Assalammualaikum, Saya ingin bertanya tentang perkataan 'hari bulan'. Dalam daftar kata DBP, kedua-dua 'hari bulan' dan 'haribulan' ada dalam daftar kata DBP. Harus dijarakkan atau dirapatkan? Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul menurut Kamus Dewan edisi Keempat ialah "hari bulan" yang dieja jarak. | Tatabahasa | 05.01.2015 |
HARI BULAN 5 SETIAP BULAN atau hari kelima setiap bulan | Frasa "Pada setiap 5 hari bulan" sudah memadai untuk maksud yang hendak disampaikan. | Tatabahasa | 18.05.2019 |
Tuan, hari bulan atau haribulan? Dia tidak berani bersuara, silap-silap haribulan dia yang terkena nanti. | Ejaan yang betul ialah hari bulan.
| Ejaan | 12.07.2012 |
Apakah istilah khusus untuk "Friday the 13th"? Adakah Jumaat 13 Hari Bulan, Jumaat 13 hari bulan, Jumaat 13hb atau Jumaat Tanggal 13? | Contoh penulisan tarikh yang betul adalah seperti yang berikut: - Jumaat, 13.8.2018 (perlu dimasukkan bulan dan tahun)
- 13.8.2018 (Jumaat) - perlu dimasukkan bulan dan tahun
| Lain-lain | 16.04.2018 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang perkataan: 1. 'haribulan' sama ada ia patut dijarakkan atau dirapatkan. Terdapat dua jenis daftar kata di dalam DBP iaitu 'haribulan' dan 'hari bulan'. 2. '60 an'. Perlukah diletakkan sempang, '60-an'? 3. Perkataan 'Baginda' (untuk nabi). Huruf besar atau kecil? Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah: 1. hari bulan 2. 60-an 3. baginda | Ejaan | 16.12.2014 |
Apakah maksud bahan almanak dan direktori? | Sekiranya sdr merujuk Kamus Dewan, kata almanak ialah 1. kalendar tahunan yg mengandungi senarai hari bulan dgn maklumat lain (spt terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran bulan, dll); ~ nautika buku tahunan yg memberikan maklumat tentang bulan, air pasang surut, matahari dsb; 2. buku yg berisi penanggalan (daftar hari bulan) dan karangan yg perlu diketahui umum. 2. Kata direktori ialah fail yang mengandungi maklumat spt nama, sifat, dan kedudukan fail yang terkandung di dalam cakera. | Makna | 19.06.2009 |
Salam.. Mohon pencerahan berkaitan soalan berikut. 1. Apakah tarikh hari ini? 2. Hari ini berapa hari bulan? 3. Berapakah tarikh hari ini? Berdasarkan soalan di atas, yang mana satu soalan yang betul, dan sekiranya ada cadangan soalan untuk menggantikan soalan di atas amat dialu-alukan. Sekian, terima kasih | Ayat tanya betul adalah seperti yang berikut: 1. Tarikh hari ini berapa? 2. Berapakah tarikh hari ini? | Tatabahasa | 17.01.2015 |
Kata majmuk mantap ialah bentuk perkataan yang terhasil selepas proses pemajmukan atau perangkaian dua perkataan. Dieja terpisah kecuali 15 kata majmuk mantap yang disenaraikan dalam TD. Apakah bentuk kata bagi perkataan seperti apabila, bagaimana, adakala, kenapa? Perkataan hari bulan BUKAN KATA MAJMUK, tetapi dua perkataan tersebut hadir bersebelahan untuk membawa maksud kesatuan yg khusus. Apakah bentuk perkataan ini? Terima kasih. | Perkataan apabila, bagaimana, adakala dan kenapa memang bukan tergolong dalam kata majmuk. Perkataan ini termasuk dalam kategori perkataan yang terkecuali yang dianggap telah mantap. | Tatabahasa | 28.01.2016 |
CARA MENULIS TARIKH. CONTOH 1 - 3 DISEMBER 2011 ATAU 1HB-3HB DISEMBER 2011. YANG MANA SATU BETUL? | Kedua-dua bentuk penulisan adalah betul, tetapi gaya penulisan terkini ialah 1 - 3 Disember 2011. Jika hendak menulis kependekan hari bulan ejaan yang betul ialah 1 hb. - 3 hb. Disember 2011. | Ejaan | 11.10.2011 |
"Perkataan hari bila perlu ditulis dengan huruf besar?" | Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama tahun, bulan, hari, hari perayaan dan kebesaran, serta peristiwa bersejarah. Contohnya, Hari Raya Aidilfitri, Hari Kebangsaan, Hari Pekerja dan Hari Wesak. | Tatabahasa | 28.08.2013 |