| saya menghadapi sedikit pemasalahan dalam penggunaan ". sekiranya mengakhiri ayat dengan ", soalan saya : kita perlu tutup kata (") atau . (nokhtah) dahulu. contoh ayat: "Kejayaan berada di sebalik dua patah perkataan, 'try harder'". atau "Kejayaan berada di sebalik dua patah perkataan, 'try harder'." mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk khidmat nasihat. terima kasih | Dalam keadaan yang sedemikian, ayat saudara diakhiri dengan tanda petik dan barulah noktah. | Tatabahasa | 12.10.2011 |
| Adakah "sejujurnya" boleh digunakan dalam terjemahan bahasa Melayu atau ia merupakan penggunaan yang dipinjam daripada bahasa Indonesia? Contoh ayat seperti berikut: - Honestly, it was harder than I thought. (Terjemahan) 1) Sejujurnya, ia lebih sukar daripada sangkaan saya. atau: 2) Secara jujur, ia lebih sukar daripada sangkaan saya. | Perkataan “sejujurnya” boleh digunakan dan kedua-dua contoh ayat yang diberikan adalah betul. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.02.2022 |