Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.rap.ha.ra.pan] | هارڤ - هارڤن

Definisi : sentiasa berharap (menanti-nantikan), sentiasa rindu (akan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata harap-harapan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin tahu padanan bahasa Melayu untuk perkataan "customize" dan "wood-cloth." Apaka ayat ini gramatis, "Harap-harap, anda kemudian akan ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan mengembangkan sendiri rekaan dan cara-cara anda bekerja." Terima kasih.1. Customize diterjemahkan kepada mengikut tempahan atau mengikut pesanan. Wood-cloth tidak ada dalam sumber rujukan kami. Merujuk sumber istilah yang ada seperti wood product dan wood vinegar diterjemahkan kepada keluaran kayu dan cuka kayu, kami cadangkan wood cloth diterjemahkan kepada kain kayu.
2. Ayat yang sesuai, "Harapan kami, anda akan mengetahui dengan lebih lanjut serta mengembangkan sendiri rekaan dan cara-cara anda bekerja".
Istilah23.07.2012
salam tuan, sy ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan dgn "kata serapan bahasa nusantara"dan "kata serapan dalam bahasa Melayu". Keduanya, adakah kata serapan dgn kata pinjaman adalh sama?di harap pihak tuan dpt memenuhi keinginan sy untuk mengetahui maksud dn penerangan yg dr pihak tuan. Harapan sy agar pihak tuan dpt mberitahu dgn segera permintaan sy mngenai soalan tersebut. Sekian terima kasih.

Puan Noraiza,

Sebenarnya dalam setiap bahasa itu peminjaman bahasa memang berlaku secara tabii apabila dua komuniti bahasa, bahkan juga dua komuniti dialek, bertemu satu sama lain- juga bermakna pengambilan unsur bahasa daripada bahasa-bahasa lain ke dalam bahasa sendiri. Contohnya fikir - bahasa Arab, ayu- Jawa, almari - Portugis.

Manakala kata serapan pula ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi, dan ejaannya jika perlu supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar.

Tatabahasa06.07.2010

Kembali ke atas