan dalam usaha meningkatkan martabatnya dalam kalangan masyarakat. 2)Mesyuarat guru besar-guru besar sedang dilangsung di bilik mesyuarat. 3)Haris memperkuat suaranya untuk memanggil rakannya di luar kelas. 4)Mereka pun tidak tahu bahawa Har Lim lagi hebat membaiki komputer berbanding dengan Suresh. Terima kasih. Hj Izani b. Hj. Daud. | 1) Tiada kesalahan. 2) Yang betul ialah "... guru-guru besar ..." bukan guru besar-guru besar. 3) Yang betul ialah "... menguatkan suaranya ..." bukan memperkuat suaranya. 4) Yang betul ialah "... lebih hebat ..." bukan lagi hebat. | Tatabahasa | 21.09.2011 |
Definisi petender ialah orang (syarikat dsb) yg mendapat tender. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Bagaimana pula dengan orang yang memasuki sebutharga. Adakah dipanggil pesebutharga? Ini kerana tender ialah perolehan yang melebihi RM500,000 hingga 100 juta. Manakala sebutharga ialah perolehan dari RM1 hingga RM499,000. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud sebut harga ialah anggaran kos (tentang sesuatu barangan atau perkhidmatan) yang diberikan kepada bakal pembeli atau bakal pelanggan. menyebut harga menyatakan atau memberikan sebut harga bagi sesuatu barang atau perkhidmatan yg ditawarkan. Tidak ada contoh penggunaan perkataan penyebut harga dalam pangkalan data kami. Jika ingin merujuk pihak yang mengeluarkan sebut harga, boleh menggunakan perkataan orang atau syarikat yang membuat sebut harga. | Makna | 19.04.2019 |