Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hari orang biasanya bekerja (bukan hari cuti atau hari minggu); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hari
Kata Terbitan : sehari-hari, sehari-harian, berhari-hari, harian,

Puisi
 

Hari ini hari Isnin,
     Besok hari Selasa;
Kalau kerja main-main,
     Segala dibuat tidak merasa.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hari kerja atau hari bekerja ? Sila memberi jawapan yang mana betul untuk digunakan dalam ayat berikut : Pengguna boleh membuka Peti pada mana-mana "hari kerja atau hari bekerja" semasa waktu perbankan lazim BankFrasa yang betul dan lazim digunakan ialah hari bekerja.Tatabahasa08.02.2012
Salam sejahtera. Bolehkah ayat-ayat berikut diterima? Terima kasih. 1. Hari-hari, saya pergi ke sekolah. (Bolehkah perkataan ‘hari-hari’ digunakan dalam ayat ini?) 2. Sungguh penat saya berasa. (Bolehkah frasa adjektif hadir di hadapan kata kerja?) 3. Saya hendak mencapai markah yang bagus. 4. Saya lapar. Jadi, saya memasak sebungkus mi segera. 5. Ana bertanya kepada Rudi mengapa dia hendak membeli beg baharu. 6. Murid-murid sedang membuat kertas ujian.

Pembetulan contoh ayat tersebut seperti yang berikut:

1. “Hari-hari, saya pergi ke sekolah” kurang tepat. Ayat yang betul ialah “Pada setiap hari saya pergi ke sekolah”.    

2. Ayat “Sungguh penat saya berasa” Frasa adjektif (sungguh penat) tidak boleh diletakkan di depan kata kerja tak transitif kerana kata tersebut berfungsi sebagai pelengkap. Ayat yang betul ialah “Saya berasa sungguh penat.”

3. Saya hendak mencapai markah yang bagus. Ayat ini betul.

4. “Saya lapar. Jadi saya memasak sebungkus mi segera”.  Ayat yang betul ialah “Saya lapar, jadi saya memasak sebungkus mi segera.” / “Saya berasa lapar, jadi saya memasak sebungkus mi segera.”

5. Ana bertanya kepada Rudi mengapa dia hendak membeli beg baharu.  Ayat yang betul ialah “Ana bertanya kepada Rudi sebab dia hendak membeli beg baharu.”

6. “Murid-murid sedang membuat kertas ujian”. Ayat yang betul ialah “Murid-murid sedang menjawab kertas ujian.”

 


Tatabahasa25.08.2021
Betulkah perkataan "melaksanakan" lebih sesuai digunakan untuk perbuatan yang melibatkan kerja-kerja mega seperti projek lebuh raya; manakala lebih sesuai digunakan perkataan "menjalankan" bagi kerja-kerja biasa. Mohon penjelasan pihak KNB.Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, melaksanakan bermaksud sl membandingkan dgn, mengumpamakan sbg, menyamakan: tidak dapat dilaksanakan bulan dan matahari; 2. menjalankan (tugas, rancangan, dll), mengerjakan, menyelesaikan (sesuatu tugas dll):, menjalankan pula bermaksud

mengusahakan sesuatu supaya berjalan atau bergerak: Ia sudah pandai ~ kereta ayahnya. 2 mengerjakan sesuatu tugas; melaksanakan: Tiap-tiap hari ia ~ kerjanya sbg anggota polis. 

Berdasarkan maksud kedua-dua perkataan tersebut, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dan tidak dibezakan oleh kerja-kerja mega dan sebagainya.

