Bolehkah istilah "hari minggu' menggantikan 'hari Ahad'? Terima kasih. | Bagi negeri yang cuti mingguannya ialah hari Ahad, maka istilah hari minggu bagi menggantikan hari Ahad boleh digunakan, tetapi bagi negeri yang cuti mingguannya adalah pada hari Jumaat seperti negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, maka hari minggunya ialah hari Jumaat. | Istilah | 26.04.2010 |
Jikalau "Hujung Minggu" atau "Hari Minggu" bermaksud Sabtu dan Ahad. Adakah orang-orang Kelantan dan Terengganu juga beranggapan sedemikian kerana hari untuk mereka bersekolah dan bekerja mula dengan hari Ahad, bukan hari Isnin macam kita. Sekian, terima kasih | Bagi Kelantan dan Terengganu, hari minggu dan hujung mereka ialah Sabtu dan Jumaat. | Lain-lain | 28.10.2009 |
Pada hari minggu, Kim Ho akan pergi ke ladang ternakan kambing. Adakah ayat ini betul? | Ayat ini betul. | Tatabahasa | 09.11.2014 |
Orang ramai ...... pergi ke pasar tani itu pada setiap hari minggu. Antara 'berpusu-pusu' dan 'berbondong-bondong' yang mana paling sesuai dijadikan jawapan untuk soalan di atas. | Secara umumnya kedua-duanya boleh digunakan disebabkan mempunyai makna yang sama, ataupun disebut sebagai sinonim. Kedua-duanya mempunyai konotasi yg sama. Kalau kita bandingkan antara frasa berbondong-bondong dan berpusu-pusu , kedua-duanya menggambarkan keadaan yang sama, iaitu tentang keadaan orang yang terlalu ramai. Kedua-duanya sesuai bagi konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 08.08.2012 |
Apakah kesalahan ejaan dan kesalahan penghunaan imbuhan dalam ayat di bawah? 1)Kedai kerinting rambut milik Puan Zaitun mampu menarik ramai berkunjung, terutama pada hari minggu. 2)Tindakan segelintir pelajar kelas itu menggunakan pensil ketika menjawab soalan peperiksaan menyebabkan mereka teguran oleh Cikgu Razali. 3)Kuasa barat mula menjajahkan negara itu pada awal abad ke enam belas dan berakhir lima abad kemudian. | Perkataan yang bergaris mengandungi kesalahan ejaan/tatabahasa. 1) Kedai kerinting rambut milik Puan Zaitun mampu menarik ramai berkunjung, terutama pada hari minggu. 2) Tindakan segelintir pelajar kelas itu menggunakan pensil ketika menjawab soalan peperiksaan menyebabkan mereka teguran oleh Cikgu Razali. 3) Kuasa barat mula menjajahkan negara itu pada awal abad ke enam belas dan berakhir lima abad kemudian. | Tatabahasa | 01.04.2014 |
Boleh saya tanya 2 soalan? iaitu:- 1) Adakah "Hujung Minggu" ialah "Hari Minggu"? 2)Setahu saya, "Hujung Minggu" ialah Hari Ahad, adakah ia termasuk SABTU? sekian, terima kasih | Pandangan kami, hujung minggu ialah hari Sabtu dan Ahad. | Lain-lain | 27.10.2009 |
Adzreena Azmi pada 16hb Jun jam 10.59 pagi Saya telah membuat permohonan melalui talian untuk iklan, caj RM10 telah dibayar. Berapa lama kelulusan akan dikeluarkan? | Kelulusan akan dibuat dalam 3 hari bekerja tidak termasuk hari minggu dan cuti am. | Lain-lain | 16.06.2017 |
Salam Puan/Tuan, Saya ingin mengetahui terjemahan yang sesuai bagi yang berikut daripada BI ke B.Melayu: Weekday - dlm bahasa melayu adakah hari minggu? Weekend - hujung minggu? Friday night - malam jumaat? kalau diterjemahkan begini, malam jumaat ini ada maksud lain bagi org melayu. Daripada B.Melayu ke BI malam minggu? Apakah terjemahannya dalam B.Inggeris? Harap puan / tuan dapat membantu. terima kasih. | Menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan. Weekday ditakrifkan sebagai hari Isnin hingga hari Jumaat. Manakala weekend pula ialah hujung minggu. Istilah bagi malam minggu ialah saturday night manakala bagi Friday Night ialah malam Sabtu bukannya malam Jumaat.
| Tatabahasa | 07.01.2013 |
Ina Daud Oct 30th, 10:00am Saya nak share sikit.. rasanya elok untuk penambahbaikan di DBP. Saya mengikuti program Teater utk anak saya di Dewan Teater DBP.Semua ok tp apa yg saya ralatkan ialah tiadanya kemudahan surau untuk orang awam atau peserta program sepanjang hari minggu sabtu dan ahad kerana surau hanya akan dibuka pada hari bekerja. Jadi, tiada tempat untuk solat disana. Diharap pihak Tuan dapat memberi perhatian kepada perkara besar seperti ini atau ada saluran lain yang saya boleh isukan hal ini? Terima Kasih | Terima kasih atas makluman dan cadangan tuan. Untuk makluman tuan, surau di Aras 5 boleh digunakan dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada pengawal keselamatan di Kaunter Pengawal bagi tujuan keselamatan, selain prosedur keselamatan yang perlu dipatuhi. | Lain-lain | 30.10.2015 |
Salam sejahtera, 1. Sekolah saya telah mengadakan hari sukan pada minggu lepas. (hari sukan dalam ayat ialah kata nama khas atau kata nama am?Bagaimana pula dengan hari ibu, hari kantin? Tolong jelaskan.Terima kasih. | waalaikumussalam... Hari Ibu atau Hari Bapa dieja dengan huruf besar. Manakala hari kantin atau hari sukan dieja dgn huruf kecil kecuali ada unsur-unsur khusus spt Hari Kanak-kanak Sedunia 2019, Hari Sukan Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Hari Sukan Negara 2019 atau Hari Gotong-royong Taman Melawati perlu dieja dengan huruf besar. | Tatabahasa | 15.10.2019 |