| HARD COPY | SALINAN CETAK | Istilah | 10.03.2011 |
| Assalammualaikum. Saya ingin mendapatkan terjemahan yang sesuai untuk istilah soft skills dan hard skills. | Assalammualaikum. Saya ingin mendapatkan terjemahan yang sesuai untuk istilah soft skills dan hard skills. Padanan untuk soft skills ialah "kemahiran insani" manakala hard skills ialah "kemahiran teknikal". Namun penggunaan padanan ini memerlukan konteks penggunaan. | Istilah | 17.12.2013 |
| Apakah maksud Hard Freeze? | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah sejuk beku lampau. | Istilah | 16.08.2016 |
| soft skills hard skills core skills | kemahiran ilmiah | Lain-lain | 21.05.2007 |
| Ada "Soft Power" dan "Hard Power" , tapi pensyarah saya tidak mahu menggunakan perkataan "kuasa lunak" , ada perkataan yang lain bersesuain ? atau dibolehkan untuk guna perkataan soft dan hard power dalam penghuraian bahasa melayu ? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah soft power ialah kuasa lembut, manakala bagi istilah hard power ialah kuasa keras. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang Sains Politik. | Istilah | 05.12.2025 |
| Salam sejahtera, adakah terjemahan "perkhidmatan lembut" bagi "soft services" dan "perkhidmatan keras" bagi "hard services" sesuai? Penjelasan "soft services" ialah "Soft services are ones which make the workplace more pleasant or secure to work in. They are not compulsory and can be added and removed as necessary. Examples of soft services: cleaning, window cleaning, security, mail management, waste management, catering." Penjelasan "hard services" ialah "Hard services are ones which relate to the physical fabric of the building and cannot be removed. They ensure the safety and welfare of employees and generally are required by law. Examples of hard services: lighting, plumbing, fire safety systems, air conditioning, building maintenance." Terima kasih. | Berdasarkan semakan kami terhadap cadangan terjemahan dan skop yang diberikan kami mencadangkan soft services dan hard services diterjemahkan kepada kerja ringan dan kerja berat. Mohon maaf atas kelewatan kami memberikan jawapan. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.07.2017 |
| Untuk penggunaan "hard-copy" dan "soft-copy" apakah istilah bahasa Melayu yang sesuai? Terima kasih. | Soft copy diterjemahkan kepada salinan lembut, hard copy diterjemahkan kepada salinan cetak/salinan keras. | Tatabahasa | 02.07.2013 |
| http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=dies&d=139128LIHATSINI dies1 ~ hard, (of custom, belief, etc) sukar ditinggalkan: old habits ~ hard, sst yg menjadi kebiasaan sukar ditinggalkan; ~ in o’s bed, mati kumlah; ~ in /harness, o’s boots/, meninggal semasa masih bekerja: he refused to retire and later ~d in his boots, dia enggan bersara dan kemudiannya meninggal semasa masih bekerja; ~ in the last ditch, berjuang mati-matian; ~ laughing, (exaggeration) /ketawa, gelak/ setengah mati; /could have, nearly / ~d, (colloq) rasa macam nak mati: when he read out my letter in front of the class, I nearly ~d, apabila dia membaca surat saya di hadapan kelas, saya rasa macam nak mati; never say ~, jangan berputus asa; be dying of, sangat: I am dying of hunger, saya sangat lapar; be dying /for, to do/ st, teringin sangat hendak + approp v: he’s dying for a cigarette, dia teringin sangat hendak merokok; (Tatabahasa di sini adalah salah.) | Soalan tidak difahami. Sila kemukakan soalan yang jelas, ringkas dan mudah difahami. | Lain-lain | 23.04.2020 |
| Saya ingin terjemahkan "Hard Data" kepada "Data Konkrit" bagi merujuk kepada data yang diperolehi melalui kajian saintifik. Adakah terjemahan ini bersesuaian? | Berdasarkan bidang Teknologi Maklumat, padanan bahasa Melayu bagi istilah 'hard data' ialah data keras, iaitu data yang bersifat kuantitatif dan boleh dianalisis secara formal seperti kaedah statistik. Kebiasaannya merujuk kepada data yang boleh diukur secara saintifik seperti statistik pengguna Internet, bilangan komputer per isi rumah dan bilangan pelajar IT yang memasuki IPTA. | Istilah | 11.08.2022 |
| Mohon beri nasihat tentang terjemahan untuk "hard core games". Konteksnya berkenaan dengan permainan yang dimainkan pada alat mudah alih seperti telefon pintar dan tablet. Adakah "permainan tegar" sesuai digunakan? | Terjemahan hard core games kepada "permainan tegar" boleh diterima. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.08.2015 |