Salbiah Seliman RAB 6.28 PTG Terima kasih atas respond tuan. Tetapi kalau adaalamat email saya lebih suka menggunakan email daripada hardcopy. Alamat hardcopy tu saya dah tahu tuan. Kalau boleh saya nak email address. Terima kasih. | DBP menerbitkan 11 majalah, iaitu Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan Bahasa, Dewan Tamadun Islam, Dewan Sastera, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Dewan Ekonomi, Dewan Kosmik, Tunas Cipta dan Pelita Bahasa. Pada halaman kulit majalah-majalah tersebut ada e-mel seperti yang tuan maksudkan. Tuan juga boleh bersahabat dengan semua majalah tersebut melalui facebook ini. Moga maklumat ini dapat membantu pihak tuan. Terima kasih. | Lain-lain | 17.05.2017 |
1. Bolehkah saya mendapatkan secara softcopy/hardcopy mengenai perkataan2 rumi didalam ejaan Jawi daripada DBP? 1.1 Jika boleh, dalam bentuk apa yang wujud ( softcopy/hardcopy) ? 1.2 Bagaimanakah caranya boleh saya dapatkan bahan2 tersebut? 1.3 Adakah terdapat apa-apa bayaran yang terlibat? 2. Adakah DBP berfungsi sebagai badan yang memantau ejaan jawi dalam format yang betul dan terkini? Jika tidak, dimana/siapa perlu saya hubungi untuk mendapatkan format ejaan jawi terkini? Jasa baik pihak tuan amatlah saya hargai. | Anda boleh mendapatkan Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Ejaan-Jawi) Edisi Kedua dengan harga RM80.00. Segala persoalan puan akan terjawab. | Lain-lain | 10.04.2009 |
Ingin mencari istilah perkatan 'hardcopy dan softcopy' dalam penggunaan bahasa melayu. | hard copy - salinan cetak atau salinan keras soft copy - salinan lembut | Istilah | 14.04.2011 |
apakah perkataan bahasa melayu utk kata 'softcopy' dan 'hardcopy' dan rujukan yang sesuai untuk dirujuk utk istilah bahasa inggeris ke melayu? | Assalamualaikum. Sila buat carian di Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) DBP pada alamat http://www.dbp.gov.my. Anda juga boleh menggunakan PRPM untuk mencari berbagai-bagai istilah bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. | Lain-lain | 09.02.2010 |
Saya ingin bertanya mengenai panduan menerbitkan buku di segi bentuk manuskrip yang perlu dihantar (soft dan hardcopy), susunannya dan kaedah dan kadar royalti yang dibayar jika manuskrip itu sesuai untuk diterbitkan. Tempoh masa jawapan mengenai sama ada manuskrip itu sesuai atau tidak untuk diterbitkan. Sekian, terima kasih. | Manuskrip sebaik-baiknya dihantar dalam bentuk cetak, dan juga dalam bentuk digital, sama ada dalam disket atau cakera padat (CD). Manuskrip mesti lengkap dengan bahan awalan, bahan teks dan bahan akhiran. Bahan awalan termasuklah halaman judul manuskrip, senarai kandungan, senarai ilustrasi dan senarai jadual, jika berkenaan. Bahan akhiran termasuklah senarai rujukan dan lampiran jika ada. Ilustrasi atau contoh ilustrasi perlu disertakan jika berkenaan. Penulis juga perlu menyertakan surat penyerahan manuskrip yang rasmi dengan keterangan lengkap berkenaan penulis dan sipnosis. Kadar royalti berbeza mengikut kategori dan peringkat buku. Contohnya, kadar royalti buku umum 12 peratus, dan buku teks 10 peratus. Kaedah bayaran adalah 50 peratus apabila buku terbit dan 50 peratus lagi berdasarkan jualan buku. Penerimaan manuskrip dimaklumkan kepada penulis dalam tempoh 7 hari bekerja selepas tarikh manuskrip itu diterima. Keputusan sama ada manuskrip itu sesuai diterbitkan atau tidak, akan dimaklumkan kepada penulis dalam tempoh 2 bulan dari tarikh manuskrip lengkap diterima. | Lain-lain | 22.12.2009 |
Salam, boleh saudara@saudari jelaskan, mengapa terdapat dua versi untuk ejaan satu per empat? Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (hardcopy), ejaan yang betul dalam contoh ialah satu per tiga (dalam kes saya ialah satu per empat) tetapi apabila saya menyemak ejaan dalam PRPM, ejaan satu perempat pula dikatakan betul dan menulis sumbernya ialah Kamus Dewan Edisi Keempat. Jadi, yang manakah betul? Dan mengapakah adanya versi ejaan yang berlainan itu?Sekian, teriama kasih. | Ejaan yang betul ialah satu per satu (bermaksud satu demi satu), satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian. Kami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | | Ejaan | 25.04.2013 |
Apakah boleh dikirimkan e-book (karyanet) Di Masjid Nabawi Kau Menanti untuk simpanan penulis dan cenderamata sebanyak 20 naskah. Minta dimaklumkan bayaran dan diberitahu no. akuan bank supaya dapat dibuat bayaran melalui on-line banking. Sehingga kini saya masih gagal untuk memperolehi naskah e-book tersebut kerana laman karyanet telah ditutup. Kalau ada buku tersebut dalam bentuk hardcopy, alangkah baiknya. Minta alamatkan kepada: Baharudin bin. A. Manan, MRSM Kota Putra, jalan Bukit Keluang, 22200 BESUT, Terengganu. | Bekalan untuk terbitan bercetak buku tersebut masih ada dalam simpanan kami. Tindakan segera akan dilakukan dan Sdr boleh berhubung dengan Ketua Editor Bahagian Multimedia (Amran@dbp.gov.my, atau telefon 0122440569) | Lain-lain | 23.02.2011 |
salam, saya ingin tahu syarat syarat sekiranya ingin menghantar karya untuk dinilai seterusnya diterbitkan oleh pihak dbp, terima kasih | Karya boleh boleh dihantar kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. Saudara juga boleh menghantar karya saudara kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), sekiranya pembaca sasarannya terdiri daripada kalangan kanak-kanak dan remja. Karya saudara hendaklah ditaip di atas kertas saiz A4, langkah dua baris. Selain menghantar manuskrip bercetak (hardcopy) saudara juga perlu menghantar disket atau CD (softcopy) untuk memudahkan proses seterusnya. | Lain-lain | 31.12.2009 |