Makna12.12.2018
Perkara di atas adalah dirujuk. Dengan sukacitanya disini pihak kami ingin memaklumkan bahawa kerja kerja tersebut telah selesai pada 3hb Oktober 2014 iaitu tujuh belas (17) hari lebih awal daripada tarikh tamat kontrak iaitu 20hb Oktober 2014. Berkenaan dengan pemasangan skrin di pentas, sehingga ke hari ini pihak kami masih menunggu arahan seterusnya dari pihak tuan. Dengan itu pihak kami ingin memberi latihan pengendalian serta membuat penyerahan, pengujian dan pentauliahan pada hari Selasa bersamaan 14hb October 2014 ini. Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai.Perkara di atas adalah dirujuk. Dengan sukacitanya pihak kami ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja tersebut telah selesai pada 3 Oktober 2014 iaitu tujuh belas (17) hari lebih awal daripada tarikh tamat kontrak iaitu 20 Oktober 2014. Berkenaan dengan pemasangan skrin di pentas, sehingga ke hari ini pihak kami masih menunggu arahan seterusnya daripada pihak tuan. Dengan itu, pihak kami ingin memberi latihan pengendalian serta membuat penyerahan, pengujian dan pentauliahan pada hari Selasa bersamaan 14 Oktober 2014 ini. Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai.Tatabahasa07.10.2014
saya telah memberi maklum balas dalam borang yang tertra di skrin sejak minggu lalu. tetapi mengapa sehingga hari ini boring maklum balas itu masih tertera sehingga saya gagal membuat carian.perkara itu sangat menggangu kerja-kerja saya. terima kasih.Jika terdapat pertanyaan mengenai pengesahan iklan DBP, tuan/puan boleh menghubungi pegawai kami melalui talian 03-2147 9692/9500 (Putri Aishah binti Megat Ahmad)Lain-lain21.11.2016
Pada 2 April, sekolah akan (menjalankan / mengadakan) kelas tambahan untuk mengganti cuti Hari Raya. Jadual waktu hari selasa akan (diguna / digunakan) pada hari tersebut. 1. menjalankan/mengadakan - yang mana satu kata kerja betul? 2. diguna atau digunakan?

1. Pada 2 April 2011, sekolah akan mengadakan kelas tambahan untuk menggantikan cuti Hari Raya.

2. Jadual waktu hari Selasa akan digunakan pada hari tersebut.

Tatabahasa06.04.2011
Tempat kerja saya mengisytiharkan hari sabtu minggu pertama adalah cuti. Adakah tarikh-tarikh seperti 4/10/2008 atau 1/11/2008 jatuh pada hari tersebut?Mengikut kalendar 2008, 4/10/2008 dan 1/11/2008 ialah hari Sabtu pertama.Lain-lain09.11.2008
Tuan, dua ayat di sebelah yang manakah betul? (1) Adik ditugasi menyiram bunga setiap hari. (2) Adik ditugasi menyirami bunga setiap hari. Kata kerja yang betul ialah "menyiram" atau "menyirami"? Perlukah akhiran-i ditambahkan?Ayat yang betul ialah Adik ditugaskan untuk menyiram bunga pada setiap hari.Tatabahasa09.01.2015
Apakah ayat pasif untuk ayat-ayat berikut? Ali membelikan ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Saya membelikan ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Dia menghadiahi ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Saya menghadiahi ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu.Ayat yang diberikan ini "Ali membelikan ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Saya membelikan ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu." tidak mengikut hukum  tatabahasa iaitu kata kerja aktif transitif memerlukan objek sebagai penymbut. Manakala ayat pasif bagi ayat "Dia menghadiahi ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu" ialah "ibu dia dihadiahi olehnya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu". Ayat pasif bagi ayat ini pula "Saya menghadiahi ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu." ialah "Ibu dihadiahi oleh saya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu."Tatabahasa22.05.2017
Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Korban pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Apakah kesalahan yang terdapat dlm ayat tersebut ?Adalah ialah kata pemeri. Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja. Adalah dimaklumkan (salah). Bahawa ialah kata hubung pancangan komplemen, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama.Ayat yang tepat ialah "Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Korban pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat."Tatabahasa16.07.2013
12345678910...

Kembali ke atas