Purata harga tahunan atau harga purata tahunan? Contoh: Purata harga tahunan/Harga purata tahunan getah asli (SMR 20) pada 2013 adalah RM7.75 sekilogram; penurunan sebanyak 18.7% berbanding RM9.53 sekilogram pada tahun sebelumnya. | Istilah yang betul ialah purata harga tahunan - purata harga tahunan getah asli (SMR 20) pada 2013 ialah RM7.75 sekilogram; penurunan sebanyak 18.7% berbanding RM9.53 sekilogram pada tahun sebelumnya. | Tatabahasa | 03.03.2014 |
Yang mana satu betul. lain kali/kali lain, Izini saya/ Izinkan saya, harga barang kawalan/ harga barang terkawal, hal ini kerana/ hal ini demikian kerana,berpuca pada/berpunca daripada, | Ungkapan yang biasa digunakan dan sudah mantap ialah lain kali; izinkan saya; harga barang kawalan dan harga barang terkawal kedua-duanya betul.Harga barang kawalan merujuk harga jenis barang dalam kawalan.Harga barang terkawal bermaksud harga barang tersebut dapat dikawal atau di bawah jagaan. | Tatabahasa | 13.05.2008 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang satu perkataan yang ingin digunakan bagi merujuk "harga jimat" bagi sesuatu buku (perkataan ini akan diletakkan di hadapan kulit buku). Adakah perkataan ini, iaitu "Harga tambah nilai" merujuk kepada harga yang jimat. Selain itu, adakah "harga tambah nilai ini" sama bagi perkataan "harga nilai tambah"? Apa yang saya faham di sini "harga tambah nilai" itu seperti sesuatu harga lain yang dibayar selain daripada harga sebenar atau mungkin saya yang keliru antara maksud itu. Mohon dibantu. Sekian, terima kasih. | Harga tambah nilai dan nilai tambah merupakan istilah ekonomi. Tambah nilai ialah perubatan menambah nilai sesuatu seperti menambah nilai kad isian semula. Manakala nilai tambah ialah sumbangan tambahan nilai ekonomu sesebuah firma yang dihasilkan daripada aktiviti pengeluarannya. Bagi konteks harga buku, perkataan harga tambah nilai dan harga nilai tambah kurang sesuai untuk menyatakan harga yang jimat untuk buku tersebut. Kami cadangkan HARGA JIMAT NILAI HEBAT yang boleh diletakkan di hadapan kulit buku. | Tatabahasa | 05.03.2013 |
Mohon bertanya untuk ayat ini: 1. Harga bermula dari RMxxx 2. Harga bermula daripada RMxx 3. Harga dari RMxxx 4. Harga daripada RMxxx yang mana satu adalah penggunanan ayat yang betul untuk digunapakai bagi tujuan promosi | Penggunaan ayat yang betul ialah Harga bermula daripada RMxx | Tatabahasa | 13.07.2018 |
Adakah ayat di bawah betul. A.Harga sekilogram cili ialah RM 4.50. B.Harga cili sekilogram ialah RM4.50. C.Harga cili ialah RM4.50 sekilogram. | Ayat yang betul ialah: Harga sekilogram cili ialah RM 4.50; dan Harga cili ialah RM4.50 sekilogram. | Tatabahasa | 09.10.2014 |
mohon pencerahan berkenaan perkataan sebutharga atau Sebut Harga atau sebut harga?? adakah dua perkatan atau satu perkataan? | Yang betul ialah sebut harga. | Ejaan | 26.05.2014 |
Apakah definisi Harga Tokokan (mark-up price)? | Harga tokokan boleh ditakrifkan sebagai harga (nilai) yang ditambah kepada harga kos produk atau perkhidmatan. | Lain-lain | 01.06.2017 |
Mohon perhatian, mana yang betul (penulisan): Harga buku itu dua setengah ringgit. Harga buku itu dua ringgit setengah. Harga buku itu dua ringgit lima puluh sen. | Yang paling tepat ialah - Harga buku itu dua ringgit lima puluh sen. | Lain-lain | 23.04.2010 |
definisi nilai kemanusiaan | Saudara Shashaerika, Makna nilai ialah taksiran harga: berapa ~ gelang ini? 2. harga sesuatu dibandingkan dgn harga yg lain: berapa ~ paun Sterling pd masa ini? 3. kadar, nisbah: buah limau mempunyai ~ vitamin C yg tinggi; 4. darjat, kualiti, mutu, taraf: Tuhfatul-Nafis ialah sebuah buku Melayu yg tinggi ~nya; 5. sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll): kemajuan yg kita kejar dan perjuangkan bukanlah kemajuan dlm kebendaan tetapi kemajuan dlm ~ pergaulan dan kemasyarakatan; 6. Id markah; ~ kalori (Kim) kuantiti haba yg dibebaskan apabila seunit jisim bahan api dibakar; ~ pasaran (Eko) nilai semasa sesuatu sekuriti atau aset yg ditentukan oleh penawaran dan permintaan; ~ pH (Kim) nilai yg mewakili keasidan atau kealkalian sesuatu larutan akueus; ~ tara (Eko) harga tawaran asal bagi sesuatu sekuriti atau saham. Makna kemanusiaan ialah perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan. Oleh yang demikian, frasa nilai kemanusiaan bermaksud kualiti/mutu atau taraf yang berkaitan dengan manusia/perihal atau sifat manusia. | Makna | 10.02.2010 |
1.Mengapakah kata 'Peningkatan harga' boleh digunakan, tetapi kata 'meningkatkan harga' tidak boleh digunakan dalam pembinaan ayat? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "meningkatkan" bermaksud meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebat (daya usaha).Manakala "peningkatan" bermaksud 'perbuatan meningkatkan". Oleh itu, ayat yang sesuai ialah "peningkatan harga", bukan "meningkatkan harga" (boleh diganti dengan "menaikkan harga"). | Tatabahasa | 28.02.2015 |