Salam. Dalam frasa parti, mana yang betul; HARAPAN BARU atau HARAPAN BAHARU. Terima kasih | HARAPAN BAHARU | Istilah | 26.07.2015 |
Selamat petang, Saya ingin bertanya, apa perbezaan antara memberi dengan memberikan. Dan, mana satu yang betul. memberi dia harapan atau memberi harapan kepada dia? Terima kasih. | Perkataan 'memberi' dan 'memberikan' merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Dan begitulah juga dalam bentuk pasif. | Tatabahasa | 04.12.2012 |
"Meniti harapan, menggapai asa" adakah betul bagi ayat tersebut dan membawa makna? apakah ayat yang lebih sinonim untuk digantikan dengan kata "asa" terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud asa ialah 1. harapan 2. sangka atau sengaja Maka cadangan ayat yang lebih sesuai ialah "Meniti cabaran, menggapai harapan" | Makna | 23.10.2018 |
RM5 akan disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia bagi setiap set yang dijual. Adakah ayat di atas betul ? disalurkan ke atau kepada ? | Sebanyak RM5 akan disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia hasil daripada setiap set yang dijual. | Tatabahasa | 22.06.2018 |
maksud berkataan mampu mendukung cita-cita adakah maksudnya dapat memikul harapan atau boleh menjayakan hasrat | Mampu medukung cita-cita bermaksud dapat atau berupaya memikul harapan untuk mencapai sesuatu hasrat. | Makna | 14.05.2008 |
Tuan, adakah penggunaan kata hubung keterangan harapan "agar" digunakan dengan cara yang betul dalam ayat di sebelah? 1. Saya berharap agar dia dapat mengubah sikapnya yang suka tidur semasa guru sedang mengajar. Perlu digunakan kata hubung keterangan harapan "agar", atau kata hubung komplemen "bahawa" lebih sesuai digunakan, seperti dalam ayat seterusnya: 2. Saya berharap bahawa dia dapat mengubah sikapnya yang suka tidur semasa guru sedang mengajar. Saya mengharapkan penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih atas perhatian yang diberikan. | Ayat yang betul ialah 1. Saya berharap agar dia dapat mengubah sikapnya yang suka tidur semasa guru sedang mengajar. | Tatabahasa | 12.02.2015 |
ada guru berpendapat, tambahan pula bukan penanda wacana tetapi kata hubung. Oleh itu, penggunaannya adalah begini. Ali merupakan harapan keluarganya, tambahan pula ayahnya sudah meninggalkan dunia. Bukannya begini. Ali merupakan harapan keluarganya. Tambahan pula ayahnya sudah meninggalkan dunia. Begitu juga dengan kata bak....tidak boleh selepas noktah atau untuk memulakan ayat baharu. Contoh: Kita mesti berusaha dengan bersungguh-sunguh, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapaykan sagunya? Bukannya Kita mesti berusaha dengan bersungguh-sunguh. Bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapaykan sagunya? Bagaimana pendapat tuan? | Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 526 frasa tambahan pula disenaraikan sebagai penanda wacana penghubung tambahan. Penghubung tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya seperti ayat contoh yang kedua. | Tatabahasa | 08.04.2012 |
Apakah perbezaan antara cekak dan genggam ? | Mengikut Kamus Dewan, cekak mempunyai tiga makna, iaitu (1) ukuran yang besarnya ditentukan oleh lingkaran (bulatan) yg dibuat dengan mempertemukan ibu jari dgn jari lain; (2) gamak, harapan; makna (3) gamak, harapan. Manakala genggam pula mempunyai (1) makna, iaitu kepalan tangan, cengkaman tangan untuk memegang. | Makna | 02.09.2014 |
Tuan, betul ayat ini 'Saya berharap supaya kumpulan kuning akan menang dan mendapat tempat pertama' betulkah kata 'berharap supaya'? kerana kata' berharap' telah membawa maksud harapan dan kata 'supaya' juga membawa maksud harapan. Minta penjelasan | Pandangan tuan mengenai berharap dan supaya boleh diterima. Penggunaan kedua-dua perkataan tersebut menyebabkan lewah dan tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah "Saya berharap kumpulan kuning akan menang dan mendapat tempat pertama." | Tatabahasa | 11.09.2013 |
Sekiranya kita memetik ayat pada iklan, tanda petik manakah yang paling sesuai. Satu atau dua. Contoh:Kata-kata pada iklan itu benar-benar memberi semangat baru kepadanya, "Harapan Omar adalah kebebasan, peluru tidak dicipta bagi membunuh harapan." | Penggunaan yang betul ialah tanda petik (" "), tanda petik tunggal (' ') lazimnya digunakan dalam tanda petik. | Ejaan | 10.10.2011 |